Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini adalah anjuran Gayong Taman Khalid (GTK), SK Bukit Kemuning 2 dan Centro Mall, Klang dengan kerjasama Kelab Silat Olahraga GTK, Bintang Kecil, Keluarga, Pa&Ma, UR Munchys dan Farm Fresh turut mendapat izin dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Daerah Petaling dan PESAKA Negeri Selangor.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Perasmian Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut hadir, Encik Hamidi bin Shariff, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 dan pentadbir, Encik Jerry Miranda, Pengurus Besar Centro Mall, Tuan Haji Hamzah Bin Tajuddin, YDP Majlis Adat Negeri Selangor merangkap YDP Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Daerah Petaling.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Berkonsepkan Perlawanan Persahabatan, Semarakkan Semangat Muhibah

Kejuaraan Pencak Silat ini berkonsepkan perlawanan persahabatan sebagai usaha menyemarakkan semangat muhibah antara gelanggang silat, persediaan awal dan pendedahan kepada semua persilat bagi persiapan menyertai Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat 2023 untuk acara Silat Seni dan Silat Olahraga.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Kejuaraan Pencak Silat Perwira kali ini disertai 250 peserta melibatkan 6 kategori, putra dan putri pelbagai kelas iaitu tunas harapan, tunas, pra dini, dini, pra remaja dan remaja.

13 Pasukan Terlibat Dari Tiga Negeri 

13 pasukan terlibat dari tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya antaranya pesilat dari Gelanggang Gayong Taman Khalid (GTK), SK Bukit Kemuning 2, Seksyen 7 Shah Alam, SK Bukit Kuda, SK Taman Kosas, SMK Taman Kosas, LV Fighters PLKU, Akademi Penchak Malaysia, Putrajaya Presint 11, KRTS Hulu Selangor, GALD HangOut Studio Batang Kali, CB Fighter dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar Bukit Jelutong Denai Alam.

IKLAN

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini diilhamkan bagi memberi ruang dan peluang kepada pesilat dari Gelanggang Gayong Taman Khalid (GTK) dan SK Bukit Kemuning 2 mempraktikkan latihan silat yang dipelajari dipertandingan pencak silat yang sebenar dan sebagai persiapan awal mewakili sekolah di Kejuaran Sirkit 1 Sekolah 1 Silat 2023.

Latih Pesilat Lebih Berani, Matang & Yakin

Melalui perlawanan sebenar, pesilat akan lebih berani, matang dan yakin serta dapat mempelajari teknik dan kemahiran dari rakan-rakan pesilat dari seluruh negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang turut menyertai Kejuaran Pencak Silat Perwira 2023 ini. Pencapaian Juara pesilat dari Gayong Taman Khalid (GTK) dan SK Bukit Kemuning 2 di Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat peringkat negeri dan kebangsaan tahun 2022 bagi acara silat olahraga dan seni solo kreatif perlu dipertahankan melalui latihan yang berterusan dan perlu menyertai banyak kejohanan.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Pihak pengurusan Gayong Taman Khalid (GTK) dan SK Bukit Kemuning 2 turut mengorak langkah proaktif mengambil peluang ini mempelajari bidang pengurusan penganjuran untuk mendapatkan pengalaman dan bekerjasama dalam pasukan agar lebih erat dan akrab.

IKLAN

Beri Inspirasi Pesilat Lebih Berdikari, Positif, Sabar & Berani 

Objektif penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pesilat untuk lebih berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran, mempunyai keyakinan diri dan juga jati diri. Melahirkan pesilat yang berkemahiran tinggi dalam ilmu persilatan, menyemai serta pengukuhan rasa cinta terhadap warisan budaya dan bangsa.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Ibu bapa, pengurus, jurulatih dan pesilat berterima kasih atas kejayaan penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Perwira ini. Ibu bapa dan pengurusan pasukan turut kagum dengan persiapan, persediaan dan sepanjang penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Perwira yang dianggap berjaya, berkualiti, terbaik dan hebat. Medal yang diterima pemenang sangat berkualiti, peserta turut menerima sijil penyertaan, sijil pencapaian dan cenderahati.

Fasiliti Lengkap & Komitmen Urusetia Mantap! 

Fasiliti yang disediakan pihak Centro Mall sangat lengkap, selesa, berhawa dingin, teratur, ruang solat disediakan, tandas yang bersih, papan putih disediakan untuk memudahkan pasukan merujuk keputusan dan jadual juga mendapat pujian semua pihak.

IKLAN

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Komitmen urusetia, wasit juri dan penganjur juga turut menerima pujian kerana penyediaan jadual yang teratur, perlawanan tidak tertunda, mengikut jadual dan masa yang ditetapkan, urusetia yang peramah, banyak memudahkan urusan semua peserta dan pasukan.

Setiap peserta, pengurusan dan jurulatih turut menerima cenderahati dan 100 cabutan bertuah dari pihak penaja iaitu dari Centro Mall, Bintang Kecil, Keluarga dan Pa&Ma.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Turut tersedia minuman percuma dari penaja Farm Fresh dan Produk Tanaman Roselle SK Bukit Kemuning 2 sepanjang hari. Semua peserta, pengurus dan jurulatih menunjukkan kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi.

Merancang Untuk anjuran Kejuaraan Pencak Silat Peringkat Antarabangsa

Pihak yang banyak membantu iaitu penaja utama, Centro Mall, Klang bersama rakan strategik yang sentiasa menyokong penganjuran kejuaraan ini iaitu Kelab Silat Olahraga GTK, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Daerah Petaling, Bintang Kecil, Keluarga, Pa&Ma, Farm Fresh dan UR Munchys.

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!

Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini akan menjadi acara tahunan dan bercadang untuk mengangkat Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 peringkat negeri dan kebangsaan dengan kerjasama rakan strategik dipelbagai peringkat.

Turut merancang untuk menganjurkan Kejuaraan Pencak Silat ini di peringkat antarabangsa dengan menjemput beberapa buah negara menyertai kejuaraan ini bagi acara silat olahraga dan seni kategori bawah 18 tahun. Doakan agar usaha ini berjaya demi memartabatkan persilatan di peringkat dunia.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI