Mood raya masih lagi ada walaupun tak dapat nak ke mana-mana. Tambah lagi bila PKP ni asyik duduk rumah je, kejap-kejap anak mengadu lapar. Ibu pun dah habis idea nak buat apa.
Bagi yang nak mencuba buat kek pula, apa kata buat Kek Batu Marmar. Kek yang dikukus ini ala-ala seperti kek batik Sarawak kerana lembut dan tahan lama jika disimpan dalam peti ais.
Nampak macam susah, sebenarnya ia mudah je kalau tahu cara membuatnya. Bolehlah ambil mood raya lagi walaupun makan dengan anak beranak je depan TV. Nak tahu resipi lanjut, ini yang dikongsikan oleh Eyka Hewitt.
Serius kek ni sedap dan sangat lembut. Makan masa baru keluar peti, memang sedap.
KEK BATU MARMAR
Bahan-bahan:
450g mentega (Jenama Anchor) tapi saya guna Tatura
165g gula kastor
10 biji telur A
170g kaya Yeo’s100g susu pekat
1sdk vanilla
100g tepung gandum
200g Horlicks (tepung dan Horlicks diayak bersama)
100g susu tepung
100g serbuk coklat minuman. Contoh: Vico (Saya guna Milo dan tambah 3 sudu besar Nutella..
4sdk browning sugar (saya guna pewarna coklat)
Ads
Bahan setelah ditimbang dan diayak
Cara-Cara:
Langkah 1
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang putih. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan seri kaya dan susu pekat, pukul sebati.
3. Masukkan vanilla, tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit.
Langkah 2
Timbang keseluruhan adunan di bekas lain. Bahagikan adunan kepada 2 (guna calculator). Contoh: jika berat keseluruhan bahan (tidak termasuk berat bekas) ialah 1720g bahagi 2 = 860g
BEKAS A – dicampur serbuk coklat minuman kegemaran, coklat cair dan browning (atau pewarna hitam)
BEKAS B
1. Campur dengan susu tepung, putar dengan kelajuan perlahan / sederhana laju cukup untuk membuat adunan sebati sahaja.
Ads
2. Dibahagikan (menggunakan penimbang & calculator) kepada beberapa bahagian dengan warna pilihan. Cling wrap / pembalut plastik.
Warna = merah / pink, kuning,hijau dan dark purple.
3. Kukus berasingan 45 minit dan potong dadu. Loyang 6×6 / bekas makanan yang sama saiz atau guna bekas makanan seperti dalam gambar. Pastikan bekas tahan panas ya.
Ads
Cara Mengukus
1. Tuangkan separuh adunan A. Susun ketulan coklat bar di atas keseluruhan permukaan adunan, tak perlu ditekan-tekan.
2. Susun kek kukus B dan tekan-tekan sedikit agar sedikit tenggelam.
3. Cling wrap loyang dengan satu atau dua lapis, biar kuat dan tidak bocor / adunan tidak dimasuki air dari wap kukusan.
4. Lapisan pertama dikukus selama 1 jam 15 minit.
5. Ulang langkah pengukusan lapisan pertama dan cling wrap. Lapisan kedua 1 jam 45 minit.
Setelah masak:
– Sejukkan 1 atau 2 jam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk, rehatkan beberapa jam atau semalaman.
– Potong saiz satu jari.
– Untuk pastikan kek kukus tahan lama, jangan biarkan kek terbiar di luar / di atas meja (ketahanan kek kukus boleh berkurangan jika terdedah kepada suhu sejuk panas atau udara tidak bersih bawaan angin) lebihan kek yang belum dimakan terus disimpan di dalam peti sejuk.
– Untuk memanaskan, boleh dikukus sebentar / microwave sekejap sahaja atau biarkan defrost begitu sahaja..
Makanan ringkas tapi mengenyangkan seperti bebola ayam boleh dijadikan pengganti nasi bagi anak-anak yang tak suka makan nasi. Tapi mama kenalah bijak sediakan bebola homemade supaya terjamin kandungannya. Paling penting bebas garam dan perasa, barulah senang hati nak bagi anak makan.
Resipi ringkas tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Md Som di facebooknya ini boleh mama cuba untuk variasikan hidangan di rumah. Sesekali mencuba resipi orang lain boleh juga menambahkan ilmu memasak. Anak-anak pun suka. Jom cuba!
Resipi Ringkas Tapi Sedap
Bebola adalah makanan yang ramai diantara kita selalu gunakan dalam menu pemakanan. Yang budak-budak memang suka makan. Nak masak pun senang, setakat goreng pun selalu tak cukup. Campak dalam mee buat rencah, masak sup dan macam-macam la yang menyenangkan para ibu-ibu jadikan sebagai pilihan menu ringkas.
Di sini saya kongsikan cara buat bebola ayam stail campak-campak. Kiranya senang nak buat dan boleh jadi antara projek yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Dan yang paling penting kita boleh kontrol kandungan garam dalam bebola.
Saya gunakan dada ayam frozen yang sudah dibuang tulang. Kita tinggal nak buang kulit sikit saja. Harga lebih kurang dari RM18.50 – RM 23.00 untuk 2 kilo. Resepi ini dapat banyak juga. Lepas la seminggu nak guna kalau kat rumah saya. Bahan-bahan tambahan lain pula macam jenis sayur dan herba ikut pada kreativiti dan kesukaan anak-anak.
Tekstur resepi ini agak padat sebab saya kisar tanpa tambah air. Jika adunan agak lembut, boleh imbangkan dengan lebihkan tepung jagung dan serbuk roti. Penggunaan serbuk roti memberikan rasa macam bebola yang beli di kedai. Sebab nampak budak-budak lagi selera nak makan dari hanya guna ayam dan tepung sebagai bahan asas.
1. Dada ayam 2 kilo dikisar halus.
2. Herba kesukaan dan seasoning ( seasoning sebagai pengganti garam )
3. Lobak merah dan daun sup.
4.Tepung jagung 1/2 cawan
5. Serbuk roti 3 cawan ( guna yang asli pun boleh )
6. Telur sebiji ( Lupa nak interprem daaa )
Ini lah rupa lobak merah, daun sup dan telur dikisar halus bersama.
Dah selesai kisar, campak segala bahan bersama. Gaulkan dan imbangkan kepekatan serta rasa yang kita suka. Jika nak guna garam, buat air garam lagi senang untuk kita adjust.
Bulat-bulatkan sebelum di rebus. Untuk tekstur yang agak lembut dan melekit boleh bentukkan semasa merebus.
Rebus sampai yang dah masak akan naik ke atas.
Ini lah rupa yang dah siap digoreng. Adalah sikit rupa macam yang beli kat kedai kannnn.
Jom cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek span antara kek kegemaran anak-anak kerana rasanya yang lembut dan berlemak ditambah pula dengan hiasan yang menarik di atas kek tersebut!
Kali ini kami kongsikan resipi kek span tembikai yang sangat sedap dan moist. Jom ikuti resipi ini.
Habis kita sumpah jadi tembikai 🍉🍉😆😆Kek Span Tembikai..moist, lembut & terlajak gebuss..Tak sampai sehari habis licin 😍😋
🍉KEK SPAN TEMBIKAI🍉
Meringue
🍉 6 biji putih telur gred A
🍉 1/2 cawan gula kastor
🍉 1 sudu teh cream of tartar (kalau tak ada boleh skip..boleh jugak di ganti dengan 1 sudu besar jus lemon)
Kek
🍉 6 biji kuning telur gred A
🍉 1/2 cawan santan pekat
🍉 1/2 cawan minyak masak
🍉 1 sudu teh esen vanila
🍉 1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
🍉 Pewarna merah, hijau & putih (saya guna pewarna gel)
🍉 Coklat chips @ kismis sebagai biji tembikai
Cara penyediaan:
Meringue
👉 Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul sebati
👉 Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil pukul hingga kental & bertanduk (stiff peak) Ketepikan dulu
Kek
👉 Satukan kuning telur, santan, minyak & esen vanila. Pukul hingga kembang selama 5 minit
👉 Kemudian, masukkan tepung. Pukul hingga sebati saja dalam 30 saat
👉 Campur meringue sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan & sebatikan.
Bahagikan kepada 3 bahagian & campur pewarna. Masukkan ke dalam piping bag
👉 Alas loyang saiz 9 inci dengan baking paper di bahagian bawah & tepinya. Picit adunan hijau di sekeliling loyang sebagai kulit luar tembikai. Picit pula adunan putih di bahagian dalam sebagai kulit dalam tembikai. Akhir sekali picit adunan merah di tengah-tengahnya sebagai isi tembikai. Ulang langkah yang sama hingga penuh loyang
👉 Setelah siap picit, hentak-hentakkan loyang kek untuk buang gelembung udara. Masukkan ke dalam loyang yang lebih besar & tuang air panas ke dalamnya sebanyak 1/4 daripada loyang. Bakar dengan cara water bath pada suhu 150°c selama 1 jam atau bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak
👉 Bila kek sudah masak, terus keluarkan dari oven & telengkupkan ke atas board @ pinggan. Angkat loyang & buka baking paper
👉 Hiaskan dgn coklat rice @ kismis sebagai biji tembikai. Sedap di makan sejuk2-sejuk dari peti ais.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Nasi goreng antara menu yang senang jika dah terdesak tak tahu nak makan lauk apa. Kadang hidangan ini antara kegemaran seisi keluarga kerana menepati selera semua.
Hanya tumis bawang, pecahkan telur pun dah siap satu kuali. Boleh dimakan anak beranak sama ada untuk sarapan pagi atau makan malam. Menu ini simple tapi mengenyangkan. Kali ni nak kongsi pula resipi nasi goreng cabai kering ilham daripada Novelis Afieyza Isahak.
•• Nasi Goreng Cabai Kering ••
Bahan dan cara membuatnya
Nasi sejuk – Gaul dengan garam dan sedikit air. Bagi basah nasi sikit-sikit. Untuk ratakan garam dan senang nak bajet kemasinan.
Telur – Goreng telur separuh hancur dan ketepikan. Goreng kacang buncis dan ketepikan. Untuk bagi ranggup bila makan nanti
Cili kering – gunting kasar dan rebus. Toskan dan tumbuk kasar bersama bawang besar, bawang putih seulas dan belacan. Tumbuk jangan sampai lumat.
Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan gula (ikut suka). Masukkan nasi dan kacau rata.
Kemudian masukkan telur dan kacang buncis tadi. Kacau bagi sama rata.
Siap. Boleh tabur daun bawang/sup dan bawang goreng
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...