Kek Butter Coklat Rice, Gebu & Sedap! Buat Tak Renyah, Bahan Pun Mudah

Share

Kek butter atau kek marble antara kek yang menjadi kegemaran semua golongan tak kira usia. Walaupun ada pelbagai jenis kek moden dengan dekorasi yang ikut trend, namun kek butter tetap menjadi pilihan.

Cara pembuatannya tak renyah dan bahan digunakan sangat mudah. Jadi mama yang tak pakar sangat membuat kek pun tetap boleh sediakan asalkan ada kerajinan.

Bagi anda yang suka makan kek simple begini, resepi Kek Butter Coklat Rice wajib anda cuba. Setiap gigitan itu terasa coklatnya.

Berikut antara perkongsian Khairunnisa Mohammad:

Chocolate Rice Butter Cake 

Sukatan untuk loyang 8x8x2

Bahan-bahan:

250g butter (marjerin pun boleh)
2+1/2 cawan tepung kek (tepung gandum pun boleh)
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan chocolate rice (banyak lagi pun ok)

Cara-cara:

▶️Mix butter, gula kastor, esen vanila dan susu pekat manis sampai gebu.
▶️Masukkan telur satu-persatu sambil mix.
▶️Masukkan tepung dan baking powder sambil mix, diselang-selikan dengan susu segar.

▶️Masukkan chocolate rice. Kaup balik saja.
▶️Tuang adunan dalam loyang.
▶️Bakar pada suhu 180°, api atas bawah, anggaran 1 jam atau 1 jam 15 minit.
▶️Kek dah masak, boleh potong.

Kek macam ni buat makan untuk minum petang sedap sambil layan tengok televisyen. Anak-anak pun mesti suka sebab ada taburan coklat rice.

Selamat mencuba.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN