Kek Carrot Kukus Versi Bayi, Campur Semua Terus Kukus!

Share

Siapa kata bayi tak boleh makan kek? Yang penting bahan-bahan yang diperlukan mestilah mesra bayi. 

Jom cuba buat kek carrot kukus versi bayi, mudah disediakan dan paling penting sedap!

KEK CARROT VERSI KUKUS

Bahan A:

🥕2 biji telur
🥕½ cawan minyak masak
🥕madu @ puree kurma – sukatan ikut kemanisan yg dikehendaki (⚠️ penggunaan madu utk bayi berumur 1 tahun dan ke atas)

➡️Blend sehingga kembang dan berbuih² tiga bahan ini. lagi lama lagi bagus sbb nanti kek tu akan naik cantik dan teksturnya lembut.

Bahan B:

🥕1 cawan tepung naik sendiri (jika guna tepung gandum unbleached, perlu tambahkan baking powder)
bahan C
🥕carrot sagat (kuantiti ikut kegemaran masing²)
🥕zest lemon (utk buang bau hanyir telur,sbg pengganti esen vanila)
masukkan bahan B di dalam bekas. kemudian tuangkn bahan A yg telah siap diblend. kacau sebati menggunakan whisk. tak perlu kuat-kuat ya. Barulah masukkan bahan C. sebatikan juga.

Tuangkan ke dalam bekas@acuan@loyang. Mami guna carrot sagat, potongan kurma dan kepingan badam sebagai hiasan. (optional). Kukus selama 45minit atau sehingga masak. nak tukar kepada versi bakar pun boleh.

Kredit:Sazna Najihah

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN