Kek coklat antara yang mempunyai peminatnya tersendiri. Tak kisahlah kek coklat moist, muffin coklat atau apa saja yang berasaskan coklat, pasti akan menjadi pilihan. Dari anak kecil hingga orang dewasa memang akan menggemarinya.

Biasanya kek coklat moist dengan topping coklat leleh akan menjadi kegemaran ramai kerana rasa coklatnya yang cukup padu. Namun kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah adalah Kek Coklat Cheese.

Bagi peminat coklat dan cheese, ni kombinasi yang cukup istimewa kerana ada kedua-duanya. Memang tak menyesal buat sendiri. Confirm ni antara pilihan yang seisi keluarga suka.

Buat sekali laku keras. Buat 2x laku keras juga. Tak sampai satu hari habis licin. Sedap makan sejuk-sejuk.

Kek Coklat Cheese Moist Kukus. Satu Resipi Dapat 2 Versi, Memang Sedap!

CHOCOLATE CHEESE CAKE 

Bahan-Bahan Kek Coklat :
– 1/2 cawan serbuk koko
– 1/2 cawan gula halus
– 1/2 cawan susu cair (sy guna full cream milk)
– 1/2 cawan susu pekat (sy tambah jadi 3/4 cwn)
– 1/2 cawan minyak masak
– 1/2 cawan tepung gandum*
– 1/2 sudu teh serbuk penaik*
– 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
– 1/4 sudu teh garam halus*
(bahan-bahan bertanda * di ayak)
– 2 biji telur gred B – di pukul sedikit
– 1 sudu teh esen vanila
– 1 sudu teh air nescafe – tak nak boleh skip

Kek Coklat Cheese Moist Kukus. Satu Resipi Dapat 2 Versi, Memang Sedap!

IKLAN

Bahan-bahan Layer Cheese
– 250gm cheese Tatura -di lembutkan dulu pada suhu bilik
– 1/2 cawan gula halus
– 2 biji telur gred B
– 1 sudu teh esen vanila
– 1 sudu besar tepung gandum

Cara-Cara Membuatnya :

1) (Kek Coklat) Di dalam periuk, satukan serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat, & minyak. Panaskan di atas api & kacau hingga gula larut saja. Jangan sampai mendidih. Biarkan suam seketika.

2) Kemudian, campur telur, esen vanila & air nescafe. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan ayak & kacau sebati.

IKLAN

3) Tuang ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah di lapik dgn baking paper. Tinggal sedikit adunan dalam 2 sudu besar untuk buat corak di atas kek nanti. Kukus 25-30 minit dengan api sederhana

4) (Layer Cheese) Satukan semua bahan-bahan & pukul hingga sebati & kembang

Kek Coklat Cheese Moist Kukus. Satu Resipi Dapat 2 Versi, Memang Sedap!

5) Setelah kek coklat masak, tuang adunan cheese perlahan-lahan di atasnya. Masa ni kecilkan api sebab kita nak buat corak dulu

IKLAN

6) Baki adunan kek coklat tadi di tambah dengan 1 sudu besar tepung gandum supaya mjadi pekat..jadi senang untuk kita picit & tidak meleleh. Masukkan ke dalam piping bag

7) Lukis line panjang banyak-banyak di atas cheese, kemudian tarik dgn pencungkil gg utk buat coraknya.

8) Kukus semula selama 25-30 minit api sederhana kecik. Bila di cucuk dengan lidi, ia keluar bersih bermakna kek sudah masak

Kek Coklat Cheese Moist Kukus. Satu Resipi Dapat 2 Versi, Memang Sedap!

9) Sejukkan dulu di dalam peti ais 1 jam sebelum di potong

Kredit: Nor Al Fatihah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI