Kek marble antara kek yang cukup popular menjelang musim perayaan kerana ia paling mudah disediakan malah rasanya yang cukup enak. Namun mencari resipi yang mudah malah menggunakan sukatan cawan yang sedap, anda perlu bijak mencuba pelbagai resipi. Barulah rasanya puas hati.
Resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini boleh anda cuba. Bukan hanya menggunakan sukatan cawan, bahkan turut disertakan sekali sukatan menggunakan gram bagi memudahkan semua orang. Resipinya ringkas malah marble terhasil cukup cantik. Rasa pun padu. Jom cuba!
Bahan-bahan: (Sukatan gram)
250g butter
200gram gula kastor (saya guna gula pasir dan kisar)
5 biji telur gred B
220 gram tepung naik sendiri@ tepung gandum biasa pun boleh (ayak)
3 sdb susu segar @ cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecik perisa vanilla
2 sudu besar serbuk koko Cara sama sahaja (kek pada gambar saya guna sukatan gram -guna loyang saiz 7@8)
Pukul butter dan gula selama 10-12 minit. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kaup balik je dan masukkan susu pekat manis. Gaulkan sebati.
IKLAN
Bahagi adunan kepada 2 bahagian, adunan pertama warna asal/plain. Kedua letak serbuk koko. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci @ 7inci dan lapik kertas minyak.
Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan, biar je kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi. Jangan ratakan juga, ulang hingga habis.
IKLAN
Panaskan oven suhu 170′ dan bakar selama 45 minit atau hingga masak, api atas dan bawah.
Kupang merupakan salah satu sumber makanan laut yang kaya dengan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kanak-kanak. Walaupun kupang mempunyai banyak manfaat kesihatan, penting juga untuk memperhatikan risiko alergi makanan laut dan memastikan kupang disiang dan dimasak dengan betul.
Kupang Kaya Dengan Nutrisi & Bermanfaat Untuk Kanak-kanak
Ia bertujuan bagi menghindari risiko keracunan makanan, seperti keracunan dari bakteria Vibrio yang boleh terdapat pada makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna. Selalu pastikan sumber makanan laut yang bersih dan segar, serta masak dengan suhu yang cukup untuk membunuh kuman berbahaya.
Berikut adalah beberapa khasiat kupang untuk kanak-kanak:
1.Sumber Protein yang Baik: Kupang merupakan sumber protein yang sangat baik, yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan kanak-kanak. Protein juga penting untuk pembangunan otot dan jaringan lain.
2.Kaya dengan Zat Besi: Kupang tinggi kandungan zat besi, yang penting untuk mencegah anemia. Zat besi memainkan peranan penting dalam pembentukan hemoglobin, yang mengangkut oksigen dalam darah.
3.Sumber Omega-3: Omega-3 adalah asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan harus diperolehi melalui diet. Omega-3 penting untuk perkembangan otak dan mata pada kanak-kanak.
4. Vitamin dan Mineral Penting: Kupang mengandungi berbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, magnesium, dan potassium. Vitamin B12 penting untuk pembentukan sel darah merah dan fungsi saraf. Magnesium dan potassium penting untuk fungsi otot dan saraf.
5. Baik untuk Sistem Imun: Kupang mengandungi nutrien seperti seng dan selenium yang penting untuk sistem imun yang kuat, membantu badan melawan infeksi dan penyakit.
“Kupang hijau atau green mussel adalah sejenis haiwan bercengkerang yang sangat sedap bila dimakan. Terdapat banyak jenis kupang ini di seluruh dunia. Dan ia boleh hidup di sesetengah kawasan perairan laut.
“Di Malaysia, kupang sangat popular di selatan tanah air. Jenis kupang banyak di sini adalah kupang hijau. Kupang hijau terbahagi kepada 2 jenis tempat pembiakannya iaitu pusat ternakan (kelong); dan hidup secara liar (batu-batu atau tiang-tiang).
“Kupang sangat unik. Sebab itu kita kena siang kupang secara betul sehingga benar-benar bersih, tidak seperti kerang yang boleh terus dimasak dan dimakan.”
Tip Pilih Dan Siang Kupang
1-Pastikan kupang itu benar-benar segar dan hidup. Kupang yang hidup kita boleh tahu bila kita lihat ia terbuka dan kita ketuk sikit, ia akan tertutup rapat.
Hendak tahu kupang itu segar, kita boleh lihat dari pandangan mata. Kalau melalui deria hidung, kita boleh bau air laut itu. Kalau ada bau busuk yang kuat dan kupang ternganga, lebih baik buang sahaja kupang tersebut.
2-BASUH KULIT KUPANG HINGGA BERSIH DARIPADA SEBARANG BENDA ASING. DAN YANG PALING PENTING, GUMPALAN RAMBUT YANG ADA PADA KUPANG TERSEBUT HARUSLAH DIBUANG.
CARANYA MUDAH SAHAJA. KITA HANYA PERLU TARIK SAHAJA RAMBUT TERSEBUT. RAMBUT INI KALAU TIDAK DIBUANG BOLEH MENYEBABKAN KITA SAKIT PERUT SETELAH MEMAKANNYA.
KALAU NAK LEBIH MUDAH, SAMPAI SAHAJA DI RUMAH, TERUS MASUKKAN KUPANG KE DALAM FREEZER SELAMA 15 HINGGA 20 MINIT. BIARKAN KUPANG MATI DALAM FREEZER.
KEMUDIAN BASUH KUPANG TERSEBUT. RAMBUT AKAN MUDAH TANGGAL BILA DITARIK SEBAB KUPANG ITU TELAH MATI.
3-Setelah dicuci sehingga bersih, bolehlah masak kupang mengikut menu yang diinginkan.
Menu Kupang
Kita boleh pilih samada nak masak sekali dengan kulit atau hanya masak guna isi kupang. Jika mahu masak kupang dengan kulitnya sekali, kita boleh terus sahaja masak. Jika kita mahu masak tanpa kulit, apa yang boleh dibuat adalah rebus kupang separuh masak, kemudian barulah kopek isi daripada kulitnya.
Berikut adalah antara menu yang boleh kita buat dengan kupang. Pelbagai menu boleh dimasak menggunakan kupang.
1-Kupang rebus cicah sos kicap cili.
2-Kupang tumis cili bawang serai.
3-Kupang masak lemak cili padi.
4-Sambal kupang (nasi lemak)
5-Rendang kupang.
Puding Karamel Tanpa Telur yang satu ini paling sesuai untuk yang alergik telur atau tak suka rasa hanyir telur dalam puding. Paling menarik caranya cukup mudah malah tak perlu dikukus seperti biasa. Menarik.
Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Marina Ismail ini. Superb!
Bahan-bahan pun mudah dan murah. Gandingan puding perisa vanila yang silky smooth dengan gula karamel memang sangat nikmat. Lembut je hasil puding karamel ini. Tidak perlu guna water bath pun tetapi tekstur sangat licin! Rasa puding tu sangat seimbang dengan rasa karamel.
Dah la tak guna telur, lepas tu hanya kena sejukkan dalam peti ais saja. Hanya perlu sediakan caramel, adunan puding dan sejukkan di peti ais. Tidak payah susah nak guna teknik water bath atau kukus. Sesuai untuk yang nak sediakan dessert dengan cepat. So kalau tetiba craving nak fast, simple yet tasty dessert boleh try resepi ni.
Kalau ada yang tanya mana sedap antara puding karamel yang guna telur dan tak guna telur ni. Pada Kak M dua-dua sedap. Mungkin sebab kak M memang penggemar dessert kot. Terpulang selera masing-masing. Kalau rasa puas hati nanti boleh la buat untuk tetamu pulak. Serious tak menyesal cuba resepi ni.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
BAHAN:
Bahan untuk gula karamel:
5 sudu besar gula
Bahan untuk puding:
1 paket agar-agar (10g)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
4 mug air
2-3 titis stevia (resepi asal guna 3/4 cawan gula)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Cara untuk gula karamel: 1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.
2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling Loyang. Ketepikan. (kak M guna loyang saiz 8 inci).
3. Untuk puding, satukan semua bahan untuk puding dalam periuk.
4. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul tau.
5. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
6. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
7. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum di makan.
Tips: ☑️Masa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tak mudah hangus kat bahagian bawah dan tak berketul.
☑️Kalau tak nak letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel tu dah cukup manis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu kurma memang menjadi rebutan ramai disebakan rasanya yang sangat sedap! Tapi tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat sendiri susu kurma itu di rumah? Jauh lebih murah, dapat minum dalam kuantiti yang banyak, lebih sihat dan dijamin tiada bahan pengawet.
Berikut perkongsian untuk anda yang nak cuba buat sendiri jus susu kurma sedap!
Buat susu kurma sendiri JIMAT dan SEDAP!
Bahan-bahan
• 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
• 1 cawan air kosong
• 2 cawan susu segar (full cream,fresh milk atau low fat – mengikut citarasa)
Bahan-bahan opsyen
• Madu
• Oat
• Kacang badam / gajus
• Kismis
• Buah tin
• Pisang
• Serbuk milo / koko / kopi
• Serbuk kayu manis
• Ketulan ais
• Aiskrim vanila
Cara-caranya:-
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
Okey, siap sudah resepi yang amat senang dan sihat. Tidak ada gula tambahan dan korang sendiri mengenali setiap bahan yang digunakan. Jika korang guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih ‘kick’! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.
Resepi date milkshake ini boleh menjadi milkboster susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Bulan puasa ni, eloklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka.