Dah buntu nak masakkan sarapan apa untuk anak-anak? Resipi Omelette yang satu ni kalau mama cuba mesti rasa nak lagi dan lagi. Omelette versi mantap sebab terlebih rangup!
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurasykin Ali ni memang tersangatlah sedap. Paling penting guna tiga bahan je, senang pulak tu nak buatnya. Rangup..tu yang kita mahu!
OMELETTE BISKUT KERING RINGKAS DAN SEDAP!
Hari-hari sarapan roti pastinya bosan kan? Bukan anak-anak je.. Kak ekin pon sama. Try buat sarapan lain sikit untuk diorang. Rasa dia macam kita makan roti telur tapi tak secrunchy macam ni. Husband lepas makan, dia kata “eh sedap lahhh! ” Hahaha memula tu eksyen tak nak makan sekali….
Kak ekin guna 3 bahan utama iaitu biskut kering hup seng, telur dan bawang. Sebagai pelengkap boleh tambah blackpepper, perasa atau cili. Untuk resipi ni kak ekin tak guna cili sebab nak bagi anak makan. Resipi kat bawah ya.
Bahan-bahan :
1. Biskut Hup Seng 7 keping
2. Telur 2 biji
3. Bawang merah 3 biji
4. Serbuk Blackpepper/garam/perasa/ cili (optional)
Ads
Bahan utama. Biskut hup seng, telur dan bawang
Cara-caranya:
1. Basahkan sedikit biskut kering yang dah dipatah-patahkan kasar.
Ads
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang, blackpepper, sedikit perasa dan garam. Pukul telur sampai kembang.
3. Panaskan minyak dan goreng biskut sampai kering dan garing. Mesti bagi garing baru sedap.
Untuk resipi ni korang boleh tambah cili. Lagi kick rasa dia. Mudah dan sedap! Time cuti sekolah ni bole la try buat menu simple macam ni untuk anak-anak.
Selamat mencuba! ❤
Kredit: Nurasykin Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai anak yang terlalu cerewet dalam soal pemakanan pastinya merupakan satu cabaran. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan kesabaran anda sebagai ibu bapa akan teruji apabila anak anda menolak setiap makanan yang disediakan.
Namun, anda jangan lekas melenting. Bersabar dan teruskan mencuba. Belajar untuk menjadi kreatif dalam penyediaan untuk menjadikan setiap hidangan tampak menarik di matanya. Dan yang paling utama, pastikan rasanya sedap agar ia dapat menambat selera anak anda itu. Anda juga boleh mencuba resepi ayam yang disediakan atau mempelbagaikan lagi resepi ayam, siapa tahu anak anda akan menyukainya.
Parmesan Crusted Chicken
Bahan-bahan untuk salutan ayam:
½ cawan tepung serba guna
2 biji telur
⅔ cawan serbuk roti
⅓ cawan keju parmesan
¼ sudu teh lada hitam
2 sudu besar campuran herba segar yang dicincang halus seperti thyme, pasli, atau rosemary
Bahan-bahan untuk ayam:
3-4 ketul bahagian dada ayam tanpa tulang, ditumbuk sehingga ¼ ketebalan
Garam dan lada hitam
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar minyak zaitun
Lemon, untuk penambah perisa
Cara penyediaan:
Sediakan tiga bekas atau mangkuk untuk proses penyediaan. Pada bekas atau mangkuk pertama; letakkan tepung.
Pada mangkuk kedua, pukul telur. Pada mangkuk atau bekas yang terakhir, iaitu yang ketiga, campur dan gaul rata herba yang dicincang.
Gaul rata ayam bersama lada hitam. Kemudian celupkan ayam ke dalam mangkuk pertama berisi tepung dan goyangkan sedikit sehingga lebihan tepung jatuh dan hanya lapisan nipis sahaja kekal tersalut pada ayam. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur, terbalikkan ayam sehingga telur bersalut rata pada ayam, pastikan tiada lebihan salutan telur pada ayam. Akhir sekali celupkan ayam dalam campuran herba, terbalik ayam beberapa kali untuk memastikan campuran herba menyaluti ayam dengan baik. Letakkan ayam yang tersedia bersalut di dalam pinggan lain. Teruskan mengulangi langkah yang sama pada isi ayam yang lain.
Campurkan kedua-dua minyak dan panaskan dalam kuali atau saute pan dengan api sederhana. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam yang sudah bersalut dan masakkan selama dua hingga tiga minit sehingga bahagian pertama berwarna coklat keemasan, kemudian terbalikkannya. Masak pada bahagian yang kedua sehingga berubah menjadi warna yang sama untuk tempoh dua hingga tiga minit. Hidangkan dengan potongan lemon.
Popcorn chicken
Bahan-bahan:
4 bahagian dada ayam
3 cawan bertih beras (rice krispies)
1 ½ auns keju parmesan, diparut halus
2 sudu minyak zaitun
1 sudu teh oregano kering
½ sudu teh serbuk bawang putih
2 biji telur
1 sudu makan susu
Cara penyediaan:
Panaskan ketuhar pada 200℃ dan sediakan dulang pembakar dengan kertas parchment.
Potong dada ayam ke dalam ketulan bersaiz kecil dan letakkan dalam mangkuk
Campurkan bertih beras, parmesan, oregano dan serbuk bawang ke dalam pengisar. Selepas dicampur rata, masukkan minyak zaitun dan kisar sekali lagi. Kemudian taburkan campuran yang dikisar ini ke dalam pinggan dengan rata. Pukul telur dan susu dalam sebuah mangkuk.
Masukkan ketulan ayam yang sudah dipotong kecil ke dalam mangkuk yang mengandungi campuran telur dan susu, kemudian masukkan ke dalam pinggan berisi kisaran campuran bertih beras, oregano, serbuk bawang dan minyak zaitun. Anda boleh lakukan sehingga 6 hingga 8 ketulan ayam dalam satu-satu masa.
Ketulan ayam yang sudah bersalut diletakkan dalam dulang pembakar dan dibakar selama 13 hingga 15 minit sehingga warnanya berubah kepada coklat keemasan dan masak.
Hidangkan dengan segera bersama sayuran cincang (sebarang sayuran yang anda suka), atau bersama potato wedges.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain Nasi Arab, Nasi Ayam juga antara pilihan terbaik keluarga untuk juadah berbuka nanti. Anak-anak pun bukan main suka kalau mama sediakan nasi ayam. Tak gitu? Salah satu resipi nasi ayam paling ringkas dan mudah hendak disediakan ini mama wajib cuba. Paling membantu mama di dapur!
Resipi yang dikongsikan oleh Pn Amirah Husain ini memang mudah. Hasil nasinya yang berkilat juga buat kita sudah mula terasa-rasa akan kesedapannya. Jom sediakan buat anak-anak petang ini.
Assalamualaikum. Hari ni sis nak share resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.
Bahan-bahan untuk sup:
Untuk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yang brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan untuk perap ayam:
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nak manis macam mana)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan untuk nasi:
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yang sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan untuk kuah lada:
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Mula-mula korang tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.
Ok lepas tu korang letak la air banyak mana korang nak tapi bagi sis kene letak banyak la sebab korang akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok.. lepas tu korang masuk laa ayam dan kiub pati ayam. Bila dah mendidih korang letak la garam dan pak aji. Pastikan masak sampai ayam empuk tau.
Ok sambil-sambil tunggu sup korang tu masak, korang buat la kuah lada pulak. Blender semua ok, masuk sekali cuka, gula dan garam.
Lepas tu masak balik, api slow je tau. Kacau sampai mendidih pastu tutup la.
Ok part ni bagi sis senang, setengah orang kalau nak masak nasi mesti kena tumis segala mak nenek tu kan. Ok kalau resepi sis, korang takyah susah-susah nak tumis dah. Korang basuh beras macam biasa, lepas tu korang tuang la marjerin yang dah dicairkan.
Ok lepas tu ambik kuah sup yang korang dah masak tadi masuk ke dalam periuk nasi korang tu. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu. Nanti nasi korang cantik tau, berkilat aje. Kuah tu ikut sukatan banyak mana korang masak nasi tau.
Ingat tu. Jangan lupa daun pandan, baru la wangi nasi uolss..tanak nasi macam biasa. Jangan gatal tangan nak tambah garam ke apa ke sebab masa uolss masak sup tu korang dah masukkan. So nasi dah cukup sedap dah.
Ok ni untuk perap ayam pulak. Masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu.
Lepas tu korang golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi. Jangan celup dengan tangan sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap. Lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap, korang letak dalam peti sat. Setengah jam pun dah ok, lepas tu goreng dengan api kuat.
Bila-bila korang goreng guna api kuat, ayam korang akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam. Walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut. Bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat. Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap. Lebihan kuah perap ayam tu, korang masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung. Bila mendidih dan pekat tutup api.
Menu ayam percik sememangnya cukup digemari kerana rasa lemaknya. Namun uniknya menu Ayam Percik Kelantan yang dihasilkan dengan bara yang dimasak di atas dapur ini cukup unik pembuatannya.
Dengan hanya meletakkan pada kuali terpakai, ayam dimasak sekata malah lebih sedap dari biasa. Lagi-lagi kala digabungkan bersama kuah percik yang super awesome. Jom cuba teknik memasak yang dikongsikan oleh Pn Nor’Aini Muhaimin ini. Memang padu!
Ayam percik kelantan harini. Cara bakar ayam atas dapur gas tapu guna arang. Dapur tak kotor, ayam pun bau arang. Saya guna kuali yang dah lama & tak digunakan.
Bara arang tu saya buat dahulu, bila arang dah jadi bara, saya masukkan dalam kuali. Api gas tu tujuannya untuk memanaskan lagi arang yang belum jadi bara & untuk memaksimumkan kepanasan bara. Bila semua arang dah jadi bara, boleh la tutup api gas tu.
Abu bara tu tak bersepah-sepah pun sebeba bberkumpul dalam kuali tu je. Saya sertakan resepi kuah percik.
Resepi kuah percik:-
Bawang besar 3 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Lada kering*
Sedikit belacan*
Halia*
Ketumbar 2 sudu*
Asam keping sekeping
Santan KARA 2 kotak
Blender semua bahan * & masuk dalam periuk.
Masukkan santan, garam gula & asam keping.
Sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul. Bila dah pekat, tutup api.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.