Resipi kek oren sangat mudah disediakan. Rasanya pun sedap! Bau harum sunquick membuatkan kek sangat menyelerakan. Kek ini sesuai untuk sebarang majlis atau untuk dinikmati di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kek oren lembut moist lembab ini memang ramai yang suka. Apa yang penting tak muak langsung bila makan. Bila guna pes oren sanquick memang lagi sedap. Memang lembut sangat tekstur kek ini. Jadi tunggu apa lagi. Jom kita mula buat!
Kek Oren ‘Super’ Gebu
RESIPI KEK OREN
Bahan-bahan:
3 biji telur
¾ cawan gula
1 sudu besar ovalette
3 sudu besar pes oren sanquick
¼ cawan minyak matahari
¼ cawan santan
1 1/4 tepung gandum
Bau Harum Oren ‘Sanquick’ Undang Selera Nak Makan
Cara membuat:
Ads
1.Adun sampai gebu telur, gula,pes oren sanquick.
2.Masukkan minyak matahari.
Ads
3. Masukkan santan, pewarna dan mix sampai gebu.
5. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak 1 1/4 cawan ,adun sampai gebu.
6. Gris loyang supaya tidak melekat.
Ads
7. Bakar suhu 150-160 darjah celcius selama sejam mengikut jenis oven.
8. Cucuk dengan lidi, nak tengok sama ada sudah masak atau belum. Jika tidak melekat maknanya sudah masak. Bolehlah dikeluarkan dari oven.
9.Tunggu kek sejuk sedikit, kemudian bolehlah dipotong untuk dihidangkan.
Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil.
Jika anda kini sedang hamil, jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil. Ia mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.
Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap bagi ibu yang menyusukan anak. Mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.
1. Banyak kandungan nutrisi
Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:
Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.
2. Mencegah kecacatan tiub neural
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.
Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA. Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.
3. Menurunkan risiko kanser
Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser. Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
4. Menyihatkan mata
Tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.
5. Mencegah GERD
Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.
6. Indeks glisemik rendah
Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.
7. Meningkatkan kesihatan kulit
Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.
Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.
8. Menurunkan berat badan
Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.
9. Sumber vitamin C
Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan. Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?
Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Mana-mana ibu yang bekerja pasti berdepan dengan masalah menyediakan bubur untuk anak, bila mana anak sudah bersedia menerima makanan pejal. Nak masak bubur setiap pagi bukanlah mudah kerana mengambil masa yang agak lama.
Tak hanya masa, api juga perlu sentiasa dipantau. Harus dikacau sentiasa supaya tak kering dan sudahnya hangus tanpa sedar. Pening juga kalau berdepan dengan kes hangus setiap hari.
Perkongsian Dr Nurilyani Bujang ini memang menarik. Tak ada masalah bubur kering, malah bubur hangus pun tak akan berlaku lagi. Wajib cuba tip ni.
Tip Paling Efisyen Untuk Mama
Anak kecil yang berumur enam bulan ke atas sudah boleh diperkenalkan dengan makanan tambahan seperti bubur nasi. Sewaktu anak saya yang sulung masih kecil, saya mempunyai masalah untuk memasak bubur segar dalam kuantiti yang amat sedikit.
Saya pula jenis yang tak suka simpan makanan, apa lagi makanan bayi. Kebiasaannya jika saya memasak, saya hanya pastikan ianya cukup cukup, tidak berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.
Kerapkali periuk kecil saya hangus, bubur terkering ataupun terlebih air. Sehinggalah saya berjumpa dengan pasangan Prof Lucy (pakar paediatrik) dan Prof Patrick (pakar bius) . Mereka adalah pasangan yang pernah berkhidmat di PPUM.
Boleh scroll gambar untuk cara cara membuatnya. Moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa berterusan pada pasangan professor.
Saya suka gunakan beras Sunwhite. Banyak beras saya dah cuba. Buat masa ini, beras yang mempunyai tekstur yang saya suka adalah Sunwhite.
Anak saya hanya makan secangkir beras yang dijadikan bubur setiap hidangan. Saya sukat beras anak gunakan cangkir susu tepung.
Beli mangkuk stainless steel seperti di atas. Pastikan mangkuk kecil dan boleh diteluskan di tengah tengah periuk nasi. Mangkuk di atas, saya beli di pasaraya dengan harga rm 5.
Kuiskan sedikit beras untuk nasi ke tepi dan teluskan mangkuk berisi beras dengan sukatan air yang sesuai untuk bubur tersebut.
Tekan butang ON. Tutup periuk seperti biasa.
Semangkuk bubur untuk bayi siap bersama sama dengan nasi segar untuk ahli keluarga yang lain.
Kalau tak masak nasi, nak letak air sahaja dalam periuk nasi tu pun boleh.
Kredit: Dr Nurilyani Bujang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!