Pasti terlintas dalam fikiran ibu apa makanan yang paling cepat nak sediakan untuk anak kalau mereka minta nak makan. Maklumlah kalau ibu yang bekerja masa untuk masak apa yang anak suka agak terhad sikit.

Jadinya untuk memudahkan ibu, resipi Milo Crackers yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali ini boleh dicuba dan pasti anak suka.

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak

Sebut je milo boleh dikatakan rata-rata anak menggemarinya. Selain air milo, crackers ni antara salah satu yang menu baru untuk anak. Cumanya kemanisan untuk buat crackers ini bergantung pada ibu. Sukatan boleh diubah mengikut citarasa anda.

MILO CRACKERS KESUKAAN ANAK

Resipi guna 3 bahan je. Yang penting tak payah bakar-bakar guna ketuhar bagai. Tunggu sejuk sikit masuk mulut ngap. Sangat mudah, jimat dan sedap!

Jom tengok resipinya di bawah

IKLAN

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak

BAHAN-BAHAN:

1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (* sukatan susu ikut citarasa masing-masing. Kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico

CARA-CARANYA:

IKLAN

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak

1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.

IKLAN

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.

Milo Crackers 3 Bahan. Tak Payah Bakar, Gaul & Bentukkan Ikut Citarasa Anak

Selamat mencuba!

#SHARE la dulu supaya tak hilang.

Follow NurasykinAli untuk lebih tips dan resipi menarik untuk anak-anak.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI