Bila anak dah masuk usia 8 bulan ke atas, si kecil dah mula pandai makan makanan jejari. Mama boleh sediakan pelbagai makanan jejari yang menarik antaranya kek. Siapa cakap kek hanya untuk orang dewasa?
Bayi pun boleh makan kek asalkan bahan yang digunakan selamat untuk bayi. Selamat mencuba!
Burnt cheesecake with carrot and dates for my 9 months baby. Excited sebab selalu buat cake tak pernah nak jadi. Tiba-tiba kali ni jadi pula.
Resepi:
Cara penyediaan:
Blend semua dan bakar pada suhu 200°c api atas bawah selama 30 minit, dan 10 minit api atas saja. Siap
Musim panas yang melanda negara kini membuatkan anak-anak mudah berdepan dengan masalah demam, batuk berpanjangan dan tidak kurang juga selsema. Penyediaan makanan yang tepat dan sesuai adakalanya membantu meredakan sakit anak.
Adakalanya makanan berminyak membuatkan kesihatan anak makin terjejas. Ini yang dikongsikan ibu ini, Puan Shazney Rahman dalam meredakan sakit anaknya disamping ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Kurangkan makanan bertumis dan melebihkan teknik kukusan dan rebusan dalam sajian menu si kecilnya. Jom kita cuba.
ANTIBIOTIC MENU! This week Faleq kurang okay. Alhamdulillah Faleq tak demam cuma batuk berkahak. Selera seperti biasa cumanya batuk tu je tak best dengar. Jadi kakak decide kena alter balik menu-menu dia change tu kepada menu-menu yang kurangkan batuk dan kahak.
Jadinya minggu nie semua makanan Faleq bersifat menu penyembuhan. Semua jenis berkuah dan kukus even breakfast dia pun kakak tak bagi yang deep fry. Kukus atau grill sahaja.
Alhamdulillah Faleq getting better. Tak sia-sia mama hempas pulas pikir menu bersifat antibiotik ni. Cuma nak cakap if anak kita tak sihat kita bukannya catu makan tapi kita alter balik menu sedia ada. Baby perlukan zat untuk dia sembuh. Macam Faleq since dia berkahak kakak cuba elakkan makanan yang deep fry, diary product, ghee semua tu.
Banyakkan menu bersup, kukus je dan kalau tumis pun minyak seminima yang boleh. Hasilnya kahak dah slowly hilang batuk dah kurang banyak. Ohh ya kita rujuk jugak Faleq dengan doktor. Faleq sembuh pun dengan bantuan ubat jugak selebihnya kakak take action sendiri.
Kalau anak kita tak okay tolong rujuk pihak yang lebih pakar. Sometime kita cuma mampu slowkan virus, tak mampu lawan virus jadi sila rujuk klinik ye. Semua resepi-resipi ni kakak buat 5 hari di rumah bs. Even Faleq tak sihat makanan tetap best mama bagi dia.
AYAM STEAM HALIA
Resepi nie mudah dan sedap. Cuma perap ayam bersama lada sulah dan minyak bijan dalam 30 minit. Masa ready nak kukus cuma taburkan hirisan nipis halia di atas ayam dan tunggu sehingga ayam masak. Mudah kan.
VEGE CLEAR SOUP Resepi ni cuma letak air dan rebus naik semua bahan. Kakak sarankan masukkan dahulu sayur yang lambat empuk diikuti dengan sayur yang mudah dan cepat layu.
TOMYAM AYAM WITH TOFU
Tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak. Masukkan air, cbs dan carrot kemudian masak sehingga agak empuk. Masukkan ayam dan celery dan masak sehingga mendidih. Masukkan tofu, tomato dan perahan air limau. Tunggu sehingga masak. Siap!
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN
2 sekawan (kulit kayu manis & bunga lawang)
Bawang merah+putih (hiris nipis)
Bawang merah+putih+halia (ditumbuk)
Serbuk lada hitam
Celery
Tomato
Carrot
Ikan merah
Tumis hirisan bawang dan 2 sekawan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bahan tumbuk, tumis sebentar dan masukkan air 1 cawan. Masukkan carrot dan masak sehingga agak empuk. Masukkan ikan dan celery. Masak sehingga mendidih. Masukkan tomato dan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga masak. Siap!
*Kakak tambah cbs di dalam sup
ASAM REBUS
Blend bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan separuh tomato. Ketepikan. Tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak sehingga naik bau. Masukkan bahan blend dan masukkan setengah cawan air. Bila sudah mendidih masukkan ikan, cauliflower dan bunga kantan. Akhir sekali masukkan sawi dan tunggu sehingga masak. Siap!
* Boleh masuk cbs, asam keping dan serbuk lada hitam sebagai penambah rasa. Kakak tak letak asam keping sebab dah blend letak tomato sekali. Dia punya masam dah nice.
Kakak selalu guna ikan kembung atau pari untuk buat asam pedas ni, taruk bendi dan kangkung. Versi Faleq kakak gantikan dengan sawi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jus epal saderi dengan halia boleh diminum dan dijadikan sebagai energy booster. Jus ini mempunyai banyak khasiat dan banyak manfaat untuk badan. Ibu berpantang juga amalkan jus ini mencuci usus dan membuang toksin dalam badan. Pasti badan akan berasa segar malah cepat nak membuang.
Epal hijau lebih tinggi fiber iaitu ‘soluble fibre’ berbanding epal merah. Kandungan ‘soluble fibre’ dalam epal hijau adalah 22% lebih tinggi berbanding epal merah. Jenis ‘soluble fibre’ dalam epal dikenali sebagai pektin.
Pektin juga boleh didapati dari kulit limau. ‘Soluble fibre’ ini berfungsi sebagai prebiotik – untuk mengalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus besar kita.
Jom lihat resipi jus epal saderi dengan halia yang dikongsikan oleh Ain Nani di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI JUS EPAL SADERI DENGAN HALIA
Morning everything Pagi ni admin nak share lagi satu resepi juice, juice ni min namakan Juice Energy Booster. Kenapa energy booster? Sebab bila min rasa badan dah lemau dek banyak angin atau toksin min terus buat juice ni, min terus rasa bertenaga semula. Biasalah perempuan kan, lagi-lagi dah beranak ni macam-macam lah yang dirasa. Kebaikan dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi. Minum air halia juga mampu mengurangkan nafsu makan dan sesuai untuk korang yang tengah diet.
Jangan tak tau, celery ini sedap untuk buat kudapan, berair sahaja rasa tekak. Siapa yang ada masalah sembelit, susah sangat nak hadam, Min advice amalkan sayur ini sebab ada kandungan air dan fiber yang agak tinggi elok sangatlah tu. Korang boleh je buat salad, sup atau jus.
Bahan-bahan:
• 1 biji epal • Daun saderi • Halia
1. Kisarkan sebiji epal hijau, halia dengan daun saleri. Sukatan air min main agak je , minum setiap pagi sebelum bersarapan atau masa perut kosong.
Ingat! Kulit yang cantik bermula dari usus yang sihat.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.