Kek Raya Marble Orange Sunquick Gebu, Pukul Sekejap Boleh Terus Bakar, Mudah Sangat!

Share

Tak lengkap kita beraya tanpa sajikan kek buatan sendiri. Bosan dengan kek marble biasa, apa kata raya kali ini kita cuba Kek Marble Orange pula. Hanya gunakan sedikit pewarna dan perasa sunquick. Cukup sedap.

Paling senang bila chef masakan popular Azlina Ina gunakan tepung magic viralnya. Cukup mudah. Jom cuba!


Bahan-bahan:
4 biji telur
1 packet tepung magic flour
1 sb ovalate (mak dah bagi dalam tu)
1/2 cawan susu segar

Campur kan semua nya macam gini dan mix sampai gebu.

Tadaaa gebu.

Tambahkan 1/2 cawan majerin cair yang masih suam-suam.

Ok dah siap adunan mudah kan.

Bahagi dua satu bahagian letak 2 sb sunquict dan pewarna orange.

Kacau-kacau dan jadi begini lah eh.

Masuk loyang yang korang suka. Mak guna loyang size 8. Bakar suhu 160 masa 50 minit.

Alhamdulillah sedap, gebu dan mudah.

Note: Kalau tak ada tepung magic viral ni boleh campur 100g tepung gandum dan 100g tepung self raising ya kalau tak ada magic flour ni.

Menarik: Apam Santan Gula Merah Azlina Ina, Lagi Lemak, Lembut & Terlebih Gebu, Sedap Sungguh!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN