Semua orang sukakan manisan! Bila makan makanan yang manis-manis ni, boleh hilang segala stres dan boleh boost semula semangat. Kalau diberikan kepada orang lain, ia juga boleh membawa senyuman di wajah mereka.
Obcakession bekerjasama untuk memeriahkan BK Mini Fest pada Ogos yang lalu
Biarpun pemanis mulut ini hanyalah makanan, tetapi sebenarnya besar impaknya pada seseorang terutamanya sweet tooth!
Datangnya Idea Buat Candy Buffet..
Bercerita tentang manisan, salah satu pengusaha bisnes ini adalah Siti Maisarah Che Abdullah dan suaminya, Mohd Hisyam Mohd Jamil yang telah mula berbisnes pada tahun 2017. Perniagaan pasangan ini bermula dengan jualan kek sahaja semasa Maisarah melanjutkan pengajian sarjana muda.
Menariknya, tema askar lah!
“Perniagaan Obcakession bermula dengan menerima tempahan kek. Idea untuk adakan servis candy buffet ni bermula bila ada pelanggan saya yang minta buat dekorasi di majlis birthday anak dia.”
Setiap Bisnes Ada Cabaran
Mengusahakan bisnes bukanlah mudah. Pasti ada cabarannya. Perniagaan Obcakession juga tidak lari dugaan dan salah satunya adalah plagiat dekorasi dari pengusaha bisnes lain.
“Selain itu, ada juga pihak tak bertanggungjawab yang mencuri pakej yang Obcakession tawarkan. Gambar pakej kami digunakan tanpa kebenaran oleh pengusaha lain untuk mendapatkan keuntungan lebih.”
Ads
Tema comel untuk kanak-kanak perempuan, so nice!
Obcakession juga pernah melalui situasi yang mencabar apabila mereka mengalami kemalangan semasa dalam penghantaran pemanis mulut ke rumah pelanggan. Tidak hanya itu, ditipu oleh pelanggan juga antara pengalaman yang tak boleh dilupakan.
“Kami juga pernah dituduh sebagai scammer kerana menawarkan harga pakej yang murah. Bukan hanya pengalaman buruk yang kami lalui sepanjang berbisnes. Salah satu kenangan manis Obcakession adalah ketika kami dijemput rancangan TV, MHI Extra untuk salah satu segmen mereka.”
Siti Maisarah bersama Editor Pengurusan Family & Parenting, Wan Erni Liza
Pakej Obcakession Yang Menarik!
Sebanyak tujuh jenis pakej ditawarkan Obcakession yang bermula dari bajet serendah RM500-RM1500. Pakej mereka dilengkapi dengan dekorasi, kek, pemanis mulut yang lain, pelbagai jenis gula-gula serta goodies bag. Memang berbaloi!
Ads
Selain itu juga, Obcakession juga menawarkan perkhidmatan candlelight dinner setup, hiasan meja, kombo kejutan dan hadiah buat insan istimewa serta hiasan backdrop dan belon.
Dekorasi cantik ketika majlis ulang tahun Aiman Tino
“Alhamdulillah, maklum balas dari pelanggan sangat menggalakkan. Mereka sukakan pakej Obcakession yang ditawarkan kerana harganya antara yang termurah dalam pasaran. Selain itu, pelanggan kami juga sangat berpuas hati dengan kek dan hasil dekorasi yang kami buat.”
Perancangan Masa Depan Obcakession
Mahu terus maju di dalam bisnes pemanis mulut, Obcakession merancang untuk membuka sebuah taman permainan yang dilengkapi dengan dewan majlis.
Ads
Tokti juga sempat berkunjung ke booth Obcakession di BK Mini Fest
“Selain perkhidmatan dekorasi, Obcakession mahu sediakan tempat yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis bagi memudahkan pelanggan kami. Itulah perancangan kami untuk masa depan, harap kami berjaya merealisasikan impian ini.”
Bagi anda yang mendapatkan perkhidmatan dari pelbagai pakej menarik dari Obcakession, boleh Whatsapp 011-16933177 atau layari Obcakession
Sebagai tawaran terbaru kepada LEGOLAND Malaysia Resort, SEA LIFE Malaysia menjanjikan pengalaman menarik dan jarak dekat kehidupan laut dan habitatnya.
Akuarium bertema LEGO interaktif pertama ini dibuka May lalu, mempunyai 25 akuarium pameran, 11 zon habitat, 13 ribu hidupan laut dari 120 spesis.
Ia juga mempunyai terowong 180 darjah merentasi Ocean Tank, akuarium terbesar dalam SEA LIFE Malaysia. Pengunjung boleh melihat spesis ikan yu, pari dan hidupan laut lain yang memenuhi tangki besar 385,000 liter.
Hari ini LEGOLAND Malaysia menerima sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Program Pendidikan SEA LIFE. Majlis perasmian program dibuat oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan, Dato Dr. Mohd Gazali Abas.
Program pendidikan SEA LIFE ini bertujuan mendidik dan memberi informasi luar kelas tentang topik saintifik dan hidupan laut dengan cara interaktif dan menarik.
“Pendidikan sentiasa menjadi tunjang utama tentang apa yang kami buat di sini. Dengan DNA LEGO iaitu membina kreativiti menerusi permainan, Program Pendidikan SEA LIFE ini meneruskan komitmen LEGOLAND untuk mendidik anak-anak tentang pemuliharaan alam dan tempat terbaik untuk anak-anak menikmati aktiviti luar” kata Thila Munusamy, Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia Resort.
“Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, ia memberi peluang untuk kami menyediakan program pendidikan bersesuaian dengan kurikulum sekolah dan menawarkan tempat untuk pendidikan luar sekolah buat semua sekolah seluruh Malaysia,” tambahnya.
Pada masa yang sama, sebagai sebahagian program pendidikan dan CSR, LEGOLAND Malaysia turut menyediakan 10,000 tiket percuma untuk guru dan pelajar dari sekolah luar bandar.
Siapa tak seronok kalau dapat hadiah dalam kotak yang cantik. Bukan sahaja barangan yang diperolehi sahaja kita nak simpan tapi kotak yang cantik itu pun nak disimpan sekali. Ia juga boleh digunakan semula untuk menyimpan barangan peribadi dan sebagainya.
Bagi yang baharu mendapat anak dan merancang untuk mengadakan majlis aqiqah, sudah tentu ada bingkisan hadiah untuk diberi kepada tetamu jemputan. Apa kata gunakan kotak comel bagi meletakan cenderahati untuk tetamu. Ia pasti akan diingati oleh si penerima.
Trend perniagaan dalam talian juga membuatkan permintaan terhadap kotak semakin tinggi. Selain memudahkan proses penghantaran, penggunaan kotak juga lebih selamat untuk memastikan barangan yang dikirim selamat sampai.
Adakah anda salah seorang yang sedang mencari kotak untuk perniagaan, pemberian hadiah dan sebagainya? Jangan risau, kerana ada banyak pilihan rekaan dan saiz yang boleh anda pilih mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.
Empayar Kotak, satu jenama yang sangat dikenali sebagai pengeluar produk kotak terunggul di Malaysia bersedia memberikan khidmat mengikut permintaan pelanggangnya.
Empayar Emier Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang semakin kukuh sejak Februari 2018 dalam penghasilan produk percetakan dan pembungkusan. Kepakaran Empayar Emier dalam produk kotak membuatkan syarikat ini menjenamakan Empayar Kotak untuk fokus kepada produk packaging customize.
Perkhidmatan utamanya termasuk mereka bentuk kotak, stiker dan beg kertas perniagaan. Dengan menggunakan tagline “Pakar Kotak Anda” sudah tentu rekaan dan saiz kotak idaman anda dapat direalisaikan oleh Empayar Kotak.
Walaupun ibu pejabat Empayar Kotak berada di Shah Alam dan mempunyai dua cawangan lain di Ayer Keroh, Melaka dan Sungai Dua, Pulau Pinang tetapi dengan kemudahan sistem teknologi dan pengangkutan pantas hari ini, mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia. Insha Allah kotak-kotak pesanan pelanggan akan sampai dengan baik.
Bukan itu sahaja sesiapa yang mencari kotak sedia guna juga boleh datang ke Empayar Kotak Retail di Shah Alam. Di sini terdapat kotak sedia guna pelbagai saiz dan jenis seperti corrugated box, gift box dan kotak kek yang boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda mencari kotak untuk sebarang acara, pemberian hadiah atau perniagaan, jangan lupa jenguk di laman web atau Instagram Empayar Kotak untuk membuat pilihan mengikut citarasa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Prihatin dengan kanak-kanak kurang bernasib baik, Resort Genting World, Genting Highland baru-baru ini telah meraikan lebih 300 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada 10 rumah dan pusat kanak-kanak terpilih.
Majlis bersempana sambutan Hari Krismas yang diadakan pada 9 Disember lalu diadakan cukup meriah dan gilang gemilang bagi memberi kegembiraan berganda pada kanak-kanak kurang bernasib baik ini.
Pada ketinggian 6,000 kaki ini, Resort Genting World tampil berkongsi rasa sayang dan prihatin dengan kanak-kanak ini dengan mewujudkan parti yang cukup indah, bergemerlapan dengan lampu-lampu sesuai dengan tema parti Hari Krismas.
Setelah pendakian yang menarik sehingga ke puncak, kanak-kanak dan tetamu di bawa untuk menikmati sajian di Coffee Terrace di Genting Grand Hotel. Restoran ini bertukar menjadi sebuah Wonderland yang cukup indah. Awan putih yang gebu dan pelbagai saiz serta bentuk terapung di segenap ruang. Begitu juga belon-belon berwarna perak, putih dan biru yang dihias indah melatari seluruh restoran.
Tidak ketinggalan juga kehadiran Santa Claus yang turut menggembirakan kanak-kanak ini disamping memberikan hadiah dan kejutan aksi silap mata buat mereka.
Menurut Katherine Chew, Naib Presiden Resort Communication & Public Relations, Resorts World Genting berkata terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan dan di lihat di resort ini bersempena sambutan Krismas ini. Kami semestinya mahu berkongsi pengalaman dan merasai keajaiban bersama kanak-kanak yang ada pada hari ini. Ia adalah pemberian kecil daripada kami namun kami berharap dapat memberi kegembiraan dan memori indah buat mereka,” katanya.
Selepas sesi fotografi berlangsung, kesemua kanak-kanak di bawa ke SkyAtrium yang cukup indah serta berjalan di SkySymphony yang meriah dengan lampu berwarna-warni.
Antara rumah-rumah dan persatuan kebajikan yang turut diraikan adalah daripada Persatuan Insan Istimewa Cheras, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan, Good Samaritan Home, Sai Pandian Orphanage Children Home, Pusat Jagaan Bribuan Kasih, Lighthouse Children Welfare Home Association Kuala Lumpur & Selangor, Rainbow Home Cheras, Yayasan Sunbeams Home and Lotus Charity Care Centre.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.