Bila sebut kek Indulgence terus terbayang kesedapan kek ini di kedai kek ternama. Rasanya yang creamy ditengah seperti ice cream memang layan habis! Kek Indulgence antara kek yang terlaris kerana anak-anak pun suka dengan rasa coklatnya yang premium.
Kali ini pengusaha kek terkenal, Azlina Ina sudi berkongsi resipi Nutella Indulgence Premium Cake buat semua. Selamat mencuba!
Asalamualaikum.Ade sudi like resepi mak pagi ni?? Antara hot sales dan sentiasa habis xkira pkp ke ape ke kek ni tersangat laris.Mungkin sbb harga murah kek ni besar😂 jd rebutan sentiasa.
Nutella Indulgence Premium
Bahan-bahan; (khas loyang 8 dapat 2 biji ya)
6 biji telur 1 cawan gula halus 1sb ovalate sedikit emolco coklat (mix sampai gebu)
Ads
Sementara tu ayak 2 cawan tepung gandum 1sk baking powder, 1/2 sk soda bikarbonat sedikit garam halus 1 cawan serbuk koko
Ok bahan yang di mix tadi dah kembang kan..so masuk kan 1 cawan susu pekat taknak manis kurangkan sikit, dan 1 cawan minyak masak. Matikan mixer dan masukkan tepung dan kacau sebati kemudian masukkan 3/4 cawan air panas dan kacau sebati
Loyang sapu butter dan masukkan adunan kukus 40 minit..tutup permukaan dengan wraping plastik ye..Nak bakar boleh tapi kek kurang moist. Dah sejuk belah kepada 3 atau 4 bahagian..Boleh buat lepas habis dan kek disejuk kan dalam chiller masa tu start buat ganace
Ganace;
Ads
300g coklat blok atau coin dark beryls 1 cawan whipping dairy(250g) 2sb butter Masukkan dalam pengukus atau oven dah lembut coklat ambik whisk kacau je done rehatkan dia sekurang-kurangnya sampai dia jadi agak pekat sikit bila bia di suhu bilik
Cream lepa(untuk sebiji kek) 250g cream cheese 6 hingga 7 sb susu pekat atau gule ising sukatan sama
Mix smpai sebati masukkAn 2 cawan whiping cream non dairy mak gune vivo sejuk-Sejuk suka ada ais-ais sikit cepat gebu..mix smpai dia fluffy gebu
Ads
Bahagi dua satu bahagian letak 3sb ganace coklat dan 3 sb nutella serta emolco coklat untuk warne kacau kan. kalau nak gantikan cheese dgn white cocolate pn boleh juga.
250g white coklat beryls coin cair kan dan masuk kan dalam cream. baik lepa kek beselang warna..dah siap sejuk kan 2 jam wajibbbb sejukkan kalau nak tuang ganac tu nanti cantik.. Tuang coklat dr tgh2 atas kek.rata kan atas die baru rata kan bahagian tepi.guna spatula atau scrapper je ya.dah siap .sejuk kan balik 30 mnt bg coklat kukuh…ok setel dah..
Hiasan boleh yang korang rasa menarik.Nak tiru mak pn boleh. Kek mcm ni nampk je susah tp bile dah buat senang nye la.korg try la dulu baru tau🥰🥰 Kek ni mak jual saiz 8/9 rm89.90 berat 1.7kg++ boleh di dapati di Red houze Bakery setia alam
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bubur sagu sememangnya sudah biasa bagi kita namun bubur sagu yang dibiarkan berderai sebegini buat ia terlihat cukup unik apalagi kala diwarnakan dengan pelbagai warna yang pastinya dapat menarik perhatian anak kecil kita.
Bukan hanya mudah disediakan bahkan rasanya juga cukup sedap untuk dihidangkan pada seisi keluarga. Jom cuba resipi perkongsian Pn Farhana Ismail.
Sayang nak makan kalau segak laguni.
Bahan-bahan:
Sagu
Untuk kuah:
2 cawan air
1 tin susu cair
1 kotak santan
Sedikit susu pekat
Seketul gula merah
Daun pandan
Garam secubit untuk lemak
Perisakan dengan vanila extract
Sedikit keladi extract -bagi wangi
Sagu kecik rebus sampai mata dia hilang.
Kemudian tapis dan salurkan air paip masa tengah panas-panas so dia takkan jadi berketul-ketul. Akan jadi biji-biji cantik macam ni.
Lepas tu asing-asingkan dan letakkan sikit ja pewarna.
Untuk kuahnya pula, masak semua bahan atas api kecil. Biarkan mendidih dan tutup apinya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi keklobak merah versi bayi, campur semua terus kukus. Siapa kata bayi tak boleh makan kek? Yang penting bahan-bahan yang digunakan mestilah mesra bayi.
Jom cuba buat kek lobak merah kukus versi bayi. Kek ini sangat mudah disediakan dan paling penting sedap!
2 biji telur
½ cawan minyak masak
Madu atau puri kurma – sukatan ikut kemanisan yang dikehendaki (penggunaan madu untuk bayi berumur 1 tahun dan ke atas)
Bahan B:
1 cawan tepung naik sendiri (jika guna tepung gandum unbleached, perlu tambahkan baking powder)
Bahan C:
Lobak merah yang disagat (kuantiti ikut kegemaran masing-masing)
Zest lemon (untuk buang bau hanyir telur, sebagai pengganti esen vanila)
Campur Semua Terus Kukus
Cara membuat:
1.Kisar semua bahan hingga kembang dan berbuih tiga bahan ini. Lagi lama lagi bagus sebab nanti kek itu akan naik cantik dan teksturnya lembut.
2. Masukkan bahan B di dalam bekas. Kemudian tuangkan bahan A yang telah siap dikisar.
3.Kacau sebati menggunakan whisk. Tak perlu kuat-kuat ya. Barulah masukkan bahan C. Sebatikan juga.
4. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Boleh masukkan lobak merah yang disagat, potongan kurma dan kepingan badam sebagai hiasan. (optional).
5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Nak tukar kepada versi bakar pun boleh.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Resipi Kuih Lepat Liat, Ini Langkah Demi Langkah Cara Nak Buat
Kuih lepat liat antara kuih tradisional yang masih dicari hingga ke hari ini. Bukan sahaja orang-orang lama sahaja menyukai kuih ini tetapi juga generasi muda. Mama sudah boleh perkenalkan kuih ‘lejen’ ini kepada anak-anak agar kuih ini tidak diluput dek zaman.
Kuih lepat liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Makan pun puas sebab dapat banyak!
Sukatannya hanya menggunakan cawan. Sesuai sangat untuk mama-mama yang sibuk tapi dalam masa yang sama mahu juga memasak. Jom cuba. Pasti rasanya sedap dan disukai anak-anak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.