Sepanjang tempoh PKP ini, mata disajikan dengan pelbagai jenis makanan tidak kurang juga beberapa minuman viral seperti Dalgona Coffee yang hangat di facebook. Rata-rata kesemua isi rumah mencuba menu yang satu ini, yang dikatakan cukup enak rasanya, persis minuman di kedai kopi tersohor.

Begitu pun penggunaan nescafe pastinya kurang sesuai buat anak-anak kecil kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Tidak mahu anak menangis dek kerana ingin merasa, ada baiknya ibu sediakan Dalgona Milo Viral ini. Lebih sesuai untuk anak-anak kita. Mak ayah dah pasti boleh tumpang sekaki. Cuma untuk elakkan rasa manis, boleh digantikan dengan susu segar sahaja berbanding susu coklat.

Tak Perlu Nescafe, Buatkan Dalgona Milo Viral, Anak Boleh Tumpang Sekaki!
Yummy!

Menariknya ibu ini, Puan Farisha Sofea menambah sedikit bahan bagi menampakkan kelainan. Penambahan ovallet dikatakan membuatkan adunan milo jadi mengembang dan lebih cantik adunannya. Nak tahu macam mana rasanya, jom cuba!

DALGONA MILO VIRAL

Bahan Bahan :

IKLAN

Bahan A :
3 sb milo
3 sb air panas
2 sb gula
1/2 sk ovallete

Bahan B :
Air susu / coklat secukupnya
Ais batu secukupnya

Tak Perlu Nescafe, Buatkan Dalgona Milo Viral, Anak Boleh Tumpang Sekaki!Satukan ke semua Bahan A dan pukul sehingga kembang, gebu dan berkrim. Ketepikan seketika.

IKLAN

Letakkan ais batu secukupnya di dalam cawan yang cantik dan tuangkan pula air susu/coklat sebanyak 3/4 cawan (saya guna susu coklat hershey’s , rasa dia pun tidaklah terlalu manis).

Tak Perlu Nescafe, Buatkan Dalgona Milo Viral, Anak Boleh Tumpang Sekaki!
Kembang dan gebu.

Kemudian letakkan pula Bahan A tadi sebagai topping di atas. Boleh juga dimasukkan ke dalam piping bag dan paipkan cantik cantik secantik wajahmu.

Letakkan hiasan di atas krim jika suka.

IKLAN

Tak Perlu Nescafe, Buatkan Dalgona Milo Viral, Anak Boleh Tumpang Sekaki!

Akhir sekali jangan lupa ambil gambar air dalgona milo viral tersebut dan postkan ke dalam facebook anda .

Tak Perlu Nescafe, Buatkan Dalgona Milo Viral, Anak Boleh Tumpang Sekaki!

Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI