Pelakon, Ayu Raudhah yang selamat melahirkan cahaya mata keenam iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada jam 2.25 petang tadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Zaquan Adha menerusi Insta Story miliknya.
Ads
Zaquan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.
Ads
Bagaimanapun, setakat ini Zaquan belum mendedahkan lagi wajah cahaya matanya itu kepada umum dan hanya berkongsikan momen isterinya dimasukkan ke hospital.
Ads
Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6, Muhammad Aisy Khaliq, 4 dan Aisy Al Jibreel, 2.
Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan, atas rasa simpati, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang mana dia bersyukur diberi kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun keadaan diri yang tengah sarat hamil 7 bulan.
Ernie turut ditemani suaminya, Syamel dan beberapa pihak lain lagi pergi ke beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
“Terima kasih kerana izinkan saya ikut kamu, shurami! Pengalaman naik lori semalam best sampai bayi dalam perut pun bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” tulis Ernie.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pasangan itu telah menyediakan makan malam untuk 300 orang, bekalan keperluan dan makanan kering untuk mangsa banjir.
Ernie juga turut luahkan rasa sedih dengan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan tanpa dijangka sama sekali dan mendoakan agar semua mangsa terus reda dan dipermudahkan urusan.
Kredit: IG Ernie Zakri
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Selepas selamat melahirkan bayi lelaki ketiga 4 September lalu, Intan Saleh telah berkongsi wajah puteranya buat tatapan ramai.
Menerusi perkongsian Intan di instagram dan Tik Toknya, dia menunjukkan beberapa momen Ayyaz ketika sedang tidur dan menguap.
Apa yang menarik perhatian peminatnya, Intan dalam nada bergurau menulis selama 9 bulan bonda bawa Ayyaz, tapi keluar-keluar kembar daddy. Bonda sayang Ayyaz,” tulisnya
Susulan perkongsian Intan, ramai yang menitipkan doa yang baik-baik buat Ayyaz agar menjadi anak soleh dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh, aamin.”
“MasyaAllah, so cute. Semoga membesar menjadi anak yang soleh🤲”
“Muka daddy sangat..”
Sementara itu, ramai juga yang teruja melihat kecomelan Ayyaz dan menyatakan muka Ayyaz copy paste daddynya.
“Muka sebiji daddy..”
“Aah photocopy daddy..”
“Muka daddy…alhamdulillah sihat semuanya”
“Hahahha memang sebijik ayah. Bentuk muka. Hidung 😂”
“Kembar daddy betul ni..”
Sebelum ini, semasa mengandungkan Ayyaz, Intan telah mengalami Plasenta Previa Tahap 2 yang mana kedudukan uri berada di bawah rahim serta menutupi pintu rahim. Malah ketika usia kandungan 34 minggu, doktor menasihatkannya untuk berehat dan tidak lasak sehingga proses bersalin.
Keadaan ini menyebabkan Intan terpaksa menjalani proses bersalin secara pembedahan baru-baru ini.
Intan kini mendirikan rumah tangga dengan Aizam Yahya yang beberapa tahun lebih muda daripadanya pada 20 Disember 2021.
Intan juga pernah berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri yang kini berusia enam tahun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
“Pertama kali seumur hidup jumpa bayi perempuan cukup sifat. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, menggeletar satu badan,” kata pemilik akaun Facebook (FB) Salika Bakri.
Dia dan suaminya saksi kejadian yang menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam bungkusan beg di tepi jalan di Seksyen 6, Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Pasangan naik motosikal dan tinggalkan bungkusan beg
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, seorang lelaki melihat pasangan meninggalkan beg plastik itu di lokasi kejadian.
Salika yang berkongsi kejadian itu menerusi FB berkata, dia menerima panggilan telefon dari suami memberitahu menemui bayi dan meminta dia datang kerana tidak berani menyentuh.
“Kawasan bayi itu ditemui memang tak jauh dengan rumah.
“Sampai sampai je tengok memang bayi dah tak bernafas, siap ada plastik dalam tu (mungkin uri).
“Saya tak buka sebab arahan daripada polis jangan sentuh apa apa. Dah niat dalam hati, andai sampai sampai tadi kalau bayi tu tengah menangis, memang nak bagi dia menyusu tapi bayi dah meninggal,” katanya.
Katanya, pasangan lelaki dan perempuan tidak tahulah berkahwin atau tidak.
“Dorang (mereka) naik motosikal, dan tinggal macam tu je kata suami. Dia dah perasan dorang (mereka) nampak macam mencurigakan, so (jadi) suami pun patah balik pergi tengok memang betul bayi.. Allahu Akhbar.
“Suami tak sempat mengambil nombor plat motosikal. Bayi dah dibawa ke balai polis dan pihak hospital dah ambil untuk bedah siasat,” katanya.
Dibalut dengan kain
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima panggilan jam 10 pagi menyatakan penemuan bungkusan beg warna oren yang ditinggalkan di tepi jalan.
“Hasil semakan lanjut pengadu, didapati di dalamnya mengandungi bayi dibalut kain berwarna coklat.
“Bertindak dengan maklumat ini, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian bersama bantuan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan
Rajab berkata, hasil siasatan awal pegawai perubatan HKL mengesahkan bayi perempuan itu dalam keadaan cukup sifat ketika ditemui sudah meninggal dunia.
“Disyaki bayi ini baru saja dilahirkan kerana masih ada cebisan tali pusat pada badan bayi itu.
“Saksi juga gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.
Sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkannya kepada Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-376 7390 atau pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522.