Setiap kehamilan membawa cerita tersendiri, tetapi kali ini terasa lebih istimewa. Chryseis Tan, atau lebih dikenali sebagai Chrystan_x, baru sahaja menempuh kelahiran anak ketiga.

Chryseis juga berkongsi beberapa foto dalam dewan bedah bersama suami dan bayi ketiga, menjadikan detik ini kenangan yang amat berharga.

Chryseis juga jujur mengakui bahawa pengalaman C-section kali ini membuatkan dirinya bagaikan serik untuk bersalin lagi, menjadikan detik ini penuh makna buat dierinya.

Namun yang menjadi tanda tanya, dalam IG Story, dia menulis “last” ketika berkongsi foto bersama suami dan bayi di bilik labour room satu momen yang begitu penuh emosi dan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Ia seakan memberi gambaran itu kehamilan terakhirnya. Walaupun sudah berpengalaman melalui dua kelahiran sebelum ini, barangkali pengalaman bersalin kali ini membuatkan hatinya lebih cemas dan gelisah. Setiap debaran terasa lebih kuat, namun cinta dan kasih seorang ibu tetap tidak berkurang sedikit pun.

Sebagai mana perkongsian di media sosial miliknya, anak jutawan terkenal Dato’ Vincent Tan ini berkongsi luahan hatinya:

Ads

Chryseis Tan Beri Gambaran ‘Last Pregnancy’ Luahan Anak Jutawan Ini Menyentuh Hati

“Ini kali ketiga saya menjalani pembedahan C-section, dan entah kenapa kali ini yang paling membuatkan saya cemas!”Sangat bersyukur dengan wajah-wajah yang sudah biasa yang menenangkan saya ,  Dr Kiren, Dr Uma, Dr Kamaljit  dan Dr Anita yang menyertai pasukan kali ini, serta semua jururawat hebat yang menyokong saya sepanjang masa 🙏🏻❤️ Terima kasih kerana membawa si kecil kami ke dunia dengan selamat 💙 Alhamdulillah 🙏🏻
Sekarang, teka siapa yang bayi ini ikut? 👶🏻 // 😆”

 

Cabaran Bersalin Kali Ketiga

Chryseis Tan Beri Gambaran ‘Last Pregnancy’ Luahan Anak Jutawan Ini Menyentuh Hati Chryseis Tan Beri Gambaran ‘Last Pregnancy’ Luahan Anak Jutawan Ini Menyentuh Hati

Isteri kepada Faliq Nasimuddin, pewaris empayar NAZA, Chryseis Tan ini seakan memberi gambaran kelahiran ke tiga membuatkan dirinya cemas berbanding sebelum ini.

Bagi sesetengah orang, anak ketiga mungkin dianggap mudah, tetapi realitinya lain. Chryseis mengakui rasa cemas dan anxious lebih tinggi daripada kelahiran pertama dan kedua.  Risau tentang keselamatan bayi dan keadaan diri sendiri dan emosi bercampur antara takut, lega, dan syukur.

Ads

Walau begitu, dia memilih untuk kuat dan reda. Sebab dia tahu ada bayi kecil menantikan pelukan dan kasih sayang yang tulus dari ibu bapa.

Peranan Pasukan Perubatan

Chryseis Tan Beri Gambaran ‘Last Pregnancy’ Luahan Anak Jutawan Ini Menyentuh Hati

Dalam perkongsian Chryseis, dia meluahkan penghargaan kepada Dr Kiren, Dr Uma
Dr Kamaljit, Dr Anita (doktor baru dalam pasukan).Semua jururawat yang menyokongnya sepanjang proses kelahiran. Mereka bukan sekadar profesional perubatan, tetapi menjadi “pelindung” di saat paling genting, memberi ketenangan dan keyakinan yang amat diperlukan.

Kelahiran kali ini bukan sekadar detik biasa, tetapi perjalanan penuh doa, air mata, ketabahan, dan cinta. Dari detik sebelum pembedahan hingga pelukan pertama bayi di dada, setiap saat membawa makna.

Ads

Bayi baru ini menghidupkan rumah dengan tangisan dan gelak tawa, sambil mengajar bahawa setiap detik menjadi ibu adalah pengalaman yang unik dan patut disyukuri.

Walaupun pengalaman bersalin ketiga membuatkan Chryseis serik untuk lalui lagi, kita semua mendoakan agar ibu ini  dan bayi Chrystan kekal sihat, kuat, dan bahagia bersama keluarga tercinta.

 

Sumber: chrystan_x

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads