Susu untuk bayi dan kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya; susu segar dan susu tepung.
Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung!
Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung
Kedua-dua susu ini mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya.
Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.
Kelebihan susu segar
Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5.
Ads
Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.
Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.
Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid.
Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.
Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.
Ads
Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.
Kelebihan susu tepung
Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini.
Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya. Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.
Ads
Susu yang manakah paling sesuai buat anda?
Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.
Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik.
Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.
Konklusinya, kedua-dua susu ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja.
Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk memilih susu untuk bayi dan kanak-kanak yang terbaik buat si manja anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sebentar tadi kita dikejutkan dengan pemergian wanita yang berusia 25 tahun, mangsa keracunan puding buih di Terengganu. Berdasarkan siasatan awal, telur tamat tempoh yang digunakan untuk membuat puding buih itu dipercayai menyebabkan punca keracunan.
Sebelum ini, kira-kira 100 individu membabitkan 20 keluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.
Memilih telur yang baik amat peting untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Buat pilihan yang betul agar tidak terbeli telur yang rosak. Begitu juga sebelum memecahkan telur untuk dimasak, anda perlu tahu telur tersebut masih elok atau sudah rosak. Untuk memilih telur yang terbaik, ikut langkah ini.
1. PERIKSA KULIT TELUR
Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.
Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.
2. GONCANG TELUR
Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya.
Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.
Telur putih yang sudah rosak tidak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.
3. RENDAMKAN DALAM AIR
Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan?
Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan terendam, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget.
Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak. Namun, jika waktu anda rendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.
4. PERHATIKAN KUNING TELUR
Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.
Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita nak mudahkan anak untuk makan isi ketam, hakikatnya isi ketam segera yang dijual di pasaran langsung tidak mempunyai kandungan isi ketam. Ia hanyalah Surimi, yang diperbuat dari ikan.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Malah kongsinya lagi, sebaiknya tidak perlu ajar anak makan isi ketam segera ini kerana ia dicampur dengan pelbagai pemanis tiruan yang tidak sihat untuk anak.
Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu. Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni. Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.
Isi ketam macam ni, datang dari surimi. Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.
Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?
Isi ikan yang ini, adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan jugak pemanis tiruan. Proses buat crab stick ni pun, ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.
Garam putih yang tinggi. Minyak sayuran. Pewarna tiruan. Perasa tiruan dari ketam. MSG. Pengawet.
Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudharatan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.
Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal. Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh. Nak makan lagilah senang.
Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar. Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ianya datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.
Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak makan comot, rasa geram je kan? Bukan apa kadang masuk dalam mulutnya sikit, selebihnya banyak tumpah di lantai atau atas meja. Lepas tu pipi dan baju tak payah cakaplah.
Disebabkan tak mahu nampak anak comot, ramai ibu suka suapkan anak. Sebenarnya rugi juga kalau kita tak biasakan anak makan sendiri. Bukan itu saja menurut Founder Toddible, Dr Amalina Ahmad, anak makan comot pun banyak manfaatnya.
Rupa-rupanya banyak manfaat anak dapat bila kita biar anak makan comot. Masa awal-awal anak nak belajar makan, selalu orang tegur saya…eh, kenapa biarkan anak comot. Laplah mulut anak tu.
Mula-mula saya berniat takpelah biar dia comot. Nanti habis makan barulah saya basuh dia sekaligus. Takdelah buat kerja banyak kali.
Tapi akibat tak tahan social pressure especially bila di situ ramai orang lain, saya pun memang lap sahaja mulut anak yang comot.
Bila dah besar ni..baru saya tahu sebenarnya biar je anak makan comot-comot. Kenapa?
1) Bila kita sibuk mengelap waktu anak makan, sebenarnya kita buat anak hilang fokus pada makan. Dia makan, kita lap, dia makan, kita lap. Sebab tu lama-lama anak akan hilang minat pada makanan.
2) Perbuatan mengelap atau meraup kembali makanan anak guna sudu sangatlah tak selesa pada anak. Anak akan associate pengalaman makan sebagai sesuatu yang tidak menyelesakan dan berpotensi jadi picky eaters kemudian hari.
3) Makan comot merupakan salah satu messy play untuk anak yang melatih sensori dan tactile anak. Messy play yang lain tak boleh bawak masuk mulut. Tapi waktu makan lah messy play yang anak boleh belajar bawak masuk ke mulut dan suap diri sendiri.
Saya tahu ada orang cakap ibu-ibu ni nampak pengotor biarkan anak makan comot-comot. Tapi pedulilah kata orang sebab kita tahu apa kebaikan yang anak kita dapat.
Lepas makan barulah bersihkan anak. Kalau anak tak suka dibersihkan di meja makan, bawa anak ke tempat lain untuk dibersihkan supaya anak tak associate perkara yang tidak disukai dengan makanan. Kita nak keep good relationship anak dengan makanan supaya anak tak jadi picky eaters nanti!
#SHARE kan post ni kepada mak mak lain supaya semua anak comot time makan. Taklah kita keseorangan je.
**Teringin dapatkan keperluan anak pada harga yang sangat menarik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...