Nak pilih apa ni? Epal, keledek atau kentang dulu pada anak? Pelbagai persoalan mula kita fikirkan bila pertama kali nak kenalkan anak dengan sayur dan buah.

Tak perlu keliru, pilih sahaja lima buah dan sayur ini untuk permulaan pada anak. Mengapa? Buah-buah ini begitu banyak kelebihannya. Jom ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan.


Ajar anak untuk makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah dan sayur macam ni. Ada anak yang belum suka lagi dengan buah dan sayur. Jadi kita nak mula dengan yang mana dulu?

1. Avokado
Buah ni tak mahal pun sebenarnya kalau nak banding dengan betapa padatnya nutrisi yang anak boleh dapat. Sama harga dengan sepaket jajan dan lebih murah dari 1 bar coklat paket ungu kegemaran anak-anak. Kan?

Tinggi dengan vitamin C, E dan B6. Juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak anak-anak.

Keliru Nak Pilih Sayur & Buah Pada Anak, Mulakan Dengan 5 Sayur Ni Dulu!

2. Ubi keledek
Warna oren terang dari keledek ni mampu pikat mata anak-anak kalau kita cari idea untuk pelbagai menu keledek.

IKLAN

Tinggi vitamin C, E dan copper. Bagus untuk imuniti anak. Ada kajian menyatakan kalau kita bagi anak sekurangnya 1g keledek setiap hari, dapat kurangakn risiko demam selsema pada anak-anak sampai 13 peratus. Hebat kan khasiat keledek.

Keliru Nak Pilih Sayur & Buah Pada Anak, Mulakan Dengan 5 Sayur Ni Dulu!

3. Carrot
Suka sangat saya letak carrot dalam sup ayam anak. Atau chop halus masukkan dalam sos bolognese untuk breakfast anak.

Tinggi vitamin A dan beta carotene. Bagus untuk mata anak-anak dan pembentukan sel baru.

4. Tomato
Anak saya suka betul ratah tomato ceri macam snack. Tak boleh jumpa dalam dalam peti ais, mesti sehari dua dah habis. Masuk dalam sup ayam pun best sangat tau, ada masam sikit rasa sup. Sedapp.

IKLAN

Ada kandungan lycopene, bantu untuk kurangkan risiko kanser dan masalah jantung.

Keliru Nak Pilih Sayur & Buah Pada Anak, Mulakan Dengan 5 Sayur Ni Dulu!

5. Kacang peas
Anak-anak saya belum suka sangat yang ini. Sebabnya saya jarang buat dulu. Sebabnya saya pun kurang suka. Korang nampak tak pengaruh saya yang tak sediakan selalu kat rumah kacang peas ni, buat anak jadi kurang minat. Kena ubah lah kan.

Tinggi kandungan vitamin C, vitamin K, folate dan fiber. Bagus untuk pertumbuhan mata, otak dan tulang anak. Kita cuba sama-sama k.

Struggle jugak saya pun buat nasi goreng letak kacang peas, kena lenyek dulu baru anak tak rasa sangat.

IKLAN

Gitulah mak-mak kan. Nak anak makan makanan sihat padat nutrisi, kena lah cuba sedaya mungkin perah otak sikit cari jalan macam mana nak bagi anak suka.

InsyaAllah, moga Allah bantu kita selalu, untuk sediakan makanan sihat tanpa putus asa buat anak-anak.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Keliru Nak Pilih Sayur & Buah Pada Anak, Mulakan Dengan 5 Sayur Ni Dulu!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI