Bukan senang nak bawa anak-anak berjalan lebih-lebih lagi bila anak dah boleh mula makan. Makanan bayi sememangnya tidak sama dengan orang dewasa. Jika ingin di beli di kedai, mama papa perlu pastikan kandungan bahan-bahan yang ada dalam hidangan bayi mesti lah tidak mengandungi garam, gula, pewarna dan sebarang perasa.

[BACA: No Salt, No Sugar Dalam Makanan Bayi! Tapi Ibu Boleh Gantikan Dengan Herba-Herba Ini]

Jika mama ingin membuat stok makanan, mama perlu pastikan stok tersebut tahan lama dan tidak mudah rosak. Jika mudah rosak dikhuatiri akan menyebabkan bayi mengalami masalah penghadaman. Puan Dhya Dyah berkongsi pengalamannya membawa anak bercuti.

Nak Bercuti Bawa Baby Memang Kalut Lagi-Lagi Bab Makanannya. Ini Persiapan Basic Untuk Mama

TIPS 1ST TIME BERCUTI DENGAN BABY

Ibu nak share untuk mummy yang nak bercuti dengan baby umur 1 tahun 1 bulan.
Ibu pun 1st pengalaman kalut jugak. Kalau ada penambahan boleh kongsi ye

28-30 hb kami pergi bercuti ke Langkawi. Ajwa memang jenis makan nasi, sehari 3-4 kali. So memang cuak fikir nak manage makanan dia.

Tips yang ibu boleh share utk persiapan ni kira paling basic je untuk baru 1st time kan.

1. BELI PERIUK MULTICOOKER.

Brand Hanabishi beli dekat Aeon Rm59 je. Nak beli online tapi dah last minit. Tapi bila compare harga Aeon lagi murah. Periuk ni kecik je muat masuk bag luggage.
Periuk ni bagusnya ada safety bila overheat dia akan mati sendiri. Lepas dah okey akan on balik. Bubur nasi masak elok cantik.

IKLAN

2. BAWA BERAS SIKIT.

Letak dalam bekas tau selamat sikit. Selit selit dekat tengah baju bila susun dalam bag tu. If bungkus ikat dalam plastik takut pecah nanti.

3. BUAT SERUNDING AYAM / IKAN BILIS.

Ini prepare dekat rumah siap siap. Ayam ni basuh bersih dan sangai sampai kering tanpa minyak lepas tu blender. If mummy ada air fryer pun boleh cepat sikit prosesnye.
So ni bila bagi makan, kami campur dengan bubur nasi.

4. BELI BAHAN MASAK BILA DAH SAMPAI TEMPAT BERCUTI.

Kami beli kentang, ayam sikit dada je, dan sayur. Tapi abah mengelat sikit letak kuib sikit bagi perasa. Jangan follow yang ni

IKLAN

5. BAWA SNEK UNTUK BABY.

Kami beli biskut dan roti. If ada biskut homemade bagus jugak. Makesure baby tak lapar nak berjalan pun senang

6. AIR MASAK

Makesure sentiasa ada air masak. Berjalan cuaca panas baby cepat haus dan letih.

7. BREASTFEED SEKERAP YANG BOLEH.

IKLAN

Ini untuk baby yang masih bf. Time masuk kereta terus bf kan baby.

8. PLUS AIR

Bubur yang dah masak kami masukkan dalam plus. InsyaAllah bubur tahan panas, nak makan just letak dalam bekas.

Okey itu sahaja tips. Kalau ada penambahan boleh kongsi ya mummy. Selamat mencuba!

Nak Bercuti Bawa Baby Memang Kalut Lagi-Lagi Bab Makanannya. Ini Persiapan Basic Untuk Mama

Nak Bercuti Bawa Baby Memang Kalut Lagi-Lagi Bab Makanannya. Ini Persiapan Basic Untuk Mama

Nak Bercuti Bawa Baby Memang Kalut Lagi-Lagi Bab Makanannya. Ini Persiapan Basic Untuk Mama

Sumber: Dhya Dyah 

https://www.youtube.com/watch?v=UrGkvX0EjUQ

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI