Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kesan parut seumur hidup apabila kelopak matanya terkoyak selepas dia terjatuh dan mukanya terkena rak pakaian di sebuah premis.
Cecilia Chen, 6 tahun hampir buta akibat insiden itu. Ketika kejadian dia pergi membeli-belah bersama neneknya di gedung Chatswood Chase di Lower North Shore, Sydney Australia minggu lalu.
Cecilian yang baru meraikan ulang tahunya tiga hari sebelum kejadian mahu membeli baju bewarna merah jambu, justeru neneknya membawa Cecilia membawanya ke Kmart.
Ketika neneknya sedang melihat baju-baju yang dipamerkan, kanak-kanak itu ternampak baju merah jambu yang digantung dan melompat untuk mengambilnya.
Ads
Dia bagaimanapun tidak dapat mengawal badanya dan terjatuh, menyebabkan mata kananya cedera terkena cangkuk besi di bahagian rak bawah
Kelopak mata Cecilia, termasuk bulu matanya terkopek. Cecilia meraung kesakitan.
Ibunya, Jill Huang bergegas datang dari tempat kerja sebelum ambulans datang dan membawa mereka ke Hospital Kanak-Kanak Randwick.
Ads
Selepas menunggu selama tujuh jam, Cecilia menjalani pembedahan kelopak mata selama empat jam pada malam itu, tetapi ibunya berkata keadaanya tidak akan sama seperti dahulu.
Huang berkata anak perempuanya menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki otot kelopak mata dan kelenjar lacrimal.
“Nasib baik bola matanya tidak rosak, tetapi masa yang lama akan diambil untuk melihat Cecilia kembali normal.
“Kelopak mata kananya akan ‘jatuh’, kecil dan tidak kelihatan sama. Dia sangat sedih dan takut.” katanya
Huang kini sedang berkempen supaya Kmart menggunakan rak pakaian lebih selamat untuk kanak-kanak. Kmart pula sedang menyiasat kemalangan itu.
Ads
Seorang jurucakap memberitahu Daily Mail: “Di Kmart Australia keselamatan penlanggan dan keluarga mereka adalah keutamaan kami.
“Kami dalam proses untuk meninjau sebarang kecedaraan yang dialami oleh pelangan atau staf di kedai kami dan kami sedang meneliti pilihan keselamatan untuk mengurangkan risiko kecederaan yang terjadi pada masa hadapan.
“Kami saling berhubung dengan keluarga pelanggan secara langsung berhubung kejadian ini. Cecelia dan keluarganya sentiasa dalam ingatan sepanjang proses pemulihan” katanya
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bayi perempuannya yang berusia 19 bulan, hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat sini, malam tadi.
Dua warga asing terbabit bagaimanapun sudah pun ditangkap polis selepas didakwa cuba melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing berkenaan.
“Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.
“Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
Bayi berusia lapan bulan yang menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan meninggal dunia malam tadi selepas tujuh hari menjalani proses pemindahan hati di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India.
Bayi sulung kepada pasangan Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 27, dan Siti Nur Amira Ibrahim, 27, menghembuskan nafas terakhir jam 10.18 (13 Mac) (waktu India) di pangkuan bapanya.
Tuan Muhammad Shahrul Azlan berkata, bayinya yang menerima hati daripada isterinya pada 7 Mac lalu mengalami komplikasi ketika pembedahan kali ketiga yang dilakukan Khamis lalu (12 Mac).
“Raisha buat pembedahan pemindahan hati, Sabtu lalu. Sehari selepas itu (Ahad) dia terpaksa dibedah kali kedua disebabkan terdapat saluran tersumbat (portal vein) menyebabkan darah tidak boleh melalui hati.
“Malangnya selepas pembedahan kali kedua dilakukan, badan dia membengkak. Apabila dirujuk kepada doktor, mereka beritahu air tidak dapat keluar dari badan Raisha.
“Khamis lalu, jam 7 malam keadaan menjadi agak kelam kabut dan doktor maklumkan Raisha perlu masuk dewan bedah lagi mungkin akibat saluran hati terlalu sempit menyebabkan air tidak dapat dikeluarkan.
“Tepat jam 7.30 malam waktu India (10 malam waktu Malaysia) sekali lagi Raisha terpaksa di tolak ke bilik bedah buat kali ketiga untuk membaiki saluran pada hatinya,” katanya.
Menurutnya, selepas berjaya menjalani pembedahan kali ketiga, keadaan bayinya agak kritikal.
“Doktor maklumkan pembedahan itu berjaya, malangnya Raisha mengalami komplikasi (jangkitan kuman) dan tidak sedarkan diri selama 17 jam bermula jam 5 pagi serta terpaksa bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.
“Segala yang diimpikan musnah. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Raisha meninggal dunia tepat jam 10.18 malam semalam dalam pelukan saya,” katanya.
Katanya, dia kini berusaha mengumpul sebanyak RM10,000 untuk proses membawa pulang jenazah bayinya ke Kampung Limbongan, Besut secepat mungkin.
Sebelum ini, media melaporkan bayi Raisha memerlukan kos sebanyak RM160,000 untuk menjalani proses pemindahan hati di India.
Ditakdirkan menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, si ayah ini tetap gagahkan diri menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga bagi menyara isteri dan empat anak yang masih kecil.
Walaupun melalui pelbagai ujian sebelum ini, ia bukan alasan kerana bagi ayah ini selagi diberi kudrat dari Allah, dia tetap mahu berikan yang terbaik. Bagaimanapun ketika dia mahu bangkit, Allah sekali lagi menguji apabila anak perempuannya pula disahkan mengalami kanser darah yang turut memerlukan perbelanjaan besar.
Apa yang bagusnya keluarga ini, mereka menganggap ujian yang diberikan itu sebagai tanda Allah nak bagi ganjarannya di kemudian hari. Namun betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Kehadiran aktivitis masyarakat, Puan Natipah Abu ibarat satu lorong terang bakal mewarnai hidup keluarga ini.
Berikut perkongsian kisah keluarga Encik Buyamin. Mana tahu sedikit sebanyak sumbangan sempena bulan mulia ini memudahkan kehidupan keluarga Encik Buyamin dan pahalanya terus berpanjangan buat kita.
Tak pernah putus asa, Allah uji tandanya Dia sayang
Encik Mohd Buyamin Bin Samsudin, 43 tahun merupakan seorang pemegang kad OKU fizikal akibat satu kemalangan jalan raya yang menimpanya.
Beliau mencari rezeki dengan berniaga menjual air balang di pasar malam. Bila tiba musim cuti sekolah, rezekinya berlipat ganda kerana air balangnya selalu mendapat tempahan dari tuan rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan.
Bagaimanapun tahun 2018, beliau berhadapan dengan kegetiran hidup yang bukan kepalang bila anak keduanya yang pada ketika itu berusia 3 tahun disahkan mengidap kanser darah dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang sehinggalah ke hari ini.
Pandemik melanda .. beliau tidak lagi dapat menjual air balang di pasar malam. Bahkan air balang tidak lagi ditempah untuk sebarang majlis perkahwinan atau keramaian seperti dulu lagi.
Encik Buyamin benar-benar ‘terduduk’ kerana hilang satu-satunya sumber pendapatannya selain wang Elaun Pekerja Cacat (EPC JKM) RM450 sebulan.
Encik Buyamin kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga ais batu pula. Menjual ais batu kepada peniaga-peniaga warung dan gerai makan.
Dengan van buruknya … dia bergerak mengedar ais batu kepada pelanggan. Pendapatannya sebagai penjual ais tidaklah seberapa. Ais dibeli secara tunai di kilang tetapi kebanyakan pelanggannya berhutang bila membeli dari dia.
Dalam tempoh setahun menjual ais batu ini, ada beberapa orang pelanggannya terpaksa tutup kedai dan gagal melunasi hutang.
Mereka menyerahkan barang-barang yang ada di kedai makan mereka kepada Encik Buyamin sebagai timbal balas bagi melunaskan hutang mereka walaupun hakikatnya barang-barang itu tidak bernilai pun.
Van yang digunakan terbakar
Di saat baru hendak bangkit ini jugalah, tiba-tiba Encik Buyamin diuji sekali lagi bila van yang digunakan untuk ke hulu-ke hilir mencari rezeki itu terbakar ketika dia dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggannya.
Tidak berputus asa, beliau menggunakan kereta buruknya untuk berniaga ais walaupun kereta itu tidak boleh mengisi banyak beg ais. Tetapi daripada berpeluk tubuh dan berputih mata, dia meneruskan juga walau untungnya hanya sekupang dua.
Ramadhan Al Mubarak .. perniagaan menjual ais batunya terhenti lagi. Satu-satunya mata pencarian yang dia tahu masih terbuka luas peluangannya ialah berniaga air balang semula.
Tetapi mustahil sekali kerana van yang terbakar itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membaikinya.
Harap ada sinar baru
Tak akan dia hendak berpeluk tubuh dan mengharapkan wang bantuan Elaun Pekerja Cacat dari JKM semata-mata sedangkan ada 5 mulut yang perlu disuapnya.
Mujurlah dia tidak perlu menanggung kos sewa rumah kerana tinggal di rumah pusaka orang tuanya.
Semoga sedekah kita ini dapat mencukupkan anggaran jumlah kos yang diperlukan untuk memperbaiki semula van tersebut dan dapatlah beliau mencari rezeki buat keluarganya.
Ramadan yang penuh barakah ini, semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Jazakumullahu khair kepada semua penyumbang di luar sana. Langit Ramadan yang barakah …
“Puasa adalah untukku, dan Aku sendiri yang akan memberikan balasannya…” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sekiranya anda ingin sama-sama hulurkan sumbangan tak kiralah berapa jumlahnya sekalipun untuk Encik Buyamin menggunakan semula vannya itu, boleh salurkan ke akaun Natipah Abu 552107617521 (Maybank). Semoga Encik Buyamin sekeluarga dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!