Ads

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Sebuah keluarga kini terpaksa menelan hakikat paling pahit dalam hidup mereka kehilangan seorang suami dan ayah yang selama ini menjadi tulang belakang, hanya kerana kecuaian orang lain di jalan raya.

Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan pemandu mabuk Klang di Jalan Raya Barat selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melulu dalam kejadian pada 11.40 pagi Ahad.

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang Ragut Nyawa

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Honda City berusia lingkungan 20-an memandu secara berbahaya menuju ke pusat bandar Klang.

“Pemandu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa,” katanya.

Akibat perlanggaran kuat itu, mangsa tercampak dan melanggar sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ujian saringan air kencing terhadap pemandu terbabit mendapati dia positif alkohol dan dadah, mengesahkan kes kemalangan pemandu mabuk Klang ini.

Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Namun di sebalik tragedi ini, tersingkap kisah yang lebih memilukan apabila mangsa sebenarnya sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Ads

Menurut laporan media, arwah Amirul Hafiz Omar sedang dalam perjalanan membeli buku Matematik untuk anak sulungnya sebelum menjadi mangsa kemalangan pemandu mabuk Klang tersebut.

Menurut isterinya, Nor Nadia Abdul Majid, 32, sebelum kejadian, arwah sempat membalas mesej WhatsApp mengenai keperluan anak mereka.

“Dia cakap nak pergi beli buku Matematik anak untuk kegunaan anak masa sekolah nanti,” kata isteri arwah

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Nor Nadia menegaskan suaminya tidak melakukan sebarang kesalahan ketika kejadian itu berlaku.

“Suami saya tidak buat salah. Dia berada di jalan raya, tidak menggunakan telefon dan tidak laju,” katanya sambil menahan sebak.

Dalam kes kemalangan pemandu mabuk Klang ini, beliau bertekad untuk mendapatkan keadilan melalui proses undang-undang demi hak tiga anak mereka yang masih kecil.

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Ads

“Saya akan ambil tindakan. Saya perlu berjuang untuk keadilan bagi anak-anak saya. Saya akan saman. Hukuman berat wajib diberikan, penjara sahaja tidak mencukupi.

“Saya kehilangan sokongan, anak-anak masih kecil. Saya hanya mula bekerja dua bulan lalu untuk membantu suami. Sekarang suami saya sudah tiada,” katanya.

Seorang Ayah Yang Berkorban Demi Keluarga

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah Detik Akhir Suami

Lebih menyayat hati, Hafiz bukan sekadar seorang ayah biasa. Dia seorang pejuang keluarga. Siang bekerja di gudang, malam pula menjadi penghantar barang  semua demi memastikan isteri dan tiga anak kecilnya cukup makan, cukup pakai, dan dapat belajar seperti orang lain.

Kisah ini menjadikan kemalangan pemandu mabuk Klang bukan sekadar berita, tetapi satu tragedi yang memberi kesan mendalam kepada sebuah keluarga.

Ads

Kini, tiga beradik berusia 9, 7 dan 2 tahun terpaksa membesar tanpa kasih seorang ayah. Anak sulungnya baru sahaja darjah 4, usia yang masih perlukan bimbingan dan perhatian.

Kehilangan Yang Menyayat Hati

Seorang lelaki yang dikenali sebagai periang, peramah dan ringan tulang akhirnya rebah di jalan raya dalam satu lagi insiden kemalangan pemandu mabuk Klang.

Pemergian Hafiz bukan sekadar satu kehilangan, ia adalah luka yang akan kekal dalam hati sebuah keluarga.

Jenazah Allahyarham Amirul Hafiz selamat dikebumikan Ahad malam di Tanah Perkuburan Kampung Repoh di Larut, Perak.

Peringatan Kepada Semua Pengguna Jalan Raya

Tragedi kemalangan pemandu mabuk Klang ini menjadi peringatan jelas bahawa satu keputusan tidak bertanggungjawab di belakang stereng mampu memusnahkan banyak nyawa.

Satu nyawa hilang, satu keluarga musnah  semuanya berpunca daripada kecuaian yang sepatutnya boleh dielakkan.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Jatuh Atas Tilam: Ingat Biasa Rupanya Bahaya, Bibir Bertukar Biru...

Kes anak jatuh atas tilam yang nampak biasa boleh jadi bahaya apabila bibir bertukar biru dan badan lemah. Ibu ayah perlu peka tanda awal ini.