Talita seronok lekat ‘sticker’ pada adik, “Pantang tinggal kejap, habis di dekokan adiknya.” Raja Ilya yang dikenali dengan nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, selamat melahirkan anak keduanya pada pagi Selasa, 16 Oktober lalu.
Talita Seronok Lekat ‘Sticker’ Pada Adik
Bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) itu dilahirkan melalui pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia. Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warga negara itu.
Pasangan ini sudah memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Ilya berkongsi gelagat anak sulungnya, Talita yang kelihatannya begitu menikmati momen ‘menghias’ adik lelakinya, Royal Abraham ketika ibunya sibuk di dapur.
“Pantang Tinggal Kejap, Habis Di Dekokan Adiknya”
While I was in the kitchen..
Pantang tinggal kan kejap, habis dia deco kan adik dia…kak long ni nak kene ni..- tulis ilya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita serta kecomelan adik lelakinya tetap nyenyak tidur meskipun ‘diganggu’ oleh kakaknya.
Bernikah dengan seorang lelaki, bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih. Harus belajar menerima keluarganya juga. Terutamanya ibu mertua. Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri.
Ada masanya ibu mertua mungkin akan menegur anaknya (dan kadang-kadang kita pun mungkin tersentap kerana merasakan teguran itu untuk kita juga), tapi sebenarnya itulah yang terbaik. Dia tegur kerana sayang, menggangap kita seperti anak kandungnya juga.
Bukan mudah untuk melepaskan anak lelakinya kepada wanita asing yang kemudian menjadi menantu. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Firda Ashaary, mengatakan kalau seseorang itu mendapat ibu mertua yang baik maka mereka sangat beruntung. Turut menitipkan pesanan untuk menghormati dan menyayanginya seperti emak sendiri.
Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.
Katanya :
“Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni.
Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.
Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.
Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata.
Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7hari 7malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.
Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.
Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.
Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.
Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.
Like mother like son!
Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu.
Sungguh!
Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.
Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar.
Tak semua bayi suka berdukung. Ada yang bila kita angkat, terus menangis makin kuat. Letak atas tilam, menjerit. Dukung, melentang ke belakang. Eh nak apa sebenarnya ni, sayang oi?
Ramai ibu ayah baru rasa stres bila anak susah dipujuk, walaupun dah dukung elok-elok. Jangan risau, ini normal — tapi ada cara nak bantu bayi rasa lebih tenang dan selesa bila kita peluk dia.
Kenapa Bayi Menolak Bila Dukung?
Walaupun pelukan tu tanda kasih sayang, tapi kadang-kadang ada faktor yang buat bayi rasa tak selesa bila didukung:
Overstimulated – terlalu banyak bunyi, cahaya atau aktiviti.
Perut tak selesa – angin, kembung, atau nak berak.
Letih sangat – tapi tak tahu macam mana nak tidur.
Posisi tak kena – dukung cara salah, badan tak stabil.
Nak bebas bergerak – ada baby yang suka observe dunia dari bawah.
5 Cara Tenangkan Bayi ‘Drama Queen’ Bila Tak Nak Berdukung
1. Guna Teknik Swaddling (Bedung Ringan)
Kadang bayi rasa ‘terancam’ bila badan bebas sangat. Bedung dengan kain yang lembut dan tidak terlalu ketat boleh beri rasa selamat macam dalam rahim.
2. Try Babywearing – Tapi Kena Betul Gaya
Guna carrier ergonomik dan pastikan posisi “M-shape” (lutut lebih tinggi dari punggung). Cuba jalan slow sambil humm lagu — gerakan macam dalam perut ibu sangat menenangkan.
3. Gunakan White Noise atau Bunyi ‘Shhhh’
Bayi newborn memang suka bunyi berdesing macam hair dryer, vacuum, atau app white noise. Cuba pasang perlahan-lahan masa dukung.
4. Skin-to-Skin Contact
Letak bayi atas dada, kulit ke kulit. Biar dia rasa degupan jantung kita. Contact ni bantu regulate suhu badan, denyutan jantung & emosi dia.
5. Tukar Posisi & Tempo
Jangan stuck satu posisi je. Cuba sandar sikit ke depan, peluk dari sisi, atau bawa bayi menghadap ke depan (bila leher dah kuat). Lain baby, lain suka dia.
Tips tambahan, jaga emosi mak ayah juga….
Kadang kita dah penat, emosi pun naik. Tapi bayi ni sangat peka dengan perasaan ibu ayah. Kalau kita tegang, dia pun susah nak tenang. Ambil nafas. Minta tolong pasangan atau rehat 10 minit pun dah cukup untuk recharge.
Bila bayi meronta atau tak suka didukung, bukan bermaksud dia “mengada” atau nak susahkan kita. Itu cuma cara dia ‘berkomunikasi’ — sebab dia belum pandai cakap, hanya tubuh dan tangisan jadi bahasanya.
Yang penting, kita sebagai ibu ayah jangan cepat putus asa. Teruskan usaha, cuba satu-satu cara, dan percaya… sentuhan kita tu sebenarnya ubat paling mujarab. Setiap peluk, setiap bisik “sayang mama/papa ada ni”, semua tu akan jadi memori yang anak kita rasa, walaupun dia belum faham dengan kata-kata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita hamil 38 minggu pergi ke hospital swasta. Dia telah dimaklumkan oleh hospital kerajaan bahawa dia perlu melalui kelahiran secara pembedahan, kerana bayi dalam kandungannya berkedudukan melintang.
Wanita tersebut tidak bersetuju, dan `lari’ ke hospital swasta dengan harapan doktor swasta akan membenarkan dia bersalin secara normal. Malangnya untuk wanita tersebut, doktor di hospital swasta juga menyarankan bersalin secara pembedahan. Hanya itu cara untuk mempastikan keselamatan ibu dan bayi, ujar doktor tersebut.
Wanita itu masih enggan menerima hakikat pembedahan. Dia pulang ke rumah. Dua minggu kemudian, dia muncul di labour room hospital swasta, mengadu mengalami kontraksi dan air ketubannya telah pecah. Doktor memeriksa dirinya dan mendapati kedudukan bayi masih melintang, pintu rahimnya telah buka sebesar 6cm, dan tangan bayi telah terjulur keluar menerusi pintu rahim. Emergency!!!! Hand prolapse!!!!! Nasib baik tali pusat tidak terjulur keluar!
Wanita itu dibawa segera ke dewan bedah untuk pembedahan caesarean. Doktor bius memberi suntikan bius `spinal’ dan pembedahan dimulakan. Potongan dikulit dilakukan di bahagian bawah abdomen. Potongan di rahim juga dibuat di bahagian bawah rahim (low transverse incision). Potongan-potongan begini adalah kebiasaan untuk pembedahan caesarean.
Akan tetapi, disebabkan wanita itu sudah mengalami kontraksi kuat (yang menghimpit dan `mencengkam’ bayi), air ketuban sudah pun pecah, dan kedudukan bayi yang melintang, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi daripada potongan transverse di rahim.
Kaki bayi sudah ada dalam genggaman doktor. Tetapi walaupun di tarik, kaki sebelah lagi dan badan bayi tidak turun dek cengkaman kontraksi rahim. Kalau ditarik lebih kuat, nanti kaki patah pula. Doktor O&G meminta bantuan daripada doktor bius, `Boleh tak awak beri patient ubat untuk kurangkan kontraksi, supaya lebih mudah untuk saya keluarkan bayi?’ Doktor bius menjawab, `Tak boleh doktor. Kalau nak, saya terpaksa bagi patient bius penuh terdahulu. Tetapi patient ni baru sahaja makan 2 keping roti canai (??♀️) sebelum datang hospital. Nanti dia mati tersedak kalau saya bagi dia bius penuh.’
Doktor O&G tiada pilihan lain. Dia melakukan potongan tambahan pada rahim wanita itu, untuk membesarkan ruang supaya bayi boleh ditarik keluar. Potongan tambahan ini diistilahkan `T-incision’ kerana rupanya seakan huruf T. Alhamdulillah bayi berjaya ditarik keluar, tanpa patah tulang kaki mahupun tangan. Potongan `T’ itu dijahit sebaik mungkin, dan alhamdulillah sekali lagi, tiada pertumpahan darah berlaku.
********************************
`Transverse lie’ atau `bayi melintang’ kerap berlaku sebelum usia kandungan 37 minggu. Selepas 37 minggu kehamilan, kebanyakkan bayi melintang telah pun berpusing dan kepalanya menghala ke bawah. Hanya 0.3% daripada kehamilan akan terus melintang selepas 37 minggu. Bayi melintang mesti dilahirkan melalui pembedahan kerana secara fizikalnya, badan berukuran 30cm tidak akan dapat melalui pembukaan pintu rahim sebesar 10cm. Bayi melintang tidak sama dengan bayi songsang. Bayi songsang masih boleh bersalin secara normal kerana diameter punggung kurang daripada 10cm.
Selain dari itu, jika air ketuban pecah, risiko untuk `cord prolapse’ atau tali pusat terjulur keluar adalah sangat tinggi. Cord prolapse boleh menyebabkan kematian bayi dalam sekelip mata.
Wanita tersebut sangat bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi berikut:
1. Cord prolapse.
2. Bayi patah tangan atau kaki.
3. Bayi lemas atau mati.
4. Tumpah darah.
5. Pembedahan buang Rahim (Post partum hysterectomy)
6. Koyak pada pundi kencing (Bladder injury)
7. Aspiration pneumonia
Komplikasi yang beliau alami ialah `T-incision’ di mana beliau harus melalui kelahiran pembedahan untuk setiap kandungan yang akan datang. Jika beliau cuba bersalin biasa, risiko rahim pecah melebihi 5%.
Janganlah kerana anda takut atau tidak suka melalui pembedahan, anda sanggup menjejaskan nyawa anda sendiri dan nyawa bayi. Dengarlah nasihat doktor pakar.
PS. Sesedap mana roti canai, janganlah makan berat-berat sewaktu hendak bersalin.?
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.