Bukan satu hal yang mudah bila terpaksa berpisah dengan anak pertama sejak lahir. Namun inilah yang berlaku kepada ibu kepada empat cahaya mata ini.
Berpisah hampir 10 tahun, akhirnya kini, Sharifah Nur Athiqah dipertemukan dengan anak sulungnya yang terpisah lama.
Melalui perkongsiannya sebelum ini, ibu ini pernah meminta wargamaya di grup Edit Apa Hari Ini untuk mengabadikan gambarnya bersama anak sulung yang terpisah.
Dan kini impian ibu in dimakbulkan Allah SWT selepas kembali bertemu semula.
“Saya dah terpisah dengan anak sulung selama 9 bulan. Boleh tolong editkan gambar dia bersama saya berempat. Saya rindu dia,” katanya melalui satu perkongsiannya tahun lepas.
Ads
Kini akhirnya ibu dan anak ini dipertemukan sebelum Syawal dan sama-sama berharap dapat bergambar seisi keluarga kelak di Hari Raya nanti.
“Assalamualaikum semua. Masihkah korang ingat lagi post saya sebelum ni.
“Syukur alhamdulillah bulan yang amat mulia ini Allah pertemukan kami kembali setelah 10 tahun.
Ads
“Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan editkan gambar kami.
“Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Doakan raya tahun ni kami di panjangkan umur dan ada rezeki untuk bergambar satu keluarga pula,” tulisnya sebak.
Melalui entri yang sama juga, Sharifah Nur Athiqah turut memuat naik gambarnya bersama anak sulungnya yang terpisah lama. Raut wajah kegembiraan seorang ibu.
Ads
Semoga anak dan ibu ini dapat kembali bertemu di Hari Raya nanti.
Tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di China baru-baru ini benar-benar menyentuh hati ramai ibu bapa. Si kecil itu dilaporkan maut selepas tercekik boba di dalam minuman teh susu yang dibelikan ibunya ketika beriadah di sebuah pusat beli-belah.
Kejadian ini bukan sahaja meruntun emosi, malah menimbulkan persoalan tentang sejauh mana ibu bapa memahami risiko di sebalik trend makanan dan minuman popular yang sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil.
Memetik laporan South China Morning Post, insiden berlaku di wilayah Zhejiang pada 19 Oktober lalu. Kanak-kanak berkenaan dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang menikmati minuman teh susu sebelum bermain di atas trampolin di kawasan permainan pusat beli-belah tersebut.
Namun, hanya seminit kemudian, anak kecil itu tiba-tiba rebah dan pengsan. Ibu mangsa panik dan cuba membantu tetapi gagal menyedarkan anaknya. Mereka segera bergegas ke hospital, namun usaha menyelamat tidak berjaya dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat saluran pernafasan tersumbat oleh bebola boba bersaiz besar.
Bebola tapioka berkenaan dianggarkan berdiameter kira-kira 10 milimeter (mm) terlalu besar untuk saluran pernafasan kanak-kanak. Teksturnya yang kenyal menjadikannya sukar untuk dikeluarkan walaupun mangsa cuba diberi bantuan kecemasan.
Bapa mangsa, Li, menyiarkan rakaman CCTV kejadian itu dalam talian bagi menuntut pihak kedai teh susu dan pengurusan pusat beli-belah bertanggungjawab atas kematian anaknya.
Katanya, tiada tanda amaran keselamatan yang memaklumkan bahawa minuman boba tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, selain mendakwa kakitangan kedai gagal menawarkan bantuan kecemasan ketika kejadian.
“Saya hanya mahu keadilan untuk anak saya. Kalau ada amaran jelas, tentu kami takkan beli minuman itu untuk anak berusia tiga tahun,” katanya.
Kisah ini menjadi tular dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Ramai warganet berpendapat, tanggungjawab utama masih terletak pada ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-anak, terutama dalam memilih makanan atau minuman yang sesuai dengan usia mereka.
“Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kanak-kanak tidak boleh makan bebola ubi kayu, jeli atau pulut. Mereka juga tidak patut makan sambil bermain,” komen seorang pengguna.
Pakar Pediatrik, Dr. Nur Amirah Rahman menjelaskan bahawa tekstur bebola tapioka yang kenyal boleh menyebabkan risiko tercekik, terutama bagi kanak-kanak bawah tujuh tahun yang belum mempunyai kawalan refleks menelan yang sempurna.
“Kanak-kanak pada usia ini belum mampu mengunyah sepenuhnya. Jika mereka menelan bebola seperti boba atau jeli, ia boleh terus tersangkut di kerongkong dan menghalang saluran pernafasan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan agar ibu bapa tidak memberi makanan berisiko seperti boba, jeli keras, gula-gula getah atau pulut kepada anak kecil.
“Selain risiko tercekik, kandungan gula yang tinggi dalam minuman boba juga boleh menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi,” tambahnya lagi.
Tragedi ini menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati dengan trend makanan yang viral di media sosial. Apa yang kelihatan menyeronokkan dan ‘comel’ di mata orang dewasa, mungkin berbahaya untuk anak kecil yang belum matang dari segi kawalan menelan dan pernafasan.
Pesanan Pa&Ma: Sebelum berikan anak mencuba makanan baru, pastikan ia sesuai dengan usia mereka. Elakkan memberi makanan berisiko tinggi seperti boba, jeli atau gula-gula keras kepada anak bawah tujuh tahun. Ingat, keselamatan anak lebih penting daripada ikut trend semasa.
Bagi meringankan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman pada Aidil Fitri ini, kerajaan mengumumkan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar tol biasa.
Biarpun terpaksa menanggung kerugian namun kerajaan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat terutama di bulan Syawal yang menuntut perbelanjaan lebih buat rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.69 juta.
“Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus bermula 12.01 tengah malam 28 Mac (Jumaat), dan berakhir pada 11.59 malam 29 Mac (Sabtu) ini.
“Kita beri dua hari (diskaun) supaya pengguna tidak tergesa-gesa dan boleh merancang sebaiknya perjalanan mereka,” katanya.
Nanta berkata potongan tol 50 peratus itu khusus bagi kenderaan persendirian (Kelas 1) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Beliau berkata pemberian diskaun tol itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.
“Ia adalah selaras dengan teras utama Kerajaan MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
“Justeru semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berumah tangga sudah tentulah sesebuah pasangan itu mengharapkan untuk menimang cahaya mata. Itulah berita yang sangat menggembirakan dan ditunggu-tunggu. Begitu jugalah dengan vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham yang berkongsi khabar gembira isterinya kini berbadan dua.
Menerusi laman Instagram, Ayie telah berkongsi beberapa keping foto dia dan isteri memegang kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif. Selain foto mereka berdua, Ayie juga telah menulis kapsyen romantis buat isterinya, Tasha Awie.
Terima kasih isteriku, I sayang you sampai syurga❤️😭 @tashaawie
Doakan yang indah indah buat kami. Amin amin aminyaroballamin❤️
Melalui channel Youtube AETA Channel, mereka telah memuatnaik sebuah video yang menceritakan tentang kehamilan isteri pelantun lagu Hutang ini. Di awal video dapat dilihat Tasha ke sebuah farmasi untuk mendapatkan ujian kehamilan kerana dirinya demam panas dan kerap muntah-muntah.
Tidak memikirkan dirinya sedang hamil, Tasha cuma risau dirinya dijangkiti Covid-19. Terdapat juga sedutan Tasha sedang muntah di dalam kereta. Kemudian Tasha pun membuat ujian kehamilan tersebut.
Ketika sedang menunggu keputusan dari kit ujian kehamilan, Tasha turut bercerita tentang dirinya yang mengalami rasa sakit perut dan gangguan emosi. Dia kerap menangis walaupun untuk perkara yang remeh. Juga asyik nak makan macam-macam.
Tidak lama selepas itu, Tasha nampak tersentuh dan mula menangis kerana keputusan di kit kehamilan menunjukkan dirinya positif mengandung. Antara orang pertama yang diberitahu tentang dirinya sedang hamil adalah jurusolek, pembantu pengarah serta ahli kumpulan Floor 88 yang lain. Mereka kemudian merangcang untuk membuat kejutan kepada Ayie.
Prank bermula apabila mereka semua bermain game dan Ayielah pemenangnya (sudah dirancang). Kemudian, Ayie diberikan sebuah kotak yang di dalamnya mengandungi hadiah. Ayie membuka kotak tersebut dan melihat kit ujian kehamilan yang dibuat oleh Tasha. Gembira dan teruja dengan berita tersebut, tetapi teman-temannya juga sempat memberi nasihat kepada Ayie untuk mengubah perangainya.
Selanjutnya, jom tontong video di ini;
Terdahulu, pasangan dua sejoli ini telah disatukan sekitar bulan Oktober yang lepas. Tahniah buat Ayie dan Tasha, semoga urusan kehamilan mereka dipermudahkan!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!