“Swiper, no swiping!” Suasana gamat setiap kali karakter Fox, si musang, muncul di skrin panggung.
Siapa yang tak pernah tonton siri televisyen kanak-kanak Dora The Explorer di kaca televisyen? Anda semua mesti pernah cuba mengalihkan perhatian anak-anak dengan membuat mereka leka menonton aksi dan telatah Dora bersama rakan-rakannya. Mesti anda sudah terbiasa dengan soalan-soalan yang ditanya Dora pada penonton.
Dulu di televisyen, sekarang di layar perak
Ads
Dora And The Lost City Of Gold yang ditayangkan dalam bentuk live action mengisahkan kehidupan Dora yang berpindah ke bandar untuk menempuh alam persekolahan selepas lama mengembara bersama ibu bapanya. Namun, Dora dan rakan-rakannya diculik oleh sebuah organisasi rahsia ketika lawatan sambil belajar dan ketika itulah bermulanya pengembaraan mereka dalam misi menyelamatkan ibu bapa Dora dan menyelesaikan misteri di sebalik “Kota Emas”, Parapatha.
Walaupun diadaptasi dari animasi kepada live action, pengembaraan Dora kali ini terasa klise dan jalan ceritanya boleh diagak. Agak mengecewakan apabila karakter Swiper yang merupakan salah satu karakter utama dalam animasi Dora The Explorer juga tidak terlalu diketengahkan dalam versi live action ini.
Ads
Walau bagaimanapun, babak-babak lucu dan menghiburkan terutamanya apabila Dora memandang tepat ke arah kamera dan cuba berinteraksi dengan penonton membuatkan panggung riuh dengan reaksi dan gelak tawa penonton.
Ads
Filem yang dibintangi Isabela Moner (Dora), Eugenio Derbez (Alejandro), Michael Peña (ayah Dora), Eva Longoria (ibu Dora) dan Danny Trejo (Boots) ini wajib ditonton untuk hiburan seisi keluarga terutama peminat setia animasi Dora The Explorer.
Ternyata pemilihan Isabela sebagai Dora amatlah tepat kerana ia memberikan penonton ‘aura’ Dora seperti di dalam kartun. Penonton sememangnya terhibur dengan karakter Dora yang kelihatan keanak-anakkan tapi sebenarnya sangat bijak.
Bagi anda yang belum menonton filem arahan James Bobin ini, masih belum terlambat untuk anda bawa anak-anak ke pawagam sekarang untuk menyaksikan Dora dan rakan-rakannya mengembara menyelesaikan misi dan merungkai misteri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lampin yang mampu membuatkan bayi sentiasa kering malah tidak mengalami sebarang alahan adalah ciri-ciri lampin pakai buang terbaik buat si manja.
PETPET, jenama lampin pakai buang terunggul di negara tampil memperkenalkan rekaan lampin terkini yang melindungi serta mengekalkan keselesaan anak untuk jangka masa yang lebih lama.
Rangkaian lampin PETPET yang baharu menggunakan fabrik bukan tenunan dan teknik pemprosesan serta pengacuan bahan penyerap yang jauh lebih baik.
Malah teknologi ‘Cepat Kering’ yang unggul ditambah dengan sistem 360 AirThru memberikan lebih banyak keselesaan serta mekanisme pengeringan pantas yang mengekalkan keselesaan dan keceriaan bayi-bayi sehingga 10 jam sehari.
Menurut Pengarah Urusan PETPET Malaysia, Mr Yeoh Aik Cheong, PETPET adalah sebuah jenama yang sentiasa cuba memahami segala kehendak para pengguna kami.
“Bagi memastikan bahawa ibu bapa kami menikmati detik-detik yang terindah bersama anak-anak mereka, kami telah membangunkan satu rangkaian lampin yang akan memastikan bahawa mereka berupaya menikmati detik-detik yang tidak dapat dilupakan,” katanya.
Bukan itu sahaja malah lampinnya yang ektra lembut buat bayi new born lebih terjaga. Malah rekaan mascot comel pada lampin pakai buang turut merangsang kanak-kanak ceria disamping mencipta bonding ketika memakai lampin. Jadikan PETPET sebagai koleksi terbaik buat anak anda.
Pada majlis pelancaran teknologi PETPET turut memperkenalkan duta baharu mereka personaliti TV terkenal Dahlia Shazwan yang turut muncul bersama anak dan suaminya dalam iklan terbaharu lampin pakai buang terkenal ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di GSC IOI City Mall, setelah siapnya GSC IOI City Mall 2 (Timur). Dengan gabungan 26 skrin yang tersedia, pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman sinematik yang memukau di bawah satu bumbung.
GSC IOI City Mall adalah impian setiap peminat filem kerana pawagam ini merupakan hab hiburan 360 yang dilengkapi dengan teknologi skrin terkini dan menawarkan semua format filem seperti pilihan panggung wayang IMAX dengan teknologi Laser pertama di Malaysia, 4DX, D-BOX, dan Dolby Atmos, berserta ScreenX dan dewan BIG yang dijadualkan siap nanti. Penggemar filem juga dapat melengkapkan pengalaman sinematik mereka dengan membeli barangan koleksi filem kegemaran di Keepsake.
GSC IOI City Mall 2 juga merupakan lokasi utama panggung wayang mesra keluarga terbesar GSC yang dipanggil PlayPark. Anak-anak kecil boleh berlari, bermain dan melompat tanpa gangguan dan terdapat juga kawasan permainan bersebelahan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain.
Di samping itu, GSC turut memperkenalkan Happy Food Co. iaitu kafe pertamanya di Lembah Klang yang terletak di GSC IOI City Mall 2 yang menawarkan minuman susu kocak yang istimewa dan pelbagai hidangan yang lazat.
“Dengan 55 lokasi pawagam di seluruh negara, 2023 telah menyaksikan permulaan tahun yang positif untuk GSC, dengan pertumbuhan berterusan dalam tempoh yang akan datang. Kami ingin menyediakan akses dan tawaran yang lebih hebat kepada peminat filem, oleh itu GSC telah merancang untuk memperluaskan rangkaian pawagamnya di 8 lokasi baharu di seluruh negara pada 2026.
Kami akan teruskan momentum dengan pelancaran pawagam terbesar kami di Malaysia dan tayangan beberapa filem blockbuster yang dijangka akan keluar pada musim panas akan datang dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan GSC sebagai peneraju pasaran,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas.
Dengan keluasan lebih daripada 79,000 kaki persegi, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peringkat umur.
Ucapkan “HELLO” kepada Panggung Wayang PlayPark GSC terbesar
Merealisasi impian setiap kanak-kanak, panggung wayang PlayPark terbesar di GSC lengkap dengan kawasan bermain yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur, serta maskot bertemakan popcorn kesayangan kami – Jesse & Friends!
Ruang tersebut dilengkapi sudut bacaan yang menarik, menara mendaki yang dikenali sebagai ‘Soda Can’, pit bola, dan dinding permainan interaktif oleh Champs, sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun, keseronokan ‘Menara Popcorn’ menanti mereka di mana ia mempunyai gelongsor terpanjang di dalam sebuah pawagam.
Panggung wayang PlayPark yang terbesar ini juga menyediakan kemudahan penting seperti bilik persalinan bayi, bilik air mesra kanak-kanak dan bilik penyusuan bayi – amat sesuai dan selesa untuk pengunjung yang berkeluarga.
Tambahan pula, PlayPark juga dilengkapi dengan taman permainan dalam dewan untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan gembira. Panggung wayang PlayPark boleh memuatkan 118 orang, dengan tiket berharga dari RM32 ke RM 122.
Bersantai dan berehat dengan selesa di panggung wayang Kelas Premiere GSC
Untuk pengalaman menonton filem yang mewah dilengkapi kerusi yang selesa, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan dua panggung wayang kelas Premiere yang telah diperbaharui.
Di sini, anda dapat menikmati hidangan makanan dan hiburan yang menarik, yang pastinya akan meningkatkan keseronokan sebelum menonton filem. Penonton yang memilih panggung wayang kelas Premiere ini akan diberi keistimewaan untuk menikmati hidangan secara peribadi di luar dewan panggung atau pilihan menikmati makanan dengan selesa di tempat duduk mereka dalam panggung.
Selain itu, mereka juga akan mendapat akses percuma untuk bermain papan dart dan meja pool. Harga tiket bagi panggung wayang kelas Premiere ini adalah dari RM80 bagi setiap tempat duduk.
Saksikan pengembaraan filem kegemaran anda dengan pengalaman sinematik yang diperkaya
Di GSC IOI City Mall 2 (Timur), anda akan merasakan pengalaman filem yang luar biasa kerana ia adalah satu-satunya destinasi yang menawarkan semua format filem di bawah satu bumbung, termasuk IMAX dengan teknologi Laser, 4DX, D-BOX, Dolby Atmos berserta ScreenX dan dewan BIG yang akan datang.
Sama ada anda peminat filem aksi, animasi yang berwarna-warni atau konsert siaran langsung, pastinya terdapat sesuatu yang dapat memenuhi keinginan dan kepuasan setiap pengunjung.
Puaskan keinginan anda di Happy Food Co.
Sempena pelancaran cawangan pertamanya di Lembah Klang, Happy Food Co. menawarkan rangkaian susu kocak istimewa, makanan ringan yang lazat dan hidangan utama yang menyelerakan untuk memuaskan keinginan anda, sepanjang hari, setiap hari.
Beli-belah hingga puas di Keepsake
Pengalaman filem anda tidak akan lengkap sehingga anda dapatkan koleksi filem kegemaran anda, barangan Jesse & Friends atau koleksi jenama #GSCAdmin kami tersendiri di Keepsake.
Dari barangan filem kegemaran seperti mainan mewah, patung figura, dan pelbagai koleksi eksklusif filem yang diburu, tiada cara lain yang dapat memperingati dan menghormati watak filem kesayangan anda. Pembelian di Keepsake ini juga menjadi lambang kecintaan anda terhadap dunia perfileman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya ramai yang berpuas hati dengan penampilan baru watak permainan video Sonic berbanding tahun lalu semasa pertama kali mereka mengumumkan untuk difilemkan.
Individu zaman 90an semestinya mengenali watak si kecil landak biru ini terutamanya bagi yang gemar bermain permainan video seperti playstation, nintendo dan gameboy. Jom kita kembali ke masa silam dengan menonton watak dari kartun animasi SEGA kegemaran ramai ini di pawagam pula!
Filem Sonic The Hedgehog arahan Jeff Fowler ini mengisahkan tentang Sonic, seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing yang tinggal di sebuah planet dan dibesarkan oleh Longclaw ( seekor burung hantu).
Oleh kerana Sonic mempunyai kuasa luar biasa, dia diburu dan terpaksa melarikan diri ke planet lain untuk menyelamatkan dirinya menggunakan gelung emas pemberian Longclaw.
Ketika tinggal di bumi, Sonic telah menimbulkan satu kekecohan menyebabkan kewujudannya dihidu oleh penjahat Dr.Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.
Setelah merasakan dirinya diburu, Sonic berkenalan dengan Tom Wachowski iaitu seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, dan bekerjasama untuk menentang Dr. Robotnik.
Agaknya, kuasa apa yang dimiliki oleh Sonic sehingga dia perlu melarikan diri setiap kali diburu? Berjayakah Sonic menyelamatkan diri? Nak tahu, jom ramai-ramai ajak keluarga dan kawan-kawan untuk saksikan kehebatan Sonic bermula 13 Februari ini!
Tak legend lah kalau tak pernah main game SONIC! Kan? Kalau sebelum ni selalu tengok Sonic dalam game je, sekarang si comel hedgehog ini akan beraksi dalam sebuah filem pulak! Wow menarik kan?!Filem yang dibintangi oleh Jim Carrey, James Marsden, Ben Schwartz, dan Tika Sumpter ini akan ditayangkan di Malaysia mulai 13 Februari ini tau! So, jangan lupa ajak mak ayah abang akak kawan-kawan semua saksikan filem ini ye!#MYSonicMovie
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.