Yakult Malaysia memulakan bulan Ramadan dengan melancarkan kempen ganjaran untuk pengguna setia. Kempen Beli & Menang kembali dengan tema “Memori RaYakult”, yang akan berlangsung sepanjang bulan puasa, bermula dari 22 Februari 2025 hingga 30 Mac 2025.
Selain menyemarakkan sambutan Ramadan, Yakult Malaysia meneruskan misinya untuk membawa kebahagiaan kepada orang ramai melalui kebaikan Shirota strain dalam minuman probiotik Yakult.
Pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya 20 botol produk Yakult dalam satu resit boleh menebus satu set sampul Raya eksklusif daripada promotor Yakult, Wanita Yakult, atau melalui laman web rasmi Yakult Malaysia.
Untuk menambah kemeriahan Ramadan, pelbagai hadiah menarik turut menanti pemenang! Sepanjang tempoh kempen, 85 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima hadiah Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50, RM100, atau RM200.
Ads
Selain itu, seorang pemenang bertuah setiap minggu akan membawa pulang Hadiah Utama berupa jongkong emas 1 gram bernilai RM999.
Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Encik Hiroki Yanase, berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Yakult yang selama ini sentiasa menyokong Yakult.
Ads
“Yakult Malaysia ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pelanggan yang terus menyokong kami. Kami berharap kempen ini dapat membawa keceriaan kepada semua dan membolehkan lebih ramai orang menikmati kebaikan Yakult sepanjang bulan Ramadan.”
Ads
“Terima kasih kepada semua yang berterusan menyokong produk Yakult selama ini. Kami berharap anda terus menikmati Yakult setiap hari untuk kesihatan usus yang lebih baik.” kongsinya.
Sebagai minuman probiotik terkemuka di Malaysia, Yakult mengandungi lebih 30 bilion bakteria hidup Shirota Strain yang terbukti secara saintifik membantu kesihatan usus. Minuman ini telah diklasifikasikan di bawah Akta & Peraturan Makanan Malaysia dan diperakui HALAL oleh JAKIM.
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, layari laman web rasmi Yakult Malaysia di🔗 www.yakult.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya.
Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan. Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
2)Tungau debu
Atau dust mites adalah organisma kecil yang hidup di dalam habuk dan membiak di tempat panas dan lembap seperti selimut, tilam, tuala dan kain. Ia menyebabkan si manja bersin dan selesema dan jika kronik boleh menyebabkan sakit dada, asma dan sukar bernafas.
3)Telur
Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
4)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
5)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu masalah dalam aspek penjagaan anak adalah apabila bayi kurang berat. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.
Berdasarkan garis panduan umum, seorang bayi harus membesar sekitar 3x ganda berat kelahirannya ketika berusia 1 tahun.
Tetapi ini hanyalah anggaran.
Sebaliknya, aspek penjagaan anak yang melibatkan perkembangan ketinggian, gembira, sihat dan aktif merupakan petunjuk yang lebih baik untuk kesejahteraan daripada berat badannya semata-mata.
Aktif bagi kanak-kanak berumur setahun, bermaksud bahawa dia sedang membesar dan menjelajah dunia sekelilingnya.
Tetapi adakah keadaan anak yang tidak mempunyai berat seimbang itu didasari oleh masalah kesihatan atau penyakit?
Ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dipraktikkan? Ikuti perkongsian Hello Doktor
Biasanya, apabila anak-anak yang sedang membesar tidak menambah berat badan sebagaimana sepatutnya, keadaan tersebut dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Kegagalan untuk berkembang itu sendiri bukanlah 1 penyakit atau gangguan. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa seorang kanak-kanak kekurangan zat makanan – antara aspek berkaitan penjagaan anak.
Secara amnya, si kecil gagal berkembang kerana tidak mendapat cukup kalori untuk membesar dan menambah berat badan dengan cara yang sihat.
Apabila anak tidak dapat menambah berat badan, mereka juga mungkin tidak akan membesar pada ketinggian sasaran.
Anak anda memerlukan kalori cukup untuk proses pembelajaran dan tumbesaran yang baik.
Oleh itu, anak yang gagal berkembang mungkin mula berjalan dan bercakap lebih lambat berbanding kanak-kanak seusia yang lain.
Bahkan, mereka juga cenderung untuk menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
Tetapi usah bimbang, ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba oleh ibu bapa. Teruskan pembacaan anda.
Berikut 8 tip yang boleh ibu bapa cuba dalam usaha melibatkan penjagaan anak untuk membantu menambah berat badan si manja. Semoga berjaya!
Bagi anak berumur setahun, mereka memerlukan kira-kira 1,000 kalori yang dibahagikan kepada 3 hidangan makanan utama dan 2 makanan ringan atau snek setiap hari.
Ini adalah untuk memenuhi keperluan mereka untuk membesar, memperolehi tenaga serta mendapat nutrisi yang mencukupi.
Anda perlu tahu bahawa tabiat pemakanan anak kecil tidak menentu dan kerap berubah. Ia sukar untuk diramalkan.
Anak anda boleh mempunyai tabiat pemakanan seperti:
Dalam aspek penjagaan anak, anda boleh menggalakkan mereka untuk makan. Tetapi jangan memaksa anak anda makan pada waktu tertentu.
Kedengaran pelik, namun diet pemakanan si kecil akan seimbang dalam tempoh beberapa hari jika anda menyediakan pelbagai makanan sihat.
Salah 1 cara untuk menaikkan berat badan bayi adalah dengan memberikan si manja pilihan kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan asas.
Ini kerana anak berusia setahun memerlukan makanan daripada kumpulan pemakanan asas yang sama seperti individu dewasa.
Berikan mereka peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai rasa, warna, dan tekstur. Umumnya, si kecil harus makan makanan seimbang kaya kandungan vitamin.
Jangan hadkan lemak dalam menu pemakanan anak yang berusia setahun. Bayi dan anak kecil harus mendapat kira-kira separuh daripada kalori mereka daripada lemak.
Setelah anak mencapai usia 2 tahun, anda boleh secara beransur-ansur mengurangkan pengambilan lemak (menurunkannya kepada ⅓ kalori harian pada usia 4 hingga 5 tahun).
Pastikan makanan yang diberikan berada pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan luka terbakar pada mulut (mouth burn).
Pastikan anda menguji dan menilai sendiri suhu makanan tersebut kerana si manja mungkin akan makan tanpa mempedulikan kepanasan suhu makanan.
Jangan berikan makanan yang tambah perasa berlebihan, terlalu masin atau manis mahupun banyak mentega.
Penambahan ini menghalang anak anda daripada merasa makanan yang semula jadi.
Di samping itu, tabiat pemakanan tersebut boleh membahayakan kesihatannya untuk jangka panjang.
Anak yang masih kecil cenderung untuk tersedak atau tercekik makanan. Ini kerana mereka masih tidak tahu mengunyah dengan gerakan mengisar sehingga berumur sekitar 4 tahun.
Pastikan apa sahaja yang anda berikan kepada anak dilenyekkan atau dipotong kecil untuk mudah dikunyah.
Selain itu, cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba adalah dengan memastikan si kecil duduk ketika waktu makan dan diawasi oleh individu dewasa.
Ia adalah 1 kebiasaan untuk anak yang berusia setahun melakukan semuanya sekali gus, seperti makan sambil lari atau semasa bercakap.
Namun, tabiat sebegitu hanya akan meningkatkan risiko untuk tersedak atau tercekik makanan.
Sebaiknya ajar dan latih si manja seawal mungkin untuk menghabiskan makanan di dalam mulut sebelum bercakap.
Sekiranya anda bimbang anak anda tidak menambah berat badan walaupun mencuba petua di atas, berjumpalah dengan doktor.
Mereka akan dapat menilai keadaan dan menetapkan makanan tambahan jika diperlukan oleh si manja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
bila anak tak makan, sesetengah ibu ayah akan menggunakan trik tertentu supaya mereka bekerjasama. Selain diberikan mainan, ada juga yang benarkan anak-anak makan sambil tengok handphone. Dengan cara itu, anak akan seronok untuk makan sebab dapat main gajet. Elok ke sebenarnya kaedah ni?
Betul, bila kita bagi anak gajet atau mainan dapat mengalih perhatian anak dan membuatkan mereka makan. Pun begitu, ia bukanlah cara yang betul. Ikuti penjelasan dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara makan yang patut dipraktikkan.
MENCABAR RAWAT ANAK OBES
Antara perkara super mencabar ialah bila kami berhadapan pesakit kanak-kanak berbadan obes. Nak ambil darah susah. Nak masukkan jarum ke saluran darah untuk berikan ubat atau hidrasikan tubuhnya dengan air, pun sama.
Tu yang kadang-kadang berkali-kali terpaksa cucuk sebab salur darahnya tak kelihatan seperti kanak-kanak lain.
Belum cerita lagi, bila jumpa kanak-kanak yang terlampau obes dan berat badan dah hampir macam orang dewasa. Sekali mereka mengamuk, boleh terbang staff kesihatan yang bertubuh kecil. Huhu.
ANAK GEMUK SEBAB SALAH CARA MAKAN
Biasanya, antara punca budak jadi terlampau gemuk, ialah mak ayah tak ajarkan cara makan yang betul.
Sepatutnya, makan mesti dalam keadaan duduk bertenang. Bukan depan tv, bukan sambil menonton di smartphone atau tablet. Bukan juga masa tengah bermain.
Tapi dalam keadaan benar-benar menikmati makanan serta mengunyah dengan baik. Didik anak untuk kunyah sehingga 30 atau 40 kali untuk pastikan makanan betul-betul hancur dan mudah dihadam.
Bila mereka berjaya ambil masa yang cukup untuk mengunyah, barulah makanan hancur lumat dan kalenjar dalam mulut dapat merembeskan enzim amylase secukupnya. Enzim ni penting tau untuk bantu proses penghadaman.
HORMON GHRELIN BUAT KITA ASYIK NAK MAKAN!
Mengikut kajian, otak perlukan 20 minit untuk terima signal yang perut dah kenyang. Nahas kalau makan tergesa-gesa, perut dah penuh tapi masih belum rasa kenyang sebab otak masih berterusan keluarkan hormon Ghrelin.
Ghrelin ni lah yang buatkan rasa lapar dan nak makan lagi. Akhirnya selalu terlebih portion makan lantas mengakibatkan masalah obesiti.
Berbeza bila anak-anak makan penuh tertib dan perlahan-lahan, ia memberikan masa pada usus kecil menghantar signal pada otak supaya merasa kenyang dan penuh. Porsi makan tak berlebih.
Barulah makan jadi suatu proses bermanfaat, bukan mudarat.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Luqman ini dapat memberi penjelasan kepada ibu bapa tentang cara memberi anak makan yang betul.