Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa
melaksanakan inisiatif bersepadu dan mempelbagaikan pendekatan mesra pelanggan
untuk membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman.
Antaranya dengan mengadakan kempen-kempen yang memberi manfaat istimewa
kepada peminjam PTPTN.
PTPTN dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)
menganjurkan Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat bertujuan untuk
menggalakkan peminjam membuat bayaran balik melalui saluran tanpa tunai sekaligus
dapat mendidik orang ramai mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai yang lebih cepat,
mudah dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang menggunakan aplikasi myPTPTN.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai
berjumlah RM120,000 untuk 120 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima
hadiah berjumlah RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tempoh
kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Julai 2024 sehingga 30 September 2024.
Ads
Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum
RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan
penyertaan adalah secara automatik. Selain itu, pengguna myPTPTN yang baharu
mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.
Ads
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, “Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN akan terus komited dalam agenda pendigitalan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik.”
“Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat adalah kempen untuk menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar kesinambungan pinjaman PTPTN dapat diteruskan untuk generasi akan datang.
Selain itu, melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akan menerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka membayar balik pinjaman,” ujar beliau lagi.
Ads
PTPTN berharap dengan penganjuran kempen ini akan meningkatkan kesedaran
peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi
myPTPTN.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen myPTPTN Mudah, Cepat &
Selamat layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi
myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di
mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Think Quran (ThinkQuran.com) bersama Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati maknanya.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Abdul Rahman. Turut hadir, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
“Bulan Ramadan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.
“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen ketika berucap bersempena melancarkan kempen berkenaan di Kumpulan Karangkraf.
Dalam pada itu menyentuh mengenai usaha sama Think Quran dan Kumpulan Karangkraf berhubung kempen ini, beliau berkata, pengalaman kumpulan itu dilihat akan dapat melahirkan masyarakat yang sayang dan cintakan kitab suci berkenaan.
“Saya melihat Karangkraf (menerusi Yayasan Warisan Ummah) merupakan organisasi yang berjaya melaksanakan perkara yang luar biasa contohnya menerusi Quran Time, World Quran Hour dan sebagainya. Saya lihat mempunyai visi yang sama dengan kami untuk membawa cahaya al-Quran kepada manusia,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan kehadiran aplikasi berkenaan, usaha umat Islam untuk memahami kandungan al-Quran diharap dapat dipertingkatkan lagi.
“Dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan,” ujar Datuk Hussamuddin.
ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran lebih memfokuskan kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.
Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran Think Quran yang agak santai kerana menggunakan telefon pintar, ia sangat efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.
Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma ‘Al-Quran Amazing’ dengan setiap langganan seumur hidup pada harga RM399.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelengkapan asas selepas melahirkan anak perlu dilengkapkan dengan sebaiknya. Selain keperluan wajib bayi seperti lampin pakai buang, susu serta pakaian, peralatan lain yang membantu melegakan ibu bapa adalah kereta sorong dan paling penting pastinya car seat.
Bukan hanya berkisahkan soal meringankan beban ibu bapa. Apa yang lebih penting adalah memilih aspek keselamatan dan nyawa anak kita lebih terjamin setiap masa. Ini seharuslah kita utamakan dalam membeli keperluan bayi.
Menempatkan anak untuk berada di dalam car seat sebenarnya tidak mudah. Sebaik diletakkan, anak sudah mula meronta-ronta, menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya. Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih selesa ketika berada di dalam car seat.
Bukan hanya selesa, bahkan ibu dan bapa sendiri pastinya mampu menarik nafas lega kerana membuat keputusan untuk mengutamakan aspek keselamatan buat anak-anak.
Mewajibkan penggunaan CRS atau (Child Restraint System) untuk kenderaan sememangnya salah satu langkah keselamatan terbaik anak-anak kita di dalam kenderaan. Jaga nyawa dan amanah yang satu ini buat kita. Mengapa CRS sangat penting?
Prinsip momentum adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju. Pada kelajuan 50 km/j, bayi yang seberat 5 kg akan mempunyai daya sebanyak 40 hingga 50 kali ganda berat badannya. Ini bermakna sekiranya kenderaan anda bergerak pada kelajuan 50km/j dan berhenti tiba-tiba, berat bayi anda sebenarnya telah pun menjadi lebih kurang 250kg!
Ini menjadikan mustahil buat ibu untuk terus memeluk bayi ketika berlaku kemalangan, dan inilah yang selalunya membuatkan bayi tercampak keluar dari kenderaan.
Sistem keselamatan menggunakan tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda sebenarnya direka untuk orang dewasa dan bukannya untuk saiz dan tinggi kanak-kanak.
Kanak-kanak terlalu kecil untuk dipakaikan tali pinggang keledar dan tidak meliputi permukaan badan yang sepatutnya, tetapi akan menyilang di leher dan perut dan menyebabkan kecederaan serius ketika kemalangan. Sebab itulah amat penting bagi kita menggunakan CRS yang sesuai bagi melindungi bayi dan anak kita semasa di dalam kenderaan.
Kepala bayi mewakili 25% keseluruhan berat badan mereka. Manakala tengkorak dan tulang leher bayi masih lembut dan berada dalam fasa pembentukan. Apabila berlaku kemalangan, risiko bayi mengalami kecederaan leher amatlah tinggi. Penggunaan CRS hadap belakang dengan sistem abah-abah 5-penjuru akan menyebarkan daya impak ke permukaan CRS yang lebih luas dan mengurangkan risiko kecederaan.
Pilih Car Seat Bersesuaian, Jangan Lambat Bertindak
Sebelum membeli car seat, pastikan anda memilih sebuah car seat yang bukan hanya melindungi bahkan mempunyai ciri-ciri sesuai untuk saiz dan umur anak anda. Jangan tersalah beli.
Sebelum membeli pastikan anda membeli Child Restraint System yang sesuai dengan berat dan tinggi anak anda. Jangan terlebih saiz atau terkecil kerana kurang sesuai. Dapatkan nasihat jurujual.
Perlu diingat bahawa saiz untuk bayi baru lahir dan satu tahun adalah car seat dengan berat 0-13 kg dan memiliki saiz 40-75 cm.
Manakala untuk toddler pula iaitu dari usia 9 bulan hingga empat tahun memerlukan car seat dengan berat purata dari 9-18 kg dan saiz 70-105 cm.
Manakala untuk kanak-kanak pula untuk usia tiga tahun hingga 12 tahun memerlukan berat dari 15-36 kg dan saiz 100-150 cm. Jadi jangan tersalah memilih berat dan saiz anak anda.
Letakkan anak anda di posisi hadap-belakang sejak usia baru lahir sehinggalah sekitar 2 hingga 3 tahun (mengikut berat yang dinyatakan di manual CRS anda). Jangan sesekali memasang CRS secara hadap belakang di kerusi penumpang hadapan. Hanya berpindah ke tali pinggang keledar jika anak-anak sudah mencapai umur dan tinggi yang sesuai, selepas lulus kesemua 5 langkah yang disarankan.
Daya yang diperlukan untuk menahan bayi seberat 5 kg dari tercampak ketika kenderaan tiba-tiba berhenti atau berlanggar pada halaju 100 km/j adalah sama dengan daya untuk mengangkat beban sekitar 500 kg! Mustahil anda dapat menahan tekanan sekuat itu.
Jadikan Chicco Sebagai Pilihan
Keselamatan anak-anak adalah keutamaan ibu bapa. Kerusi keselamatan yang berkualiti dengan ciri-ciri mementingkan keselamatan pasti menjadi pilihan buat si kecil. Chicco merupakan jenama barangan bayi dari Itali yang diasaskan pada tahun 1958. Chicco bukan sahaja pembuat kerusi keselamatan dan kereta sorong bayi yang sangat menarik dan elegan juga merupakan pengeluar pelbagai barangan bayi merangkumi keseluruhan jenis barangan keperluan bayi terutamanya dari bayi baru lahir sehingga 36 bulan yang mengutamakan kualiti dan terjual di lebih 120 buah negara.
Chicco Unico
Chicco Unico merupakan model kerusi keselamatan pertama dikeluarkan oleh Chicco khas untuk bayi baru lahir hingga usia 12 tahun. Antara ciri yang ada adalah ‘rotating system’ dimana ia boleh menukar kedudukan pandangan belakang ke hadapan tanpa perlu mengangkat dan mengalih.
ISOFIX system car seat Unico ini pula dapat digunakan sehingga usia anak 12 tahun. Turut disertakan dengan gabungan tali pinggang keledar untuk memastikan kestabilan dan keselamatan maksimum. Sistem keselamatan hentaman sisi juga disertakan untuk mengurangkan impak jika berlaku pelanggaran dari tepi.
Selain itu, sandar kepala boleh laras juga membolehkan ketinggiannya dilaras mengikut ketinggian anak-anak. Pastinya, Chicco Unico sangat selesa dan selamat untuk perjalanan yang lebih lancar bersama si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada pelbagai pihak. Banyak keluarga yang mengalami masalah kewangan dan perlu bangkit semula bagi meneruskan kehidupan. Sebagai inisiatif untuk membantu golongan ini, Dutch Lady telah mengadakan sebuah peraduan dengan tanda pagar #DanaRM1jutaHarapan.
Peraduan ini bermula dari 5 April – 30 Mei 2021 dan yang menariknya Dutch Lady menawarkan dana pendidikan sebanyak RM1 juta untuk 40 orang anak yang bertuah.
Caranya juga tidak susah! Dengan pembelian RM40 produk Dutch Lady terpilih dalam resit tunggal, pengguna boleh mencalonkan anak sendiri atau kanak-kanak yang mereka inginkan untuk menerima dana pendidikan ini. Inilah masanya untuk anda membantu kanak-kanak berpotensi.
Macam Mana Nak Bantu?
Beli produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak DUTCH LADY dengan 5X DHA* atau DUTCH LADY MaxGro sekurang-kurangnya RM40 dalam resit tunggal untuk mencalonkan seorang kanak-kanak.
Tahukah anda, dengan dana RM1 juta itu, seramai 40 orang kanak-kanak akan menerima wang deposit bernilai RM25,000 untuk pengajiannya di masa hadapan. Dana pendidikan ini berpotensi bernilai sehingga RM50,000 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.
Rakan dana pendidikan adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i yang dijamin kerajaan, mempunyai dividen kompetitif, melayakkan kita untuk memohon pinjaman pendidikan, disertakan dengan takaful percuma dan banyak lagi kebaikan lain.
CARA SERTAI:
Nak lebih mudah untuk menyertai peraduan ini, anda boleh terus klik SINI
PEMILIHAN PEMENANG
Lima pemenang akan dipilih untuk setiap minggu berdasarkan penyertaan mingguan. Kempen ini berlangsung selama lapan minggu. Pemilihan pemenang adalah secara telus oleh Dutch Lady beserta juri jemputan.
Sebanyak 40 hadiah utama ditawarkan melalui kempen ini manakala 160 peserta lagi akan menerima hadiah saguhati iaitu peranti pintar.
Ayuh, kita ambil peluang ini untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ramai kanak-kanak yang mempunyai potensi untuk berjaya di masa hadapan, jadi berikan mereka peluang untuk mencapai cita-cita.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.