Sesuai sangatlah kalau papa dan anak yang berkongsi minat bermain game untuk bercuti ke SEM9 Esports Hotel! Terletak di Senai, Johor hotel ini sangat sesuai dijadikan destinasi percutian sekeluarga kerana ia terletak lebih kurang 9km dari Johor Premium Outlets (JPO) dan 32km dari LEGOLAND Theme Park. Selain papa boleh main game di dalam bilik hotel, boleh juga bawa isteri shopping dan anak-anak bergembira di taman tema. Adil kan?

Kena Datang Sini! Pengalaman Jadi ‘Gamer’ Di Bilik Hotel, Cetusan Adrenalin Seisi Keluarga

Selain dekorasi moden dan futuristik, hotel ini menawarkan pengalaman percutian yang menarik bukan sahaja untuk papa yang gemarkan game, tetapi juga mama yang suka ber’OOTD’. Anda boleh memilih sama ada mahukan bilik biasa atau berkonsepkan gaming room. Tak kisahlah bilik mana yang menjadi pilihan kerana yang pasti ia tetap selesa untuk percutian anda.

Kena Datang Sini! Pengalaman Jadi ‘Gamer’ Di Bilik Hotel, Cetusan Adrenalin Seisi Keluarga

Kemudahan Yang Lengkap

1. Kafe SEM9 Esports Hotel

Sebuah percutian di hotel akan lebih menyeronokkan apabila kemudahan yang disediakan lengkap buat penginap. Kalau tiba-tiba anak mengadu lapar, tak perlu susah hati. Mama papa boleh bawa saja mereka menikmati menu istimewa di kafe SEM9 Esports Hotel.

Di sini mereka menawarkan pelbagai pilihan sarapan pagi dan makan tengah hari yang diinspirasikan dari hidangan autentik Malaysia. Berbanding hotel lain, satu kelainan menu di sini kerana dinamakan sempena tajuk game popular!

2. Akses Internet 

IKLAN

Salah satu kemudahan penting di sesebuah hotel adalah akses internet. Jangan susah hati kerana anda boleh enjoy bermain game dengan liputan internet yang bagus di hotel ini. Kemudahan Wifi yang ada pastinya akan membuatkan masa untuk anda enjoy bermain game tanpa gangguan. Tak adalah ‘sangkut-sangkut’!

3. Tempat Parkir Kenderaan

Selain itu, anda tak perlu risau tentang tempat parkir kenderaan kerana di sini anda boleh meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan dengan mudah.

4. Merchandise Zone

Kalau ke SEM9 Esports Hotel, rugilah kalau tak singgah ke Merchandise Zone mereka. Untuk melengkapkan penampilan seorang gamer, sesuai sangatlah kalau anda dapatkan baju di sini. Dengan kualiti fabrik yang baik, pilihan baju yang ada juga pastinya akan buat anda rambang mata! Pelbagai rekaan topi menarik pun ada, smart habis!

Pilihan Bilik Yang Menarik!
Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Untuk bilik yang lebih luas, anda boleh memilih S9 Deluxe. Ia direka untuk anda yang mahukan bilik untuk bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bermain sebagai satu skuad. Boleh menempatkan sehingga 4 orang tetamu dalam satu bilik, ia dilengkapi empat buah komputer gaming dengan kelajuan internet yang terbaik.

IKLAN

Kena Datang Sini! Pengalaman Jadi ‘Gamer’ Di Bilik Hotel, Cetusan Adrenalin Seisi Keluarga

 

Untuk bermain game dalam suasana yang lebih relaks, anda boleh memilih S9 Cozy. Dilengkapi dengan sofa yang selesa beserta bean bags serta set PlayStation5 dengan pelbagai pilihan genre game yang boleh anda pilih. Lebih sesuai untuk keluarga kecil.

Kena Datang Sini! Pengalaman Jadi ‘Gamer’ Di Bilik Hotel, Cetusan Adrenalin Seisi Keluarga

 

Untuk anda yang mahukan komputer dengan spesifikasi yang tinggi dan ruang yang luas untuk bermain game, pilihlah S9 Executive. Pencahayaan dalam bilik yang cool dan dilengkapi dengan dua komputer serta ruang tamu yang bersambung!

IKLAN

Kena Datang Sini! Pengalaman Jadi ‘Gamer’ Di Bilik Hotel, Cetusan Adrenalin Seisi Keluarga

 

Untuk mama papa yang tidak mahu bilik berkonsepkan dunia gamer, bolehlah memilih S9 Classic Triple. Bukan sahaja akses internet bagus, tetapi turut dilengkapi dengan TV untuk tontonan anak-anak. Boleh memuatkan sehingga tiga orang dewasa, tempahan bilik ini juga didatangkan dengan sarapan pagi.

Kena Datang Sini! Pengalaman Jadi ‘Gamer’ Di Bilik Hotel, Cetusan Adrenalin Seisi Keluarga

Untuk bilik yang lebih besar, S9 Classic Deluxe adalah yang terbaik kerana ruangnya lebih luas dan selesa untuk mama papa yang menginginkan keselesaan untuk anak-anak. Antara bilik-bilik lain yang terdapat di hotel ini adalah seperti S9 Triple, S9 Classic King, S9 Classic Twin, S9 Classic dan banyak lagi!

Untuk mama papa yang mahu bercuti di Johor, bolehlah pilih untuk menginap di SEM9 Esports Hotel. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, klik SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI