Bukan hanya untuk ibu hamil, tetapi wanita yang sedang merancang untuk mengandung juga perlu memberi perhatian kepada diet mereka. Harus jaga pemakanan dan carilah suplemen yang bersesuaian dengan keperluan tubuh. Tidak semestinya bergantung kepada suplemen yang ada di pasaran, tetapi anda juga boleh mendapatkan khasiat atau vitamin tertentu daripada sayuran dan buah-buahan.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Bagi wanita hamil yang ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau percaya mereka tidak mendapat vitamin yang secukupnya dari makanan yang mereka ambil, boleh mengamalkan beberapa vitamin.
Selalunya doktor akan memberikan pil-pil vitamin tertentu. Pil-pil ini mengandungi vitamin yang diformulakan untuk wanita yang hamil.
Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.
Ads
Bagi wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.
Selain itu, vitamin C dan vitamin E dapat membantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahim ibu lagi. Ia juga menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon dan kulit bayi.
Vitamin C dan vitamin E berfungsi sebagai sebatian antioxida yang terbaik. Mereka bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh. Sebagai antioxidant, vitamin E dan vitamin C bertindak secara sinergi atau bergandingan dalam melawan proses pengoksidaan yang sangat bahaya pada tubuh.
Gandingan keduanya juga sangat baik dalam melawan serangan radikal bebas yang banyak berlaku dalam tubuh.
Ini bermakna vitamin E juga perlu dalam meningkatkan sistem daya tahan dan mengelakkan penyakit. Oleh itu saya sangat mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E adalah satu kerana mereka gandingan antioksida yang terbaik.
Banyak kajian membuktikan proses pengoksidaan ketika hamil akan menyebabkan masalah pre eclampsia, meninngkatkan perkembangan fizikal bayi dalam rahim dan menyebabkan kebocoran selaput bayi secara pramatang. Proses pengoksidaan yang keterlaluan juga menyebabkan pelbagai masalah pada bayi yang dilahirkan secara pramatang seperti masalah paru-paru, kerosakan usus yang teruk (disebut sebagai necrotizing enterocolitis) dan banyak lagi. Ini membuktikan proses pengoksidaan yang tidak tekawal berbahaya kepada wanita yang hamil dan bayi dalam rahim.
Ads
Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E ketika hamil untuk dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini. Oleh kerana pengambilan vitamin C dan vitamin E bukanlah sesuatu yang berbahaya ketika hamil, maka tidak salah bagi mereka yang ingin mengamalkannya. Ambil dalam dos yang betul bagi mendapat manfaat vitamin-vitamin ini dan bagi mengelakkan kemudaratannya (walaupun ia jarang berlaku).
Pengambilan vitamin C yan dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Namun pengambilan vitamin C melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.
Pengambilan vitamin E pula antara 30-50mg sehari. Setakat ini belum ada lagi kajian terperinci kemudaratan pengambilan vitamin E, kecuali jika diambil dalam dos yang besar iaitu 400mg dalam sehari.
Ads
Nasihat saya bagi wanita hamil, dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin. Ini membantu kita mendapat manfaat dan mengelakkan kemudaratan dari ubat atau vitamin yang kita ambil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa letih, penat dan mengantuk di awal kehamilan seakan menjadi perkara biasa ketika awal trimester.
Kadang kala ada bakal ibu yang mengalami mengantuk berlebihan sehingga tidak dapat dikawal dan perlu melelapkan mata seketika walaupun ketika itu sedang bekerja di pejabat.
Jika dibiarkan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi, apa langkah terbaik yang mesti dilakukan? Sebelum itu anda perlu memahami apa yang berlaku pada badan ketika proses awal kehamilan berlaku.
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.
Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan.
Tentu memalukan jika setiap hari anda keletihan hingga pernah tertidur di atas meja kerja kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi.
Oleh itu anda memerlukan strategi khas untuk berhadapan dengan rasa letih dan mengantuk ini supaya tidak mengganggu produktiviti kerja di pejabat.
Cuba praktiskan beberapa tip berikut:
Sudah tentu anda tidak boleh tidur di waktu siang pada hari bekerja, jadi sebaiknya masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam. Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambila peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar.
Amalkan pengambilan makanan sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.
Banyak minum air. Apabila badan kekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.
Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan sememangnya satu fasa yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Namun, dalam kegembiraan menunggu kehadiran si kecil, ada juga rasa bimbang tentang tahap kesihatan bayi dalam kandungan.
Kini, dengan kemajuan teknologi perubatan moden, ibu hamil boleh menjalani ujian NICC (Non-Invasive Chromosomal Check) bagi mengenal pasti risiko kecacatan kromosom serta mengetahui jantina bayi seawal usia 10 minggu kandungan.
Menurut Dr Ninie Sharkhan, ujian NICC merupakan satu ujian saringan pranatal yang tidak bersifat invasif, bermaksud ia tidak melibatkan sebarang jaruman ke dalam rahim atau prosedur yang boleh menjejaskan keselamatan ibu dan bayi. Ujian ini hanya memerlukan sampel darah ibu, menjadikannya selamat, cepat dan tepat untuk dilakukan sejak awal kehamilan.
Bagaimana Ujian NICC Berfungsi?
Ujian NICC dijalankan dengan menganalisis DNA bayi yang terdapat dalam darah ibu. Melalui analisis ini, pakar perubatan dapat mengesan sebarang risiko keabnormalan kromosom yang boleh menyebabkan sindrom tertentu.
Gambar sekadar hiasan
Antara kelainan kromosom yang boleh dikesan melalui ujian NICC termasuk:
Sindrom Down (Trisomi 21)
Sindrom Edwards (Trisomi 18)
Sindrom Patau (Trisomi 13)
Selain itu, ujian NICC juga boleh mengenal pasti sindrom pemadaman mikro (microdeletion) yang sukar dikesan melalui imbasan ultrasound biasa, seperti:
Sindrom DiGeorge (pemadaman 22q11.2)
Sindrom Cri-du-chat
Sindrom Pemadaman 1p36
Menariknya, tahap ketepatan ujian NICC ini melebihi 99%, menjadikannya antara kaedah paling dipercayai untuk saringan kromosom janin tanpa risiko kepada ibu.
View on Threads
Boleh Tahu Jantina Bayi Lebih Awal!
Selain membantu mengesan risiko keabnormalan kromosom, ujian NICC juga membolehkan ibu ayah mengetahui jantina bayi lebih awal, seawal usia 10 minggu kandungan. Ini jauh lebih cepat berbanding imbasan ultrasound yang biasanya hanya boleh menentukan jantina bayi sekitar minggu ke-18 hingga ke-20.
Siapa Yang Digalakkan Melakukan Ujian NICC?
Walaupun ujian NICC boleh dilakukan oleh semua ibu hamil, ia amat digalakkan bagi wanita berusia 35 tahun ke atas, atau mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan kecacatan kromosom. Namun begitu, doktor turut mengesyorkan ujian ini kepada semua ibu hamil yang mahu memastikan bayi mereka membesar dalam keadaan sihat dan bebas daripada risiko genetik.
Gambar Hiasan
Punca Kecacatan Kromosom
Menurut artikel perubatan dari University of Rochester Medical Center (URMC), keabnormalan kromosom biasanya berpunca daripada kesalahan semasa pembahagian sel (meiosis atau mitosis). Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mempunyai kromosom lebih (trisomi) atau kurang (monosomi) daripada jumlah normal, iaitu 46 kromosom.
Faktor usia ibu, pendedahan terhadap bahan teratogen seperti alkohol, dadah, bahan kimia toksik, rokok, sesetengah ubat, virus dan radiasi, juga boleh meningkatkan risiko kecacatan kromosom atau kelahiran tidak normal.
Ujian NICC Beri Ketenangan Fikiran Ibu Ayah
Menjalani ujian NICC bukan bermaksud anda bimbang berlebihan, tetapi ia merupakan langkah bijak dan bertanggungjawab bagi memastikan bayi mendapat permulaan hidup yang terbaik. Dengan keputusan yang tepat, doktor dapat memantau kesihatan kandungan dengan lebih rapi dan memberi panduan lanjut jika perlu.
Kesimpulannya, ujian NICC ialah pilihan terbaik untuk ibu hamil yang ingin memastikan bayi mereka sihat, bebas risiko kecacatan kromosom, dan mengetahui jantina seawal mungkin. Ia mudah, selamat dan memberikan ketenangan minda buat setiap ibu ayah yang menanti kehadiran permata hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran si kecil dalam perut tu terlintas, macam mana keadaan baby dalam perut tu? Ok ke tak ok? Ada apa-apa masalah ke?
Itulah tujuan Detail Scan ni. Untuk check dan tahu keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut.
Kenapa perlu untuk tahu?
Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa.
Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation.
Jadi apa yang doktor scan masa Detail Scan ni?
✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.
Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-26 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.
Detail scan ni hitam putih je. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa scan.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.