Aktiviti mendaki gunung kini menjadi antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran pelbagai golongan lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan usia.

Pendakian gunung dan bukit merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan,tambahan lagi jika anda benar-benar meminati hobi ini dan anda akan merasai sendiri betapa mendaki itu adalah terapi terbaik untuk anda dan bayi yg bakal dilahirkan.

“Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri & Kandungan”. Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

Mendaki boleh dianggap sebagai aktiviti yang lasak kerana ia memerlukan stamina fizikal dan mental yang kuat,namun ia bukan penghalang bagi aku yang sedang sarat mengandung 9bulan untuk turut serta melakukan aktiviti sukan ekstrem ini.

Rujuk Doktor Sebelum Mendaki Dari Usia Awal Kandungan Hingga 9 Bulan

Perut membesar dengan jayanya,tapi kaki ini tetap tak boleh tahan nak manjat bukit/gunung, tapi disebabkan minat kakak cuba refer dari doktor boleh ke tak nak hiking dari usia awal kandungan sampai kandungan 9bulan

Pendakian Pertama Usia Kandungan 2 Bulan

Mari kakak nak share kisah dan pengalaman pahit manis kakak yang mempunyai hobi cukup mencabar ini. Pendakian pertama kakak ketika kandungan mencecah 2 bulan adalah misi ke Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu Selangor yang berketinggian 1053m. Sepanjang perjalanan yang santai mak limah dengan keadaan cuaca yang baik, dapat lah kakak menghirup udara segar bau hutan, melintasi sungai sungai yang bersih sambil berhenti rehat untuk segarkan kembali badan.

Dengan mengambil masa kira kira 3jam, maka sampai lah kakak ke puncak Bukit Kutu siap pakej manjat tangga gigih nak duduk atas batu besar dipuncak.

Kandungan 5 Bulan Ke Gunung Baling

IKLAN

Berlainan pula cerita kakak ketika kakak teringin untuk ke Gunung Baling misi mengutip sampah sarap. Bila suami cakap on, apa lagi mengedik lah kakak untuk ke puncak Gunung Baling yang tinggi nya 546m.

Ketika menuju langkah untuk ke puncak ada beberapa orang remaja yang dalam perjalanan turun ke kaki bukit sambil menegur kakak “hi akak rajin hiking,baguslah kak nanti hilang boroi akak..!” Korang rasa kakak nak marah ke,nak gelak.. “Kakak boroi 5bulan dek non”…baru lah sibuk nk “wahh..wow..”dah korang tak payah nak wow sangat…hahahahaha Macam macam gelagat pendaki kita ni, itu baru sikit belum topik kecam mengecam.

“Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri & Kandungan”. Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

Ramai Terkejut, Kandungan 9 Bulan Mampu Mendaki Gunung Baha

Tapi kan korang pengalaman yang paling best bila kakak sendiri yang up trip ke Gunung Baha Ayam Stong. Bila sampai hari kejadian tu bermula lah episod berkumpul di RnR Jelawang, rata rata peserta yang mula sampai bertanya mana kak ikin, masa tu dia punya debar macam nk buat konsert, mau tak nya masa tu perut kakak 9bulan huhuhuhu..ada lah yang melopong, mata tak berkedip..kakak diam je dengan slumber. Bila peserta kau buat caving gua, kau pun nak masuk tak pasal pasal pak cik yang melepak kat warung parking tu pandang kau lain macam. “Eh yang mengandung ni nak masuk gua jugak ke”..tak lah pak cik,tunggu kat pintu gua je walhal habis gua kakak terjah dengan izin yang Esa selamat masuk dan keluar.

Selepas zohor, selesai seisi caving gua kakak mulakan langkah ke kem baha dengan mengambil masa 2jam pendakian melalui trek air terjun yang view nya sangat ohsem subahanallah. Bermalam dengan suasana hutan yang tenang dan nyaman. Pada keesokan hari nya para peserta kakak meneruskan misi pendakian ke 3puncak Baha Ayam dan Stong. Untuk ke puncak, kakak memilih untuk tidak pergi kerana faktor keselamatan. Cuma kakak dapat berkongsi moment indah melihat awan karpet dari kem baha dengan pandangan yang sangat indah.

IKLAN

Ada je lagi cerita nya di G.papulut dan bukit bukit yang pantang kakak tengok, bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.

“Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri & Kandungan”. Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

Untuk korang yang gedik kaki macam kakak, meh kakak nak share kalau korang yang macam kakak tengah pregnant tapi teringin nak hiking.

– First korang kena kenal pasti serba sedikit tempat yang ingin korang daki, termasuk line telifon.

-Korang juga wajib kenal pasti kemampuan diri sendiri, pastikan stamina cukup dengan biasa kan diri berjalan dan jogging.

IKLAN

-Pastikan juga ada orang kuat seperti suami atau sahabat untuk faktor keselamatan korang.

-Kesihatan biarlah dalam keadaan baik,sebagus nya check up doktor sebelum dan selepas aktiviti.

-Guna pakaian dan kasut yang sesuai serta bawa peralatan hiking.

-Sediakan makanan dan minuman yang bertenaga seperti susu,roti,air kosong, dilarang air berkarbonat.

-Jaga langkah dan penafasan sebaik mungkin ketika on trek,jika degupan jantung mula laju korang dinasihati berhenti seketika untuk rehat.

-Paling penting jaga adab ketika masuk hutan niat,doa dan zikir.

Bagi pengiat sukan ini tentunya mempunyai pandangan tersendiri tentang perihal pendaki yang konon nya mengundang risiko kerana mendaki ketika hamil. Bagi kakak apa pun faktor,sebab mahupun alasan yang diberikan,aktiviti mendaki ini memang banyak kebaikan nya pada kakak.

Cuma bila berdepan cabaran kita perlu kuat dan tahu apa yang sepatutnya kita lakukan sebelum dan selepas aktiviti pendakian ini. Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu korang pengiat sukan ekstrem.Kakak boleh,korang jugak boleh. Dari pendaki untuk pendaki Silver ikin

Sumber: Silver Ikin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI