Isu anak kesayangan ni memang wujud dalam ramai keluarga. Kadang kita tak sedar pun, tapi layanan kita terhadap anak-anak tak seratus peratus sama rata. Bila ditanya, mesti mak ayah kata semua anak sama je. Tapi dalam diam, ada anak yang terasa.
Kajian Dedah Realiti Sebenar
Menurut kajian dari Katherine Conger, pakar psikologi dari University of California, lebih 70% ayah dan 74% ibu sebenarnya ada kecenderungan untuk melebihkan seorang anak. Dalam Journal of Family Psychology, kajian ni tunjuk anak-anak perasan sangat bila layanan tak seimbang. Mereka rasa abang, kakak atau si bongsu lebih dapat perhatian.
Anak Mula Rasa Tertinggal
Ads
Selalunya anak sulung atau bongsu yang lebih rasa terpinggir. Mereka mungkin rasa mak ayah lebih rapat dengan adik, atau abang selalu diberi peluang lebih. Bila mula rasa tak disayangi, mereka akan buat macam-macam untuk tarik perhatian — dan kadang cara tu buat mereka lagi dimarahi.
Bila Sayang Tak Sama Rasa
Ads
Isu anak kesayangan boleh jadi punca pergaduhan adik-beradik. Bila sorang rasa disisih, yang lain rasa lebih disayang — terus timbul iri hati.
Masa ni lah peranan mak ayah jadi sangat penting. Kena pandai seimbangkan kasih sayang supaya semua anak rasa cukup, walaupun cara kita layan tak serupa.
Ibu Ayah Kena Alert
Ads
Apa pun situasi, mak ayah kena sentiasa tunjukkan kasih sayang secara adil — dari segi emosi, perhatian, masa dan kata-kata. Kalau ada anak yang perlukan lebih perhatian (contohnya sebab tengah sakit atau susah belajar), explain baik-baik pada anak-anak yang lain. Bagi mereka faham, bukan biarkan mereka buat andaian sendiri.
Setiap Anak, Satu Rahmat
Tak ada anak yang lebih, tak ada yang kurang. Semua anak unik dan ada keistimewaan masing-masing. Peluk mereka selalu. Cakap dengan mereka. Bagi mereka tahu — “Mama sayang kamu semua, tak ada beza pun.” Itu je dah cukup untuk buat hati anak rasa selamat dan cukup kasih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.
Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan Allah yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.
Datuk Yang Penyayang
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Bukan mudah untuk menjaga anak-anak, tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar. Ada saja kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat kita jadi nak marah. Sebenarnya anak tak faham pun erti letih, jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah duduk tenang sekejap untuk ‘tarik nafas’ tak pernah ada dalam diri mereka.
Lumrah anak-anak mereka tak pernah rasa penat. Bermain, buat perangai dan macam-macam hal! Oleh itu, kita sebagai ibu ayah perlu bijak untuk mengawal keadaan nak buat anak faham kalau kita perlukan rehat sebentar.
Dr. Redza Zainol berkongsi tentang situasi dia menjaga anak-anaknya sendirian kerana isteri mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Turut mengakui situasi ini tidak mudah dan terfikir bagaimana isteri boleh melaluinya.
Berikut perkongsian yang boleh kita guna pakai untuk mengendalikan situasi begini dengan anak;
Semoga dengan perkongsian dari doktor ini dapat membantu kita untuk lebih mengawal emosi sendiri dan juga anak-anak. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil dengan pendekatan yang tepat mereka akan memahami situasi kita tanpa perlu ibu ayah marah-marah.
Meskipun maut memisahkan, kasih sayang seorang anak kepada ibu tidak pernah terpadam. Begitu la juga Sky Taizo Okumura yang sentiasa mengingati arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura, dalam setiap doanya.
Baru-baru ini, usahawan dan content creator, Ridzuan Ridzokumura berkongsi momen menyentuh hati apabila anak lelakinya, Sky dilihat tetap mendirikan solat walaupun berada di sebuah restoran.
Menurut Ridzuan, Sky sendiri berazam untuk tidak pernah tinggalkan solat kerana dia mahu sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah ibunya di sana.
“Alhamdulillah, banyak lagi Sky dan saya kena belajar. Tapi Sky sendiri kata, dia tak nak tinggal solat sebab selepas solat dia akan sentiasa berdoa untuk arwah ibunya,” luah Ridzuan menerusi satu video di TikTok miliknya.
Solat Di Mana-Mana, Demi Doa Untuk Ibu
Momen Sky menunaikan solat di restoran itu turut meraih perhatian ramai. Di usia sekecil itu, dia sudah memahami betapa pentingnya solat sebagai tiang agama, malah dia jadikan solat sebagai penghubung kasih dengan ibu yang telah pergi menghadap Ilahi.
Alhamdulillah banyak lgi sky dan saya kena belajar🥰❤️🙏🏻 sky kata dia tak nk tinggal kan solat sbb selepas solat sky sentiasa berdoa untuk arwah ibu nya🥰🇯🇵🇲🇾
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Sky yang sentiasa menjaga solat, walau dalam apa jua keadaan. Ramai juga yang mendoakan agar Sky terus istiqamah dan menjadi anak soleh yang membanggakan kedua ibu bapanya.
“Walaupun ibu dah tak ada, Sky tetap kuat. Dia tahu solat tu bukan saja kewajipan, tapi ruang untuk dia hadiahkan doa buat ibu. Itu yang buat saya rasa sebak dan bangga,” kata Ridzuan lagi.
Dibimbing Ustaz Untuk Sempurnakan Ibadah
Dalam masa yang sama, Ridzuan turut memaklumkan bahawa Sky kini sedang dibimbing oleh seorang ustaz untuk memperbaiki bacaan dan rukun solatnya.
“Saya nak pastikan Sky faham betul-betul maksud solat. Bukan sekadar rukuk dan sujud, tapi hati kena ikhlas, doa kena sampai. Ustaz pun selalu pesan, anak kecil ni kalau kita asuh dari awal, insyaAllah dia akan terbiasa dengan kebaikan,” ujar Ridzuan.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari yang lalu. Kehilangan Akiko pastinya satu tamparan hebat buat Ridzuan dan Sky, namun mereka reda dengan takdir Allah.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2009, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini menjadi penyeri hidup Ridzuan selepas pemergian isteri tercinta.
Semoga Sky terus istiqamah, menjadi anak soleh, dan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah ibunya di alam sana. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Akiko Okumura.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.