
Bertanya itu adalah cara anak cuba memahami dunia ini. Jika ibu bapa, para guru dan datuk nenek marah mereka bertanya, maka apa yang terjadi anak-anak itu membesar dengan perasaan ingin tahu yang telah mati atau yang mengarah kepada perkara yang kurang baik.

Menurut Ibu Rose yang banyak memberikan nasihat keibubapaan, kita sebagai ibu bapa layankan sahaja pertanyaan anak.
Jika penat menjawab dan soalan yang sama ditanya berkali-kali, gunakan taktik ini…” Hmmm…tadi mama ada jawab, mama nak tengok sayang ingat lagi tak jawapan mama..” buat ia secara happy dan santai dan bukan secara marah macam ni; ” kan mama dah jawab tadi…asyik tanya-tanya jer, ingatlah bila mama jawab tu.”
Kalau tidak tahu jawapannya, beritahu ‘belum tahu’ lagi bukan ‘tak tahu!’ dan ajak anak itu mencari jawapannya melalui Mr.Google ke atau buku-buku ke.
Semasa anak bongsu Ibu berusia 3 tahun, dia bertanya kepada daddynya, “Daddy, kenapa api tu panas?” terdiam si daddy nak jawab tak begitu pasti. Daddynya pun jawab, ” Tak pastilah Fia, nanti daddy cari jawapannya.” Seminggu juga daddynya mencari jawapannya, dan akhirnya berjumpa jawapan sainstifik itu.
Point nya, jawaplah sehabis baik dan seiklas mungkin. Jika tidak tahu, cakap tidak tahu dan ajak cari bersama. Cuba fikirkan apakah kebaikan yang akan terjadi bila kita melayan soalan-soalan anak-anak kita dengan baik?
Sumber: Ibu Rose


(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Asingkan Bilik Tidur Anak Sejak Usia 6 Bulan, Nanti Dia Biasa Dengan Rutin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman

Menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Asia ini untuk tidur bersama dengan anak terutama bagi yang masih bayi. Situasi ini berbeza dengan ibu bapa di Barat yang sudah membiasakan anak mereka, walaupun masih bayi, untuk mempunyai bilik tidur sendiri.
Namun ibu bapa di asia sekarang lebih terbuka dan mula memisahkan anak-anak dari bilik tidur. Bunyinya agak kejam namun secara hakikinya, kanak-kanak tidak memerlukan ibu bapa pada waktu malam. Yang mereka perlukan adalah rehat. Jadi, tidur sendirian di waktu malam adalah yang terbaik untuk setiap kanak-kanak.
Tambahan pula, belajar untuk tidur sendiri adalah kemahiran penting yang perlu dicapai oleh kanak-kanak. Dengan tidur sendirian dapat membantu kanak-kanak berasa dia boleh berseorangan dan selamat. Apatah lagi, dia tahu ibu bapanya ada di sebelah biliknya jika berlaku sebarang perkara. Ikuti perkongsian daripada ibu ini dimana sahabatnya berjaya mendidik anak untuk tidur di bilik sendiri ketika usia anak masih bayi.

Beberapa hari yang lepas saya berjumpa dengan seorang sahabat bekerjaya sebagai seorang guru, ibu kepada 3 orang anak, berPJJ lagi dengan suami kerana tempat kerja yang berlainan. MasyaAllah saya lihat anak-anak nya well behaved dan apa lagi, inilah masa untuk tanya tips tips dari ibu ibu hebat. Beliau berkongsi pengalamannya tentang pentingnya anak mempunyai tidur yang cukup. Antara point penting yang saya dapat;

1️⃣ Biasakan anak anak tidur awal setiap hari lebih lebih lagi waktu suami tiada dirumah. Mula tidurkan anak waktu suami ke surau solat isyak berjemaah.
2️⃣ Pastikan anak siap makan malam sebelum jam 8
3️⃣ Selepas solat isyak jam 9 malam tutup semua lampu dan segala gadget yang ada. Beritahu anak sekarang dah malam dan masa untuk tidur.
4️⃣ Asingkan tempat tidur anak dan ibu bapa. Tidurkan anak dalam bilik anak anak. Setelah anak lena, bangun dan tidur didalam bilik sendiri. Katanya awal awal perlu berkorban sedikit, berulang alik ke bilik anak jika anak menangis, lama lama anak akan terbiasa tidur didalam biliknya sendiri.
MasyaAllah kata sahabat saya beliau bermula mengasingkan bilik tidur anak sejak anak berusia 6 bulan. Terbiasa dengan rutin akhirnya waktu siang pun anak anak masuk ke bilik untuk tidur sendiri kerana lebih selesa. Pesannya, memang perlu bersusah susah dulu pada awalnya dan kentalkan hati, namun impaknya banyak kemudahan dikemudian hari bila anak semakin besar dan pandai tidur di bilik sendiri
Kredit: FAIZATUL IMAN MAKPOL (Misi pisahkan bilik tidur ana)

Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap Ibu Bapa Boleh “Diturunkan” Kepada Anak-Anak, Jadi Berhati-Hatilah!

Percaya tak sikap ibu bapa boleh ‘diturunkan’ kepada anak-anak anda? Tingkah laku anda boleh menyebabkan wujudnya antiexty (kebimbangan) pada anak. Haa..tak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sikap ibu bapa
Ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam membentuk perihal berkaitan emosi anak pada peringkat tumbesaran awal. Adalah penting untuk setiap ibu bapa memahami dan menyedari bahawa setiap perlakuan dan sikap yang dipamerkan akan memberikan impak kepada anak-anak.
Jika anda individu yang senang untuk berasa risau dan bimbang, sudah tentu ia akan mempunyai kaitan dengan kewujudan rasa kebimbangan pada anak. Dan masalah seperti ini sebenarnya boleh memberikan efek negatif kepada anak dalam proses pembesaran dan kehidupan.
Jadi adakah terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah seperti ini daripada wujud dan berkembang menjadi lebih kronik?
Cara mengatasinya
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
Terlalu mengawal
Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa akan wujud sikap mengawal anak-anak. Malah penulis sendiri mungkin sering mencuba untuk mengawal anak. Namun apa yang kita sebagai ibu bapa tidak sedari, sikap ini sebenarnya hanya mewujudkan rasa tidak berkeyakinan dalam diri anak-anak.
Sebagai contoh situasi, katakanlah terdapat ahli keluarga yang menawarkan pilihan makanan kepada anak? Apakah yang akan anda lakukan? Mesti anda akan tolong pilih dan jawabkan ‘bagi pihak’ anak, bukan?
Tetapi tahukah anda, ia sebenarnya hanya akan mewujudkan rasa tidak yakin untuk anak dalam melakukan sebarang interaksi sosial untuk tempoh jangka masa panjang. Berikanlah peluang kepada anak anda untuk membuat dan menyatakan pilihan mereka sendiri. Bantu anak untuk menjadi lebih berkeyakinan!
Terlalu kritikal
Pernah tak anda mengalami masalah dan ia memberikan kesan kepada individu di sekeliling anda? Sebagai contoh, anda mungkin berdepan masalah berat badan dan anda tidak mahu anak-anak mengalami masalah yang sama.
“Jangan makan keropok tu, nanti gemuk!”, adalah antara kata-kata yang mungkin anda ucapkan. Namun tanpa disedari, anda mungkin bersikap terlalu kritikal sehingga menimbulkan rasa negatif dalam diri anak anda.
Cara yang lebih baik adalah dengan menjelaskan kepadanya apa yang mungkin berlaku dan memberi ruang kepadanya dalam membuat keputusan yang diingini tanpa mempengaruhi pemikiran anak-anak
Terlalu melindungi
Ya, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. Tetapi bersikap terlalu melindungi ada kalanya tidak baik untuk perkembangan anak-anak. Beri peluang untuk anak-anak meneroka dunianya sendiri. Bersifat melindungi tidak salah tetapi harus dalam cara yang masih terkawal. Jangan berlebihan.
Bertengkar
Perselisihan faham antara suami isteri adakalanya tidak boleh dielakkan. Namun, sebaiknya, hindari daripada bertengkar di hadapan anak-anak. Cuba untuk menyelesaikan masalah anda secara persendirian. Ini kerana terdapat kajian yang mengatakan, keluarga yang tidak harmoni mempunyai kaitan tinggi dengan tahap kebimbangan yang tinggi pada anak-anak.
Sama ada anda percaya atau tidak, setiap perkara yang anda lakukan sebagai ibu bapa memberi kesan terhadap tahap kebimbangan pada anak. Yes! Rasa bimbang itu normal, tetapi jika ia masih terkawal.
Belajar untuk mengawal sikap dan tingkah laku anda sudah tentu dapat membantu anak anda untuk mengawal tahap kebimbangan dalam diri mereka juga. Sekiranya tahap kebimbangan anak anda adalah serius, anda mungkin perlu membawanya untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Tak Selamanya Kecil. Satu Hari Kita Harus Lepaskan & Tiada Lagi Suara Riuh Mereka

Sebagai manusia biasa, saya juga pernah rasa letih, penat, sedih dan hilang sabar. Bila geram sangat saya terlepas tinggi suara dekat anak-anak dan mereka pun nangis, bermasam muka dan merajuk. Masa tu rasa menyesal, dan rasa sangat terkilan. Cepat-cepat peluk cium anak dan minta maaf dekat mereka.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Ada beberapa waktu sukar yang perlu kita lalui supaya kita dapat kembali mengingati Allah.

Anak-anak ini amanah Allah, tahanlah kesabaran, boleh jadi tangan halus dan kecil itu akan memimpin kita ke Syurga nanti, insyaAllah.
So, how to fix this?
❤️ By changing ourselves.
❤️ By fixing our relationship with our own children.
❤️ By having more bonding with them.
Anak-anak kita tak selama-lamanya kanak-kanak. Satu hari nanti mereka akan membesar menjadi seorang yang dewasa dan mempunyai perwatakan dan personaliti berbeza dengan mereka hari ini.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘬𝘦𝘮𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘵𝘶𝘳.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘶𝘳 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘪𝘥𝘶𝘳.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘥𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘯𝘨𝘪𝘴 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘴𝘪 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘫𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘶𝘬𝘶𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘶𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘦𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵 𝘵𝘶𝘵𝘰𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘮𝘦𝘬𝘢𝘱, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘥𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘣𝘦𝘵𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘶𝘴𝘢𝘩 𝘵𝘶𝘥𝘶𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘱𝘢𝘬𝘢𝘪 𝘵𝘶𝘥𝘶𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬 𝘵𝘶𝘥𝘶𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘢𝘥𝘢 𝘨𝘢𝘫𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘪𝘴 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘥𝘰𝘸𝘯𝘭𝘰𝘢𝘥 𝘭𝘢𝘨𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘺𝘢𝘯𝘺𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘶 𝘬𝘦𝘨𝘦𝘮𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘎𝘰𝘰𝘨𝘭𝘦, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘭𝘶-𝘵𝘢𝘭𝘶.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵, 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘤𝘢𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵, 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯𝘨, 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘦𝘭𝘦𝘬𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘫𝘶𝘥.
𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪………

Hargailah mereka sepanjang detik yang mereka ada bersama kita. Kerana mereka hari ini bukan mereka yang sama untuk 10, 20 tahun akan datang. Sabarlah ibu ayah, tak selamanya mereka begini, satu hari nanti kita juga harus lepaskan mereka juga dan tiada lagi bangun tidur nampak gelagat melompat keriangan mereka.
Berkaca pula mata tulis ni. Betapa banyak kekhilafan dan kadang-kala mengabaikan mereka. Anak adalah anugerah terindah. Bersyukurlah kepada Allah, bukan semua dikurniakan anugerah terindah ini. Ada beberapa sahabat yang terus menanti dikurniakan zuriat. Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan mereka dan dianugerahkan juga cahaya mata.

Kita yang telah diberi anugerah ini, tunaikan amanat yang diberikan sebaik-baiknya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Chin up, mothers. You are doing great.
InsyaAllah esok kita ubah lagi, jadi lebih baik lagi dari hari ini. Aamiin.
Dipersilakan share semoga Allah memberkati segala usaha kita mendidik amanah Allah iaitu anak-anak kita yang sedang membesar ini.
Kredit: Hanis Athirah Rusli
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



