Pelakon, Adam Corrie menjelaskan tentang sebab kenapa dia menghantar anak lelakinya, Adam Fateh Lee, 4 tahun masuk ke sekolah di usia yang masih kecil.
“Fateh (4tahun) dia tak mau pergi sekolah. Dah 2 minggu tak pergi. Dia kata dia nak school yang ada playground.”
Menurut Adam, dia menghantar anaknya ke sekoah di usia yang masih kecil kerana atas saranan doktor serta therapist.
Ads
“Kenapa awal sangat hantar anak pergi school? Sebab tahun lepas, atas saranan doktor/therapist minta fateh masuk school supaya dia ada kawan.”
“Jadi sekarang abah kena bawa anak abah pergi kerja sekali di Johor. Bagi keluarkan lebihan tenaganya. Pergi swimming”
Adam juga bercadang untuk menghantar anak ke kelas seni mempertahankan diri mengikut tahap kemampuan serta usia anaknya.
Ads
“Jadi abah nak masukkan kelas martial art (wushu) nanti .. sebab saya Cina.. nak bagi fateh wushu Ataupun kelas swimming.”
“Kita buat step by step mengikut usia dan tahap kebolehan anak. Tidak mendesak tetapi mencari kesesuaian . InsyaAllah dunia & akhirat”
Gara-gara menggunakan krim yang dipercayai tiruan, seorang wanita di Wythenshawe, England terpaksa menanggung malu apabila badannya bertukar menjadi hijau.
Difahamkan, wanita tersebut Jenni Coleman, 35, menggunakan krim berkenaan untuk menggelapkan kulit.
Menerusi laporan The Sun, Jenni mendakwa dia telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut.
Namun, keesokannya, dia terkejut menyedari dirinya bertukar warna hijau seakan watak animasi Shrek.
“Saya tak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin dari penggunaan krim tersebut.
“Saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu. Sudah berkali-kali mandi termasuk menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut, namun masih gagal” katanya.
Menurut Jenny lagi rakan-rakannya turut mengusiknya dengan memberitahu dia seakan ahli sihir.
Sumber: The Sun, Sinar Harian, Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ujian sememangnya asam garam dalam kehidupan lebih-lebih lagi bagi yang berumah tangga. Terkadang ujian rumah tangga bukan hanya melibatkan masalah suami isteri, tapi ada yang diuji tiada zuriat, yang ada zuriat diuji dengan pemergian anaknda tercinta yang masih bayi.
Dulu zaman bujang saya seronok tengok ada orang dukung bayi. Seronok dengar suara bayi. Pernah saya masuk wad kanak kanak seronok dengar bayi menangis.
Lepas tu berangan bestnya ada anak,bestnya dapat dukung anak. Bestnya dapat bermain-main dengan anak.
Akhirnya Allah terima angan-angan itu. Seronok jaga anak ketika wife berpantang. Bila tengok wife bersalin sebak sangat. Sebelum bayi nak keluar setiap 5-10 minit contractions sakit. mengalir air mata tengok isteri sendiri bersalin.
Bila anak keluar terus dengar suara menangis. Gembira sangat sehinggakan wife genggam tangan saya. Ya Allah betul ke ini zuriat dari darah daging aku sendiri. Bila letak untuk skin to skin Gembira tak terkata hanya Allah saja yang tahu.
Namun dalam kegembiraan itu Allah uji anak sakit sehingga Allah jemput dia pada usia 1 tahun 4 bulan. Banyak cabaran kami lalui hanya Allah yang tahu. Hari pertama anak meninggal wife bangun malam angkat bantal letak didada nak bagi susu,dia masih terasa anak ada disebelah. Saya sebak sangat ketika itu,saya peluk dia,saya beri semangat kat dia. Saya tidak bekerja hampir 2 tahun jaga emosi isteri. Alhamdulillah Allah kurniakan anak kedua dan sekarang anak ke 3.
Sungguh Allah uji sebab Allah sayang dan Allah nak beri banyak kebaikan. Saya lebih matang dalam rumahtangga,berusaha jadi suami yang baik kepada isteri dan saya tidak rasa sedikit pun perkahwinan ini satu bebanan. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang Allah akan tanya diakhirat kelak.
Saya selalu pesan kepada kawan-kawan lelaki. Nak bahagia,nak hidup tenang,nak rezeki melimpah ruah. Jaga 3 insan ini,pertama ibu yang mengandungkan kita,kedua jaga hati ibu mentua kita dan ke 3 Berbuat akhlak yang baik terhadap isteri,jaga hati isteri,didik dia dengan agama,didik dia sayang Allah. Apabila isteri taat Allah dan Rasul,seluruh kehidupan dia Allah jaga,Allah pelihara.
Peluklah isteri tercinta saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan Agama,dakwah dia dengan hikmah bukan dengan kekerasan.Setiap kebaikan terhadap isteri buatkan rahmat Allah mencurah-curah dalam keluarga kita. Pelukkan suami buatkan isteri sihat dan bahagia. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka kerana itu bukan akhlak Rasulullah s.a.w.
Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pula masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Bagaimanapun menurut Dr Suhazeli Abdullah, sebagai masyarakat dan ibu bapa, anda kena bertenang dan ikut langkah pencegahan ini.
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza.
1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga.
2. Memakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka (mask). Pemakaian mask ini pun tidak perlu keterlaluan sehingga masuk bilik mandi pun terpaksa pakai mask. Bagi pergerakan biasa kita yang tidak mengalami gejala influenza, pun tidak perlu memakai mask. Hanya kes dan individu tertentu yang berisiko seperti anggota kesihatan, pesakit kurang daya imun badan atau berada di kawasan padat yang amat disarankan memakai topeng muka ini.
3. Kerap Mencuci tangan. Kaedah ini amat penting supaya kita senantiasa menjaga kebersihan. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan atau sentuhan badan. Sudah tentu apabila kita bertemu dengan rakan taulan, tangan adalah anggota utama kita berjabat salam.
4. Pencegahan paling ampuh setakat ini adalah vaksin. Tetapi jangan anda semua sasau-minda (panik) untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin kerana terdiri dari kumpulan berisiko. Keutamaan vaksin Influenza diberikan kepada:
1. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang berumur lebih 65 tahun.
2. Orang dewasa yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan seumpamanya. Bincanglah dengan doktor adakah anda perlu ambil atau tidak.
3. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya.
4. Individu yang merancang ke luar negara yang tinggi kejadian influenza.
5. Bakal haji/umrah.
6. Ibu Hamil.
7. Berlebihan berat badan.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita sentiasa bersih.
Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai.
Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk.
Satu lagi, vitamin C bukan gantian kepada vaksin ye. Ya betul vitamin C itu ada kefungsian untuk menjaga integriti sel tubuh. Ianya anti oksida agar tubuh kita senantiasa segar. Tetapi ianya bukan antivirus atau gantian vaksin yang boleh mencegah influenza secara spesifik. Jangan terpengaruh dengan dakyah antivaksin supaya ambil vitamin C megadose. Mereka nak lariskan produk kesihatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit.