Mempunyai keluarga besar dengan anak yang ramai menjadi keinginan banyak pasangan. Barulah meriah suasana dalam rumah, dengan gelagat anak yang pelbagai. Keadaan ini pasti membahagiakan, namun ia bergantung kepada kemampuan untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga.

 

Rezeki ada untuk setiap anak, tetapi kita juga perlu bijak membuat perancangan keluarga dalam kehidupan sekarang yang memerlukan belanja besar. Jika tersalah aturan, dikhuatiri tanggungjawab sebagai ketua keluarga akan terabai.

Artikel Menarik: [Bentuk Badan & Pakaian Lebih Kurang. Tersilap Abah, Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki!]

Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu!

Jika sesebuah pasangan itu menginginkan anak yang ramai, suami perlu tahu apakah hukum sekiranya mengabaikan nafkah keluarga. Dipetik dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini penjelasan tentang hukumnya;

SOALAN

Salam Dato’. Apakah hukum seorang suami yang inginkan anak ramai. Namun, mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga?

RINGKASAN JAWAPAN

Menginginkan anak yang ramai adalah suatu yang digalakkan dalam Islam bagi meramaikan zuriat nabi SAW, dan wanita yang terbaik adalah yang mampu melahirkan anak yang ramai. Namun, jika pihak suami mengabaikan nafkah anak, maka dia dianggap cuai melaksanakan tanggungjawab dan berdosa. Dalam agama Islam tanggungjawab nafkah sesebuah keluarga terletak di bahu suami/bapa di dalam keluarga.

Nafkah yang dimaksudkan di sini meliputi perbelanjaan makan dan minum, pakaian, menyediakan tempat tinggal dan apa sahaja keperluan asas dalam kehidupan suami isteri dan kehidupan keluarga. Apabila suami isteri masing-masing menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, maka ahli keluarga tersebut akan berada dalam keadaan selesa dan tenteram.

Artikel Menarik: [Sama Betul Macam Mummy! Comel Je Hayder Ajuk Cara Eyra Hazali Berjalan]

IKLAN

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Dalam agama Islam suami bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada isteri dan ahli keluarganya kerana suami berperanan sebagai pemimpin keluarga. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Surah an-Nisa’ (34)

Artikel Menarik: [Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik]

IKLAN

Syeikh Zainuddin di dalam karyanya menyebut bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya sekiranya isteri merelakan dirinya untuk bermesra dalam keadaan apa sekalipun:

‌وإذا ‌مكنت ‌من ‌يمكن التمتع بها ولو من بعض الوجوه وجبت مؤنها

Maksudnya: “Jika isteri merelakan dirinya untuk bermesra walaupun dengan apa cara sekalipun, maka nafkah wajib disediakan untuknya.”

(Fath al-Mu’in, hlm 535)

Meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah satu dosa sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ

Maksudnya:“Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.”

IKLAN

Riwayat Abu Daud (1692)

KESIMPULAN

Perkahwinan yang dibina dengan matlamat yang jelas untuk melahirkan kebahagiaan dan keamanan dalam sesebuah keluarga adalah lahir dari sikap tanggungjawab daripada suami dan isteri. Syariat Islam dan undang-undang Islam memberi garis panduan yang jelas supaya setiap pasangan perlu menghormati dan melaksanakan hak serta tanggungjawab demi mencapai kebahagiaan dan keharmonian untuk semua ahli keluarga.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu!

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI