Bila anak dah masuk sekolah, sudah menjadi harapan kita untuk mereka dapat menguasai subjek yang diajarkan di sekolah. Memang lega rasanya bila anak-anak dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka.
Sebagai ibu ayah, kita juga memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak supaya mereka lebih bersemangat dan fokus untuk belajar. Dorongan yang kita berikan kepada anak dapat membantu untuk menyerlahkan potensi dalam diri mereka.
Dapat Markah Tinggi Dalam Peperiksaan
Sebuah video yang dikongsikan oleh nurhafzan6644 menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ibunya.
Berdasarkan keputusan itu, dapat dilihat keputusannya sangat baik dan berjaya memperoleh markah yang tinggi. Teruja dengan keputusan anaknya tetapi si ibu sempat bertanya kenapa subjek Bahasa Melayu dapat gred B.
Jawapan Buat Ibu Terkedu
Yang menarik perhatian adalah jawapan spontan dari kanak-kanak yang dikenali sebagai Dhia ini yang mengatakan bahawa dirinya orang Kelantan dan bukan orang Melayu.
Ibu: “Kenapa Bahasa Melayu B?”. Anak: “Haa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu.”
Terus memberikan semangat buat anaknya, dia menasihatkan supaya kanak-kanak itu untuk banyak buat latihan supaya lebih mahir dalam subjek itu.
Ibu: “Awak kena belajar pandai-pandai lagi ya. Bahasa Melayu tu kena buat banyak lagi latihan.”
Semoga adik Dhia terus maju jaya di masa hadapan. Mendengarkan jawapan spontannya memang dah tahu dia seorang anak yang bijak. Keep up the good work, dear!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu bapa mana yang tak luluh bila kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata. Lebih menyayat hati, apabila kata-kata polos si kecil yang pernah meluahkan hasrat untuk “meninggal masa kecil” supaya terus masuk syurga, menjadi kenyataan.
Itulah kisah menyedihkan yang menimpa Abdul Fattah Khairul Rizal, murid Tahun Tiga sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter ketika berlangsungnya program Hari Sukan pada Sabtu lalu.
Menurut bapanya, Khairol Rizal Mustafar, 42, anak kedua daripada empat beradik itu sudah beberapa kali menyuarakan hasrat yang sama namun beliau hanya menganggapnya sebagai perbualan kosong seorang anak kecil.
“Dah lama juga dia tanya soalan ini, kalau meninggal dunia masa kecil boleh terus masuk syurga ke? Kalau macam tu dia mahu meninggal masa kecil. Bila saya tanya apa cita-cita bila besar nanti, arwah jawab tidak tahu. Rupanya dia nak pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.
Khairol Rizal yang juga Imam 2 Masjid Khairiah turut berada di sekolah berkenaan semasa kejadian kerana memegang jawatan Yang Dipertua (YDP) PIBG untuk program hari sukan yang dirasmikan ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin.
Bercerita lanjut, beliau berkata keadaan menjadi kecoh selepas dimaklumkan ada murid terjatuh ke dalam lubang kumbahan.
“Bila dengar ada budak jatuh, saya tak terus ke tempat kejadian tapi saya pergi padang dulu nak tengok anak-anak saya. Jumpa anak ketiga, saya lega tapi Abdul Fattah saya tak jumpa…” ceritanya dengan suara sebak.
Menurutnya lagi, seorang guru memaklumkan bahawa anaknya adalah mangsa yang terjatuh ke dalam lubang dan sedang diberi bantuan kecemasan.
“Masa saya sampai, anak saya dah dibawa naik dan diberikan CPR dalam keadaan tak sedarkan diri. CPR dibuat hampir setengah jam… akhirnya doktor kata prosedur dah buat sepenuhnya, memang tak boleh selamatkan sebab air dah banyak masuk dalam badan,” katanya.
Abdul Fattah tidak menyertai sebarang acara balapan pada hari kejadian kerana tidak terpilih dalam saringan sebaliknya hanya hadir untuk memeriahkan program.
“Saya tidak mengetahui secara tepat bagaimana kejadian berlaku, namun dimaklumkan ada orang terdengar bunyi sesuatu jatuh. Saya pun tak tahu apa tujuan dia ke belakang bangunan, tak tahu kenapa dia berlari ke situ,” ujarnya lagi.
Walaupun sedih kehilangan anak lelaki tunggal dalam keluarga, Khairol Rizal tetap menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Kes ini menjadi peringatan tentang pentingnya aspek keselamatan di kawasan sekolah dan program melibatkan kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang diuji kehilangan anak, doa dan sokongan moral amat penting untuk terus kuat.
Pa&Ma mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Abdul Fattah. Semoga Allah mengangkat darjat arwah di syurga dan memberikan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan.
Sumber : Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai.
Bagaimanapun tentu kita ingin tahu apakah amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadan. Pastinya banyak kelebihan bulan ini yang menyebabkan Rasulullah melakukan banyak ibadah pada bulan yang mulia ini.
17 AMALAN RASULULLAH SAW BULAN RAMADAN
1. Mengakhirkan Sahur
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah mengakhirkan sahur sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Dari Abu Hazim, dia mendengar Sahal bin Sa’ad berkata, “Aku sahur bersama keluargaku, kemudian aku buru-buru menyelesaikannya untuk bisa dapat sholat Fajar (Subuh) berjamaah bersama Rasulullah SAW.” (HR Bukhari no 577)
2. Sahur Meskipun Sedikit
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah mau menyempatkan makan sahur meskipun sedikit, ini yang membedakan puasa umat muslim dengan ahli kitab.
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً
“Sahurlah, karena dalam sahur itu ada keberkahan.” (HR Bukhari 1923)
Dari Amru bin al-‘Ash, Rasulullah SAW bersabda, “Beda antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR Muslim 1096)
3. Mengajak Teman Makan Sahur dan Sahur dengan Kurma
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah sebisa mungkin mengajak teman makan sahur dan makan sahur dengan buah kurma. Makan sahur dengan kurma adalah makanan yang penuh dengan keberkahan.
‘Irbadh bin Sariyah berkata, “Aku diajak Rasulullah SAW untuk sahur di bulan Ramadhan. Beliau bersabda, “Mari nikmati makanan penuh berkah ini.” (HR Ahmad)
4. Mengurangi Tidur dan Banyak Beristighfar
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah mulai mengurangi waktu tidur dan memperbanyak istighfar. Tidak hanya mengurangi waktu tidur di malam hari, tetapi di siang harinya juga.
Hal ini ditegaskan Allah SWT dalam Al-Qur’an surat ad-Dzariyat:
“Mereka sedikit tidur di malam hari. Di waktu sahur mereka beristighfar.” (QS Ad Dzariyat 17-18)
5. Sholat Sunnah Fajar dan Sholat Sunnah Syuruq
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah menunaikan ibadah sholat sunnah fajar dan syuruq.
كان الرسول صلى سنة الصبح ركعتين خفيفتين في بيته ثم يصلي الصبح جماعة ، ثم يجلس في المسجد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، فينتظر قرابة الثلث ساعة أو يزيد ثم يصلي ركعتين
“Nabi Muhammad SAW biasanya sholat sunnah Subuh dua rakaat yang ringan (singkat) di rumahnya. Kemudian beliau sholat Subuh berjamaah di masjid.
Setelah itu duduk berdzikir sampai terbit matahari. Setelah menunggu sekitar sepertiga jam atau lebih sedikit beliau sholat dua rakaat (sholat sunat syuruq atau Dhuha).”
6. Menjaga Lidah
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah upayakan untuk selalu menjaga lidah dari menggunjing, bicara kotor, dan hal-hal buruk lainnya.
Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Allah Swt berfirman (hadits qudsi):
“Setiap amal anak cucu Adam adalah untuknya, kecuali puasa, itu untuk-Ku, dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai (benteng). Apabila kalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan bersuara keras (berteriak-teriak).
Kalau ada yang mengajak bertengkar atau berdebat maka katakanlah: “Aku sedang puasa.” (HR Bukhari 1904)
7. Berusaha Tetap Puasa Meski dalam Perjalanan
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah tetap berusaha menyelesaikan ibadah puasa yang sedang dijalani meskipun sedang dalam perjalanan jauh atau menempuh perjalanan jauh.
Dari Aisyah ra, Hamzah bin Amru al-Aslami bertanya pada Nabi SAW: “Apakah sebaiknya aku berpuasa dalam safar?” Hamzah adalah seorang yang hobi berpuasa. Nabi Saw menjawab: “Kalau mau silakan berpuasa, kalau mau silakan tidak berpuasa.” (HR Bukhari 1943)
8. Lebih Berfokus Mengkaji Al-Qur’an
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah bisa lebih fokus mengkaji atau mempelajari ayat suci Al-Qur’an. Bulan Ramadhan adalah ladangnya pahala.
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata, “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi ketika bertemu Jibril. Jibril bertemu dengan Nabi setiap malam Ramadhan untuk mengkaji/mengulang (mudarasah) Alquran. Sungguh Rasulullah SAW lebih pemurah daripada angin yang bertiup.” (HR Bukhari 6)
9. Memperbanyak Sedekah
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah memperbanyak sedekah, manusia sampai pada ajalnya selalu berada dibawah naungan sedekahnya.
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sampai diputuskan perkara manusia.”
Yazid berkata, “Abu al-Khair, tak pernah satu hari pun berlalu melainkan dia pasti bersedekah, walaupun hanya sepotong kue atau sebutir bawang dan semisalnya.” (HR Ahmad)
10. Memperbanyak Doa
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah memperbanyak doa karena doa seseorang yang berpuasa selalu diijabah oleh Allah SWT.
Dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW apabila mengerjakan sesuatu beliau konsisten (menetapinya). Apabila beliau tertidur di malam hari atau sakit beliau (menggantinya dengan) mengerjakan sholat sunnah dua belas rakaat di siang hari.” (HR Muslim 746)
12. Menyegerakan Berbuka
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah menyegerakan berbuka dan tidak menundanya terlalu lama, inilah yang selalu Rasulullah SAW lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
Dari Abu ‘Athiyyah, dia berkata: “Saya bersama Masruq datang menemui Sayyidah Aisyah. Kami berkata, “Wahai Ummul Mukminin, ada dua orang sahabat Nabi SAW yang pertama menyegerakan berbuka dan menyegerakan mengerjakan sholat.
Yang kedua menunda buka dan menunda sholat.” Aisyah ra bertanya: “Siapa yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sholat?” Kami menjawab: “Abdullah bin Mas’ud.” Ia berkata: “Demikian juga yang dilakukan Rasulullah SAW.” (HR Muslim)
13. Berbuka dengan Kurma
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah berbuka dengan kurma apabila memilikinya. Kurma dipilih karena di masa dan tempat Rasulullah SAW tinggal, buah kurma sangat melimpah ruah.
Dari Anas bin Malik ra, dia berkata: “Rasulullah SAW biasa berbuka dengan rutab (korma muda/basah) sebelum sholat Maghrib. Kalau tidak ada rutab maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering). Kalau tidak ada maka beliau berbuka dengan minum beberapa teguk air.”
14. Memberi Hidangan Berbuka pada Orang yang Puasa
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah memberi hindangan berbuka puasa pada mereka yang sedang menjalankan ibadah puasa.
Amalan yang demikian bisa membuat seseorang mendapat pahala sama orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.
“Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang membukakan (memberikan perbukaan) orang yang berpuasa maka dia akan mendapatkan pahala puasanya tanpa mengurangi pahala orang itu sedikitpun.” (HR Tirimidzi 807)
15. Qiyam Ramadhan
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah qiyamah Ramadhan.
“Sesungguhnya orang yang qiyam bersama imam sampai imam pulang maka itu ditulis seolah-olah qiyam semalam penuh.” (HR Tirmidzi)
Ini yang disabdakan Nabi SAW untuk umatnya. Adapun untuk beliau sendiri sebagai berikut:
كان إذا انتهى من الصلاة نام قبل أن يصلي الوتر، فتسأله عائشة رضي الله عنها : يا رسول الله أتنام قبل أن توتر؟ قال: يا عائشة إن عيني تنامان ولا ينام قلبي
Nabi SAW kalau selesai sholat tarawih beliau tidur sebelum sholat witir. Aisyah bertanya: “Ya Rasulullah, engkau tidur sebelum mengerjakan witir?” Beliau menjawab, “Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur, tapi hatiku tak pernah tidur.”
16. Memperbanyak Ibadah di Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah berupaya memperbanyak ibadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Pada saat seperti ini, Rasulullah SAW akan selalu membangunkan keluarganya.
Aisyah juga berkata, “Ketika masuk sepuluh terakir, Nabi SAW mengencangkan sarungnya, menghidupkan seluruh malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 2024)
17. Itikaf di Sepuluh Hari Terakhir
Amalan sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah melakukan itikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Tujuannya adalah menemukan atau bertemu dengan Lailatul Qadar.
“Sesungguhnya aku itikaf di sepuluh pertama Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadar. Setelah itu aku juga itikaf di sepuluh kedua (pertengahan). Kemudian aku diberi tahu bahwa Lailatul Qadar itu di sepuluh terakhir. Maka siapa yang ingin itikaf maka lakukanlah.” Akhirnya banyak orang yang itikaf bersama Nabi SAW.” (HR Muslim 1167).
Tak sangka kuasa media sosial membantu seorang pelajar membayat wang pendaftaran bagi melanjutkan pelajar menara gading lantaran keluarganya menghadapi masalah kewangan.
Menurut Berita Harian, seorang pesara kerajaan, M. Chinnakaruppan, 67, baru-baru ini tular selepas luahannya di aplikasi WhatsApp mengenai kekurangan wang pendaftaran anak perempuannya meraih simpati dan perhatian orang ramai. Chinnakaruppan berkongsi kisah anaknya, Kalaimagal, 20, yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun terkendala kerana kekurangan wang.
Kalaimagal, yang teruja untuk memulakan pengajian, menghadapi masalah kerana keluarga mereka tidak mempunyai wang mencukupi sebanyak RM3,000 bagi menampung kos pendaftaran. Keadaan ini mendorong Chinnakaruppan untuk mencari jalan dengan memohon bantuan melalui kumpulan WhatsApp penduduk kampung.
“Tangkap layar hantaran saya dalam kumpulan WhatsApp pada 21 September lalu mula tular dan mendapat perhatian ramai,” kata Chinnakaruppan. Tidak disangka, dalam masa hanya dua jam, orang ramai mulai menghulurkan bantuan. Pelbagai pihak tampil memberi sumbangan, dan hasil kutipan berjaya mencapai jumlah RM3,000 yang diperlukan untuk membolehkan anaknya mendaftar di universiti.
Menurut Chinnakaruppan, dia amat terharu dan bersyukur dengan sokongan masyarakat yang tidak hanya menghulurkan bantuan kewangan, tetapi juga memberikan semangat kepada keluarganya. “Saya tidak tahu bagaimana mahu membalas budi baik semua orang yang membantu kami. Ini adalah satu rahmat buat keluarga saya, dan saya berharap anak saya dapat membalas jasa mereka dengan kejayaan dalam pelajaran,” tambahnya lagi.
Kisah ini bukan sahaja membuktikan betapa kuatnya semangat masyarakat untuk saling membantu, tetapi juga bagaimana teknologi seperti WhatsApp boleh menjadi medium untuk menyampaikan mesej penting dan menggerakkan bantuan dalam masa yang singkat. Kalaimagal kini berpeluang meneruskan impiannya untuk menuntut ilmu, dan keluarganya tidak sabar melihat masa depan cerah yang menanti.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.