Rata-rata ibu bapa sering ‘mengumpan’ anak kecil mereka menggunakan baby walker. Ada mengatakan ia untuk mententeramkan si anak yang sedang meragam, selain kononnya alat itu mampu membantu mempercepatkan proses bayi untuk berjalan. Mitos atau fakta? Jom ikuti perkongsian ini.

“Kenapa Nak Anak Cepat Berjalan? Nak Masuk Lumba Lari Ke?” Alasan Letak Anak Dalam Baby Walker Bahayakan Nyawa Anak

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera…

Kalini saya nak berkongsi tentang keburukan penggunaan walker. Bagi taska atau baby sitter yang berdaftar kita sedia maklum bahaya dan keburukan penggunaan baby walker yang mitosnya dipercayai membantu anak cepat berjalan..betul ke?

Tak betul!

Jom saya ceritakan fakta, boleh share untuk maklumat bersama. Ia ‘against’ sosiologi anak, sepatutnya bermula dengan rolling, angkat punggung, dudu, merangkak then berjalan. Tapi kita p taruk dalam walker untuk CEPAT berjalan..kenapa nak cepat? Nak masuk lumba lari di usia 2 tahun ke?

Tanpa kita sedar, bila anak duduk dalam walker ia meletakkan support di punggung sepenuhnya padahal belum tiba masa tulang punggung mampu support ‘the whole body’ lagi. Tapi kita nak juga sebab nak anak CEPAT.

Contoh kita bina rumah letak simen dan buat tiang tapi belum kering kita dah letak macam dekat atas. Structure simen akan jadi tak cantik mungkin akan senget mungkin akan jatuh..ada faham?

IKLAN

Penggunaan walker hilang support dibawah sebab dia duduk so lutut dan ke bawah tak bekerja keras

Risiko kecederaan, jatuh tangga atau step walaupun 1 tapak dapur mungkin rendah sikit dari ruang tamu sedangkan anak yang dh besar kita larang main roller skates dalam rumah, bahaya! Nak main skate di tempat lapang dah kenapa walker boleh pulak ia pon beroda hmmm

Risiko kecederaan 

IKLAN
  • Capai benda tinggi macam api, kipas, tersepit pintu. Capai macam yang sengaja diletakkan tinggi untuk keselamatan.
  • Risiko kemalangan, walker 3 kali ganda laju 3ft dalam 1saat. Sangat laju untuk usia baby, kalau jatuh pulak risiko baby shaken nauzubillah
  • Mengikut statistik, majority accident terjadi semasa pantauan depan mata tak apa. Saya pantau anak saya semasa dia guna walker, adoi sukahati lah kita nasihat je
  • Melambatkan Perkembangan motor seterusnya efek pada mental. Setiap kanak-kanak perlu distimulasi kesemua deria sensory bagi memastikan tiada lompongan. Tahukah anda salah satu terapi speech delay adalah merangkak. Merangkak ok bukan me walker.
  • kemahiran terbantut dengan adanya kekangan walker sensory terganggu, mata tidak dapat melihat pergerakan kaki, sentuhan diminimumkan kerana ia sepatutnya secara optimum.

Tekanan tulang kerana berdiri tanpa support yang sepatutnya pokok yang belum sedia berbuah tetap tidak akan berbuah ada faham?

Jadi kenapa kita masih lagi degil gigih membeli walker meletakkan anak di dalamnya sedangkan betapa banyak keburukan walker.

Alasan favorite yang saya personally dapat:

Untuk keselamatan sebab tak nak anak dipijak..wah…Adakah rumah ramainya orang seperti shopping mall?

IKLAN

Takut anak mengutip barang-barang bersepah atas lantai. Jadi sepatutnya anda membeli penyapu, mop dan vacuum..bersihkan rumah..bukan bagi walker!

Mudah untuk saya membuat kerja, nak masak, sidai baju, cuci baju sebab itulah kita adalah ibu bapa. Kena pandai bahagikan masa jika anak mengejar kita. Maksudnya kita belum cukup luangkan masa dengan anak.

Anak pakai walker dirumah bs. Rumah saya tak. Seharusnya ibu bapa mencari penjaga/bs yang faham tentang perkembangan awal kanak-kanak. Jika bs menggunakan walker…sila halang..Dan jika tidak boleh..pilih bs yang mempunyai pengetahuan awal kanak-kanak.

Nasihat ini dibawakan secara santai dalam bahasa mudah untuk lebih senang difahami..
Tepuk dada tanya selera…pilihan ditangan anda..kerana saya juga ibu kepada anak kecil dan saya memilih untuk tidak mengetepikan fakta Dan guide dari pendidikan awal kanak-kanak kerana anak adalah amanah.

Kredit: Teacher Ina, Pengerusi Koppakks

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI