Buat ibu-ibu yang sedang hamil terutamanya di peringkat awal kehamilan, pernah tak jururawat atau doktor minta anda minum banyak air sebelum menjalani imbasan (scan)?
Rupa-rupanya ada sebab penting kenapa pundi kencing perlu penuh sebelum prosedur ini dilakukan, terutamanya jika usia kandungan diperingkat awal.
Menurut perkongsian Puan Suraya SK, Pakar Sonografi dari Klinik Myfamily menerusi video pendek Pa&Ma, ibu hamil yang menjalani imbasan pada usia kandungan bawah 10 minggu perlu memastikan pundi kencing mereka penuh.
“Yang ni ibu kena faham kenapa punci kencing perlu penuh sebelum melakukan imbasan. Sebab utamanya baby dalam perut masih kecil.
Ads
“Jadi punci kencing perlu penuh supaya sound boleh lalu air kencing dan barulah nampak bayi dalam uterus tapi kalua bayi dah besar sekitar 10 minggu ke atas tak perlu pun punci kencing penuh. Sebab bayi dah besar dan dah boleh nampak.
Ini pastinya disebabkan oleh saiz janin yang kecil dan besar.
✅ Saiz janin yang masih sangat kecil – Bayi pada usia 6 minggu hanya berukuran sekitar 1 hingga 2 sentimeter sahaja. Jika pundi kencing kosong, gelombang bunyi (ultrasound) sukar menembusi bahagian rahim dengan jelas.
Ads
✅ Air kencing bertindak sebagai ‘tingkap’ – Dengan pundi kencing penuh, ia memberikan ‘laluan air’ untuk gelombang bunyi menembusi rahim dan memudahkan doktor melihat kedudukan janin serta kantung kehamilan.
Situasi imbasan tanpa penuhkan punci kencing
Ads
Namun, selepas usia kandungan melepasi 10 minggu, ibu-ibu tidak perlu lagi penuhkan pundi kencing sebelum imbasan kerana:
🔸 Saiz janin sudah cukup besar untuk kelihatan jelas tanpa bantuan air kencing.
🔸 Imej yang dihasilkan sudah boleh ditangkap dengan mudah menggunakan alat imbasan biasa.
Selain itu, jika imbasan dilakukan secara dalaman (transvaginal scan), ibu juga tidak perlu penuhkan pundi kencing kerana alat tersebut terus menghampiri rahim tanpa halangan.
Ilmu ini sangat berguna untuk ibu-ibu hamil agar tidak terkejut atau tertanya-tanya kenapa perlu menahan kencing sebelum scan. Mengetahui fungsi dan keperluan sebenar akan membantu ibu lebih bersedia dan memahami proses pemeriksaan kandungan dengan lebih baik. Jadi, lepas ni jangan lupa minum air lebih awal ya kalau nak buat scan sebelum 10 minggu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap perkahwinan yang dibina akan lebih lengkap dengan kehadiran cahaya mata. Itulah dambaan setiap pasangan yang berkahwin. Namun ketentuan Ilahi itu adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya, paling penting tidak pernah putus asa dan berusaha disamping doa yang tak pernah putus untukNYA.
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin dalam satu posting di akaun Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi satu doa yang menjadi amalan dia dan suami dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Menurut Elizad doa yang satu ini menjadi amalan buat dirinya dan suami tercinta selain doa-doa lain yang turut menjadi amalan mereka berdua. Itu merupakan salah satu antara usahanya dalam mendapatkan cahaya mata.
Perkongsian itu juga dibuat sempena hari Nisfu Syaa’ban baru-baru ini yang mana antara kelebihan pada malam tersebut adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
“ Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa “ .
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan“ .
Sebelum ini Elizad pernah berkongsi cerita mengenai dirinya yang sukar untuk mendapatkan zuriat. Malah dia juga ada memaklumkan bahawa dirinya menjalani proses rawatan kesuburan IVF pada Februari yang lalu.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Didoakan semoga doa-doa Elizad dan suami diangkat dan dimakbulkan Allah tak lama lagi. Dan semoga pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang comel-comel kelak, Amin!
Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.