Kepal-Kepal Jadikan Bebola Nasi Carbonara, Anak Tolak Nasi Boleh Makan Bertambah, Awesome!

Share

Anak tidak mahu makan nasi sememangnya buat ibu mula rasa rungsing. Selain menyediakan pilihan seperti roti atau aneka pasta dan mi, menyediakan menu kreatif sambil menyorokkan nasi atau sumber karbohidrat lain di dalam makanan anak patut mama cuba. Dengan cara sebegini barulah anak makan nasi tanpa disedari.

Bebola Nasi Carbonara, ilham menu kreatif daripada Resipi Rarra Sakura ini mama boleh cuba dihujung minggu ini. Kepalkan sahaja dan biar anak makan sendiri. Pasti anak makan bertambah. Jom ikuti langkahnya.

Bebola Nasi Carbonara nama diberi. Hi mommies..tengah kejar-kejar anak bagi makan ke?. Anak tolak nasi? Jangan susah hati, resipi sedap ni sure anak nak makan nasi. Kiranya penipuan menjadi dengan jaya la tu.

Bahan A:
1 mangkuk nasi
1 biji telur

Bahan B:
Bawang holland – cincang
Bawang putih – cincang
Cendawan, bayam, carrot, celery, capsicum – cincang
Isi ayam- cincang
3 sb paste carbonara preego
Serbuk lada hitam
Serbuk ayam homemade

Ok semua ni. Tumis bahan b dengan sedikit minyak zaitun sampai layu, masukkan isi ayam, masukkan sayur-sayuran. Tambah serbuk ayam homemade dan serbuk lada hitam.

Masukkan juga paste carbonara tadi. Masa ni bau dia sedap betul. Tak perlu masak sangat. Boleh tutup api.

Amik bahan A iaitu nasi ditambah dengan sebiji telur, digaul-gaulkan sebati.

Masukkan pula bahan yang dimasak. Gaul sekali. Kemudian kepal bulat-bulat atau apa-apa bentuk yang disukai.

Sejukkan sekejap dalam fridge, boleh terus goreng sampai kekuningan. Sekiranya nak simpan lama sikit, mungkin dalam 2 atau 3 hari, kukus dulu bebola baru simpan dalam peti beku. Nak goreng defrost je. Selamat mencuba.

IKLAN