“Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” Jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini.

Pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempat bekerja beliau di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Shah Alam adalah perkara yang cukup luar biasa bagi Nor Syuhadah.

“Kepala Dah Nak Keluar Ni!” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Bersalin Di Balai Bomba 

Jadi ‘bidan terjun’

Nor Syuhadah yang memang tiada pengalaman dalam urusan kelahiran bayi, malah belum mendirikan rumah tangga berkata, beliau terpanggil untuk memberikan bantuan kepada Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29, yang membatalkan hasrat ke Hospital Shah Alam bersama suami, sebaliknya mencari pertolongan terdekat di BBP Kota Anggerik kerana air ketuban sudah pecah.

“Berbekalkan sarung tangan perubatan, saya bertawakal kepada Allah dengan niat hendak menolong wanita itu yang berada dalam kesakitan kerana bayi sudah hendak keluar ketika itu.

IKLAN

“Saya berdebar, baca doa banyak-banyak dan kemudiannya bayi itu keluar, menangis. Saya terbalikkan bayi itu dan mengusapnya, memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, dan kemudiannya ambulans tiba,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ibu, bayi kedua-duanya stabil

IKLAN

Nor Syuhadah berkata, sebagai anggota bomba, walaupun latihan hanya tertumpu kepada kebakaran, naluri kemanusiaan mendorong beliau untuk menolong wanita itu, dan beliau gembira apabila kedua-dua ibu dan bayi perempuannya selamat.

“Kepala Dah Nak Keluar Ni!” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Bersalin Di Balai Bomba 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan berkata, Nyak Siti Nurleena serta suami yang dalam perjalanan ke hospital itu memohon bantuan di BBP Kota Anggerik sekitar jam 7 malam, dan pada masa yang sama anggota bomba telah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bantuan.

IKLAN

“Pada 8.28 malam seorang bayi perempuan, yang juga anak kelima Nyak Siti Nurleena serta suami selamat dilahirkan, disambut oleh anggota bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Kredit: Bernama via Harian Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI