Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi. Mohamed Danish Hakim atau mesra dipanggil Abang Danish telah menyambung pelajaran dalam hafazan di Turki.
Ibu bapa mana yang tidak gembira menunggu kepulangan anak mereka. Tambah sebak apabila abang Danish cuma makan cherry pada hari raya. Norman siap tapaukan ketupat, lemang, kuah kacang segala bagai untuk abang Danish.
Norman juga sanggup memakai baju melayu dan sampin ke KLIA untuk bagi abang Danish merasai suasana hari raya yang mungkin berbeza di Turki. Memang betul-betul ayah yang penyayang la Norman ni. Ikuti perkongsian di Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza;
Seronok Norman nak sambut anaknya di KLIA, siap pakai baju melayu lagi
Begitu rindu ayah terhadap seorang anak. Norman kelihatan menangis menyambut anaknya. Norman juga menyuap anaknya makanan raya, mungkin cara Norman untuk melepaskan rindu.
Ads
Netizen meluahkan perasaan sebak, terharu dengan layanan yang diberikan Norman terhadap anaknya. Keluarga yang sangat bahagia.
Tanpa sedar air mata mengalir
Indahnya kasih sayang dalam keluarga ni
Ads
Terharu
Namun begitu, kelibat Memey Suhaiza tidak kelihatan semasa mereka menjemput abang Danish di KLIA Rupe-rupanya Memey Suhaiza sarat dan menunggu masa sahaja untuk melahirkan cahaya mata baru.
“Mummy tak dapat ikut, kita jumpa kat rumah ye abang. Adik-adik pun tak sabar ni”. Nampaknya baby baru pun tunggu abang Danish balik ke Malaysia dulu baru nak keluar dari perut mummy nya.
Pastinya ibu yang sedang hamil dan menunggu hari bersalin bersyukur, kerajaan telah membenarkan suami atau waris terdekat menemani ketika proses kelahiran.
Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini kerana memahami ramai ibu yang bakal bersalin memerlukan sokongan dan kes Covid-19 dalam negara sekarang dilihat terkawal.
KEMUDAHAN SUAMI ATAU WARIS KELUARGA TERDEKAT MENEMANI ISTERI SEMASA PROSES KELAHIRAN DI WAD BERSALIN HOSPITAL KKM
Untuk makluman, semua hospital KKM merupakan Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital). Melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat untuk menemani isteri semasa proses kelahiran.
Ini adalah kerana proses kelahiran memerlukan sokongan yang kuat dari aspek emosi dan fizikal. Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.
Semasa peningkatan jangkitan COVID-19, pihak hospital berusaha untuk mengurangkan kesesakan di premis-premis kesihatan KKM. Salah satu daripada langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan suami masuk ke bilik bersalin. Tujuan utama adalah bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kumpulan ibu hamil dan kanak-kanak.
Berkuatkuasa 4 Oktober
Berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 dalam negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, sukacita dimaklumkan berkuatkuasa 4 Oktober 2021, KKM membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu;
(i) Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap COVID-19 iaitu; • 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca; atau • 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson. (ii) Suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag; ATAU (iii) Suami atau ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.
Selain itu, para suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani para ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil ini. Ini kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.
KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini.
Surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif ini telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober 2021. Ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas genap tujuh hari anak Adam Corrie Lee lahir, hari ini dia mengumumkan nama anak pertamanya. Kelahiran pertama yang amat dinantikan setelah 10 tahun menunggu cahaya mata. Anak ini menjadi penyeri hidup mereka.
Sebelum ini isteri Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad pernah hamil tetapi mengalami keguguran sebanyak empat kali. Kali ini rezeki menyebelahi mereka setelah isterinya mengamalkan tip dengan membaca beberapa surah sebagai amalan. Dia turut berkongsi kegembiraan ini di instagramnya, Adam Corrie lee;
Melalui perkongsianya juga, Adam Corrie turut berkongsi wajah anaknya buat kali pertama selepas tujuh hari. Katanya lagi, setelah tujuh hari bayi lahir disunatkan memberitahu nama bayi dan bercukur.
Baby Lee juga menerima kunjungan daripada ustaz-ustaz yang hebat-hebat. Antaranya ustaz Syed Kadir sekaligus tahnik. Beruntung baby Lee menerima doa dari orang-orang alim. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat menyambung perjuangan dakwah mereka.
Rata-rata netizen memuji wajah dan baby Lee. Indah betul nama Fateh sesuai dengan namanya. Ada juga yang turut mengucapkan tahniah dan syukur atas kelahiran baby Lee.
Selepas kepulangannya ke tanah air sebelum ini dibatalkan pada saat akhir, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kali ini dijadual tiba ke Malaysia pada minggu ini.
Perkara itu disahkan ibu saudara bayi berkenaan, Anis Syakirah Ahmad Razak, 19, ketika ditemui NSTP di rumah keluarganya di Ayer Molek, Melaka.
“Ya, Ainul Mardhiah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7 pagi pada minggu ini.
“Maaflah kami tidak dapat berkongsi tarikh lebih tepat untuk kebaikan dan keselamatan Ainul Mardhiah dan berharap rakyat memahaminya,” katanya ketika diminta mengulas status dimuat naik ibu bayi berkenaan, Nurul Erwani Zaidi, beberapa hari lalu, yang memaklumkan kepulangan Ainul Mardhiah dalam waktu terdekat.
Pada 9 Julai lalu, media melaporkan penerbangan pulang Ainul Mardhiah dari United Kingdom (UK) yang sepatutnya dijadual tiba di negara ini petang itu terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
Mengulas lanjut, Anis Syakirah berkata, dia dan keluarga akan bertolak sehari lebih awal dari Melaka dan bermalam di rumah saudara di Selangor sebelum bertolak ke KLIA keesokan paginya untuk melihat Ainul Mardhiah dari jauh.
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kali ini dijadual tiba ke Malaysia pada minggu ini.
“Saya difahamkan, sebaik tiba jam 7 pagi, Ainul Mardhiah akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.
“Kami harap masyarakat dapat mendoakan keselamatannya dan semua berjalan lancar sehingga Ainul Mardhiah betul-betul sihat,” katanya.
Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.
Kesihatannya terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.
Sumber: Berita Harian & Foto: Ig Nurul Erwani Zaidi & Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...