“Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu kerap demam dan menangis. Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.” Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida, 31, isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu.

Menurut Nor Shahida, anak-anak masih belum faham yang ayahnya dah pergi buat selamanya. Lagi sedih, anak sulung selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya,” katanya.

“Rindu Ayah, Anak Kerap Demam & Nangis.” Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

BACA [Perjalanan Akhir Suami, Tertimbus Tanah Runtuh. Tinggalkan 2 Anak, Isteri Trauma]

Kongsi Nor Shahida lagi, selepas pemergian suami, dia berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.

“Sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.

“Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.

“Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.

IKLAN

“Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak,” katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali.

Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.

BACA [“Sebelum Keluar Arwah Cium Anak-Anak, Pernah Beritahu Nak Cari Kerja Lain.”]

“Rindu Ayah, Anak Kerap Demam & Nangis.” Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.

IKLAN

“Insya-ALLAH duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak,” katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.

“Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil,” katanya.

Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.

Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.

IKLAN

Kredit: Sinar Harian

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

“Rindu Ayah, Anak Kerap Demam & Nangis.” Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI