Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya, lebih bermakna.
Kalau ikut rekod, keputusan SPM beliau cuma 2A. Tak layak pun masuk universiti awam waktu tu. Tapi anak muda ini tidak berhenti di situ. Dia tak biarkan angka kecil dalam slip peperiksaan menentukan siapa dirinya.
Dari aliran sastera ke kejuruteraan berteknologi tinggi
Zul Hakim adalah pelajar aliran sastera, bukan STEM, bukan juga teknikal. Tapi pada tahun 2018, dia nekad keluar dari zon selesa dan menyambung pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Teknologi Mekatronik di German-Malaysian Institute (GMI) satu bidang yang memang asing dari latar belakang asalnya.
Nak survive dalam bidang ni bukan senang, apatah lagi datang dari bukan aliran sains. Tapi Zul tak cari alasan. Dia kerja keras, ulang kaji sampai lewat malam, hadap silibus teknikal yang berat, dan akhirnya berjaya tamatkan diploma dengan keputusan cemerlang pada 2021.
Tawaran ke Amerika, Peluang yang tak disia-siakan
Ads
Kejayaan di GMI membuka pintu besar untuknya tajaan pengajian ke luar negara daripada MARA. Zul pilih Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat, salah satu universiti kejuruteraan terbaik di dunia.
Di sana, Zul bukan sekadar pelajar biasa. Dia bukan saja menggenggam dua ijazah serentak dalam bidang:
Mechatronics Engineering Technology, dan Automation & Systems Integration Engineering Technology, malah berjaya habiskan pengajian lebih awal dari tarikh asal yang dijadualkan (Fall 2025) kepada Spring 2025. Lebih padat, lebih cepat, dan tetap cemerlang.
Projek hebat dan pengiktirafan antarabangsa
Zul aktif dengan pelbagai projek teknologi termasuk pembangunan prototaip exoskeleton pintar dengan sensor untuk aplikasi industri dan pendidikan.
Ads
Dia turut dilantik sebagai Teaching Assistant bagi kursus Lean Six Sigma satu pengiktirafan yang biasanya hanya diberikan kepada pelajar luar biasa. Di Tech Expo Purdue pula, dia mewakili kumpulan untuk bentangkan hasil projek kepada pihak industri dan akademik.
Sebagai kemuncak, beliau dianugerahkan Golden Honor Cord, simbol tertinggi kecemerlangan akademik di Purdue.
Dari kegagalan ke kebanggaan negara
Apa yang Zul Hakim capai ini bukan sekadar kejayaan individu, tapi kisah penuh pengajaran. Bahawa kita semua boleh berubah dari titik rendah ke kemuncak asalkan ada tekad, kerja keras dan percaya pada diri sendiri.
Ads
Beliau tidak bermula dengan kelebihan, tapi beliau bermula dengan keberanian. Dan hari ini, dia berdiri sebagai inspirasi buat ribuan anak muda Malaysia yang rasa keputusan SPM mereka “tak cukup bagus”. Kerana realitinya keputusan kita hari ini tak pernah menentukan siapa kita akan jadi esok.
Anak gajah jantan berusia lima tahun yang dilaporkan maut tu dikatakan sempat bermain riang dengan ibunya tak lama sebelum kejadian. Lokasi tragedi berlaku di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.
Menerusi satu video tular yang dimuat naik oleh @_zaquan_, didakwa kelihatan anak gajah itu sempat dirakam bermain di tepi jalan bersama ibunya.
Ketika itu, beberapa kenderaan termasuk milik perakam berhenti beri laluan untuk dua beranak gajah tu melintas.
Sambil lalu perlahan, kamera sempat merakam gelagat si kecil yang bermain-main di celah daun dan pokok namun tidak disangka, itulah momen terakhir dia kelihatan hidup.
“Ni anak gajah yang kena langgar semalam, masa lalu dia main tepi jalan je dengan mak dia,” tulis pengguna tersebut di kapsyen.
Video tu kini meraih lebih 1.3 juta tontonan, 72,800 tanda suka, dan 10,200 perkongsian
Ramai yang sebak tengok momen tu daripada comel dan riang, bertukar tragedi yang menyayat hati.
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluah rasa sebak melihat momen terakhir itu.
“Sunyi Ibu Malam Ni…”
“Sunyi dah ibu dia mlm ni. setiap mlm ditemani ank dia.” “Dia tak tau tulah moment terakhir bersama ibunya” “semoga baby gajah tuu bahagia kat sana”
Untuk info, video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu memaparkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam yang dipercayai melanggar mati anak gajah jantan hingga terperosok di bawah kenderaan berat tersebut di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.
Tidak dinafikan bila dapat baby memang tak cukup rehat. Biasalah bayi baru lahir ni ada saja keperluannya yang harus dipenuhi, kalau tidak mahu meragam sepanjang malam. Ada juga sesetengah bayi yang lebih suka tidur pada waktu siang dan berjaga ketika malam.
Keadaan inilah yang membuatkan ibu ayah mungkin tak cukup rehat. Bila dah keletihan, dapat tidur barulah lega sikit. Untuk sesetengah orang, mungkin kerana terlalu letih bila tidur tu akan berdengkur.
Seperti yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @qwertyui0p, apabila melihat riak wajah seorang bayi yang mendengar dengkuran si ayah yang tidur di sebelah.
Menerusi video tersebut, sempat juga si ibu berseloroh meletakkan kapsyen “Esok aku dahla nak kerja shift pagi.”
Bunyi dengkuran yang kuat membuatkan bayi itu agak sukar tidur dan nampak macam tak ‘puas hati’ dengan ayahnya. Gelagat bayi ini membuatkan wargamaya terhibur.
Melihatkan wajah anaknya itu, si ibu pun ketawa. Akhirnya selepas didodoi beberapa kali, bayi tersebut akhirnya terlena. Mungkin ayah bayi ni terlalu letih agaknya, dengan kerja dan sebagainya sampai berdengkur waktu tidur. Lama-lama mesti dia pun dah biasa bila selalu tidur dengan ayahnya tapi memang comel muka awak dik, sampai berkerut-kerut!
Seronoknya kalau ada hubungan baik dengan jiran. Kita boleh duduk bersembang dan bertukar-tukar juadah. Rasa syok kalau dapat jiran yang sekepala dan sentiasa berbaik dengan kita.
Seperti mana kita mengharapkan jiran yang baik, kita juga perlulah bertoleransi dan sentiasa menjaga hati mereka. Bila saling memahami dan menjaga antara satu sama lain, barulah kehidupan berjiran terasa harmoni.
Melalui perkongsian di akaun TikTok eynabihah, dia berkongsi gelagat anaknya yang begitu seronok menerima kek dari jiran mereka. Di dalam video tersebut, dia menegur anaknya yang memegang sebuah plastik berisi kek pemberian jirannya.
Selepas disoal siasat oleh ibunya, kanak-kanak lelaki itu terus keluar rumah dan memanggil jiran yang dikenali sebagai ‘Uncle’ itu. Tak lama selepas itu, ‘Uncle’ datang sambil membawa lolipop untuk diberikan kepadanya.
Alahai, memang comel sungguh adik ni. Beruntung mereka mempunyai jiran yang baik. Biarpun berlainan bangsa, tetapi hubungan keluarga mereka sangat baik anatara satu sama lain.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...