Aktres kecil molek, Nad Zainal mengakui emosinya hancur berderai apabila melihat anak, Fahad Ibrahim atau Yem rindu dan diserang asma semasa dia dan suaminya ke Jepun.
Perkara ini dinyatakan Nad di Instagramnya. Kata Nad, Yem selalunya tidak jika dia dan suaminya tiada. Tapi rupanya si kecil itu menanggung rindu yang memegang baju miliknya dan menyebut Mummy.
Nad juga menyatakan asma Yem semakin baik. Dia bergegas pulang dari Jepun dan terus membawa Yem ke hospital. Anaknya itu kemudian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut asma.
Tiada siapa pun yang minta ikatan perkahwinan yang dibina terlerai kasih sayangnya. Lagi sedih bila pasangan meninggalkan diri dan anak-anak tanpa khabar berita. Mungkin orang sekeliling akan bagi tanggapan negatif, namun hanya yang melalui saja akan faham.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Siti Aishah Ishak, apabila perkahwinannya hanya bertahan selama tiga tahun dan ketika itu ditinggalkan semasa sedang mengandungkan anak kedua.
Berkahwin seawal umur 14 tahun
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Siti Aishah yang kini berusia 23 tahun mengakui dia telah berkahwin seawal umur 14 tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak pertamanya adalah lelaki dan dilahirkan pada usia 15 tahun.
Selepas dua tahun melahirkan anak pertama, dia disahkan mengandung anak kedua dan kali ini seorang bayi perempuan.
Malangnya hasrat untuk mengecapi bahagia bersama suami dan anak-anak tak kesampaian apabila pada usia kandungan tujuh bulan, Aishah telah ditinggalkan oleh suaminya dan membiarkan dia keseorangan membanting tulang demi membesarkan anak-anak.
Sehingga kini, kedua-dua anaknya berusia lapan dan enam tahun itu masih belum bertemu bapa mereka yang ‘hilang’ tanpa memunculkan semula dirinya.
Kongsi Aishah lagi, paling sedih, anak keduanya langsung tak mengenali ayahnya kerana sejak lahir tak pernah jumpa sampailah sekarang. Namun anak sulung itu sempatlah merasa kasih ayah buat seketika dan selepas itu tak pernah jumpa.
Aishah akui, kini anak-anaklah penguat semangatnya untuk meneruskan hidup dan mencari rezeki. Walau apa pun terjadi, mereka adalah harta dunia akhirat yang sangat berharga.
Anak-anak sumber kekuatan untuk terus bangkit pada hari ini. Apa yang berlaku itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menjadi ibu terbaik buat permata hatinya.
Walaupun bukan untuk meraih simpati, perkongsian Siti Aishah itu mendapat respon positif dari netizen yang kagum dengannya. Di usianya yang muda, ternyata dia mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya.
Kecekalan dan ketabahannya mengharungi kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal benar-benar membuktikan wanita tetap boleh berdikari dan menjadi pelindung buat anaknya. Semoga urusan mereka ini dipermudahkan oleh Allah sepanjang masa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati setiap kali melihat keadaan anak lelakinya berstatus autisme pulang dari pusat terapi di Skudai di sini ternyata berasas selepas mengetahui anak istimewanya itu menjadi mangsa dera.
Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, berkata, dia pada mulanya tidak mengesyaki perkara tersebut kerana sudah lama menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6, yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.
Dia yang tinggal di Pulai Sri Perdana berkata, apabila kesan lebam dan cedera semakin ketara sejak awal tahun ini, keluarganya mula merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Abrisam.
“Apabila bertanya mengapa ada kesan seperti itu, guru di sana memberitahu disebabkan aktiviti di pusat berkenaan. Mulanya saya percaya tapi apabila bermula Januari tahun ini, kesan kecederaan sudah mula teruk sehingga nampak kesan penampar di pipi kiri kanan muka.
“Masa tu kami sudah mula syak Abrisam didera sebab jelas nampak kesan tapak tangan dan penjelasan yang diberikan kesemuanya tidak masuk akal. Ahli terapi berkenan cakap muka Abrisam kena palang ‘monkey bar’ tetapi kesan cedera tidak seperti kena besi.
“Masa itu saya sudah tidak sedap hati. Kami tanya hampir semua ahli terapi di situ tetapi semua beri penjelasan yang kononnya anak saya tidak mahu bergerak dari palang besi itu. Hati saya berat sangat hendak terima alasan mereka”, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Setiap kali berlaku kecederaan terhadap anaknya, ibu kepada dua anak itu akan meminta penjelasan, namun pada 7 Julai lalu terdapat lebam dan kecederaan baharu pada tubuh Abrisam sekali gus membuatkannya hilang sabar.
Dia dan suami kemudian membawa anaknya itu ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini pada keesokkan hari sebelum doktor sahkan kecederaan Abrisam serius akibat dera dan bukan kerana aktiviti seperti dimaklumkan.
“Selepas itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai pada hari sama. Saya bawa kes anak ini mengikut prosedur. Polis minta kami bawa anak dan rujuk ke pakar kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 24 Julai lalu.
“Laporan perubatan juga sudah keluar, anak saya disahkan didera (Alleged Physical Abuse by Therapy),” katanya dan melahirkan rasa kecewa dengan pusat terapi berbayar itu.
Nik Huzaiwati berkata, anaknya kelihatan sangat takut selepas tamat kelas terapi pada 7 Julai lalu dan kini mengalami trauma, hampir setiap malam akan berjaga dari jam 1 pagi hingga 4.30 pagi.
“Keadaan Abrisam sangat resah. Kadang dia monyok, dia sedih, apabila saya pujuk, barulah dia tidur. Tapi Abrisam ini bukan budak autisme yang jenis menangis kuat-kuat. Abrisam lebih kepada simpan kesedihan dalam diri, nanti ada masa tiba-tiba air mata bergenang.
“Anak ini anak istimewa. Walaupun dia tidak beritahu dia sakit tapi dia ada perasaan,” katanya yang sudah bertemu dengan Ketua Ahli Terapi dan pihak pengurusan pusat terapi terbabit.
Jelas Nik Huzaiwati, Ketua Ahli Terapi mengatakan peralatan yang digunakan memang tidak akan membahayakan kanak-kanak.
“Mereka juga mengakui kaedah dan cara kerja yang dibuat ahli terapi salah. Mereka melihat kecederaan pada Abrisam, besi tidak akan hasilkan kecederaan seperti kesan penampar pada wajah anak,” katanya.
Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuannya berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai, Johor pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, keberadaan dua kanak-kanak tempatan itu yang dikesan berkeliaran pada jam 11.50 malam hasil aduan orang awam sebelum polis bergegas ke lokasi berkenaan.
“Bagaimanapun hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan, kami dapati tiada sebarang kecederaan yang disyaki akibat didera atau trauma terhadap kanak-kanak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Tak sedar anak keluar
Beliau berkata, susulan kejadian itu pihaknya bertindak mengesan ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit sebelum didatangi seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, 30 minit kemudian yang mengaku dia adalah bapa kandung mangsa.
Katanya, hasil dokumentasi mendapati lelaki itu merupakan bapa dan penjaga yang sah serta mengakui telah cuai dalam menjaga kedua-dua anaknya itu kerana tertidur berikutan isterinya yang berusia 18 tahun bekerja syif malam.
Berjalan dua beradik dalam jarak 100 meter
Beng Yeow berkata, kanak-kanak terbabit didapati keluar kira-kira 50 hingga 100 meter dari rumah mereka.
Menurutnya, polis telah memberikan amaran keras kepada bapa kandung dua kanak-kanak itu dan mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dengan segera.
Sebelum itu, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan dua kanak-kanak terbabit ditemukan pihak polis dan orang awam di tepi jalan. – Bernama
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.