Pelakon popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sempena hari jadinya yang ke-43.
Rita berkata, dia tidak menjangka kedua-dua anaknya akan membuat kejutan itu selepas pulang dari sekolah.
“Sejujurnya, tindakan mereka itu buat saya tersentuh. Pulang sekolah, mereka berikan dua hiris kek pisang yang dibeli di kantin dan ucap ’selamat hari jadi mummy’. Memang sedih dan sebak. Walaupun kek pisang, tapi mereka ingat.
Ads
“Mereka tahu hari jadi saya. Macam Rayyan bukan saja tarikh lahir saya, tapi juga adik, nenek dan sepupu dia ingat.
“Jadi pada hari jadi saya tidak menjangka dia akan bawa balik kek pisang,”
Ads
Rita berdoa dan berharap pada usia itu dia terus diberi kesihatan baik supaya dapat membesarkan dua anaknya.
“Soal sambutan hari jadi, tidak berharap pun. Kalau boleh tak nak sambut sangat sebab sudah tua, cukuplah. Tidak ada ‘feel’ nak sambut. Kalau ada, adalah sebagai tanda orang ingat.
“Apa yang penting, saya diberi kesihatan yang baik supaya dapat besarkan anak sampai mereka dewasa dan sihat tubuh badan. Itu saja saya mahu,” katanya.
Ditanya soal jodoh, Rita tidak menolak takdir dan ketentuan Allah SWT.
“Kalau boleh sudah tak nak. Tapi, kalau ditakdirkan Allah hantar seseorang, saya terima saja. Moga yang baik-baik untuk anak,” katanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah bayi lemas baldi air ini begitu meruntun jiwa apabila anak tersayang yang masih bayi pergi dalam sekelip mata. Tiada kata mampu menggambarkan perasaan seorang ibu yang kehilangan permata hati dalam keadaan yang tidak disangka.
Perkongsian ini benar-benar menyentuh hati. Hanya ibu bapa yang pernah melalui detik cemas bersama anak kecil akan faham betapa cepatnya perkara buruk boleh berlaku walaupun dalam beberapa saat sahaja. Ia bukan sekadar luahan, tetapi satu peringatan besar buat semua ibu ayah, terutama yang baru melalui fasa membesarkan anak kecil.
Seorang ibu berkongsi kisah pilu kehilangan anaknya yang berlaku tanpa disedari apabila si kecil masuk ke bilik air sendirian.
“Kalau awak tanya saya, saya rasa saya sendiri pun gagal lindung anak saya tapi sekarang saya jadi lebih sensitif jaga anak sulung saya, hilang dari mata saya walaupun sekejap saya dah gelabah cari dia walaupun saya dah pastikan semua benda selamat. sekarang saya nampak semua benda boleh jadi bahaya, so jadi lebih berjaga jaga.”
Luahan itu jelas menggambarkan trauma dan rasa bersalah yang masih membelenggu dirinya. Hakikatnya, kemalangan seperti bayi lemas baldi air boleh berlaku dalam sekelip mata walaupun ibu sudah melakukan yang terbaik.
Menurutnya lagi, dia sendiri tidak menyangka anaknya ke bilik air tanpa pengetahuannya.
“Kalau saya mandikan anak saya pun saya suruh dia pegang baldi. dia berdiri pun tak berapa stabil lagi, perkembangan dia lambat sebab sakit. cuma masa kejadian bukan masa saya mandikan dia, dia sendiri ke bilik air.”
Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika dia sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah selepas seminggu beraya di rumah ibunya.
“Lemas masa saya packing barang barang nak balik rumah sendiri lepas seminggu beraya rumah mak saya.”
Detik itu menjadi titik hitam dalam hidupnya yang tidak mungkin dilupakan. Kehilangan anak kecil dalam keadaan sebegitu bukan sahaja meninggalkan kesedihan, malah trauma yang berpanjangan akibat insiden bayi lemas baldi air.
Perkongsian ini turut membuka ruang kepada ibu bapa lain untuk berkongsi pengalaman hampir sama. Ada yang pernah melalui detik cemas apabila anak hampir lemas di dalam baldi dan tong mandi.
Seorang ibu berkongsi,
“Sy pernah mandikan anak dlm tandas, sy suruh pegang baldi… sy toleh blkg kejap je sbb nak letak pampers kat luar, sy toleh balik, kepala anak dah ke bawah baldi, kaki kat atas…”
Seorang lagi ibu turut meluahkan pengalaman yang masih menghantuinya hingga kini apabila anaknya ditemui dalam keadaan lemas.
“Anak saya 1 tahun 6 bulan, lemas dalam tong mandi bila pergi bilik air kaki dah ke atas dah biru… saya menangis menjerit berlari masuk kereta nak pergi klinik…”
Situasi seperti ini membuktikan bahawa kes bayi lemas baldi air bukan sesuatu yang mustahil, malah boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa diduga.
Hakikat yang perlu kita terima, air yang sedikit juga mampu meragut nyawa anak kecil. Baldi, tong mandi dan tab mandi yang kelihatan biasa sebenarnya boleh menjadi sangat berbahaya buat kanak-kanak.
Perkongsian ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi sebagai pengajaran buat semua. Anak kecil sangat bergantung kepada pengawasan kita. Walaupun hanya beberapa saat terlepas pandang, risiko kejadian seperti bayi lemas baldi air terlalu besar.
Kejadian seperti ini boleh dielakkan dengan langkah berjaga-jaga yang konsisten. Ini antara perkara penting yang ibu ayah perlu ambil tahu:
Walaupun hanya “sekejap”, risiko tetap ada. Anak kecil boleh terjatuh atau tergelincir tanpa kita sedar.
Air yang sedikit pun sudah cukup untuk menyebabkan lemas, terutama bagi bayi dan toddler.
Pastikan pintu sentiasa ditutup dan jika perlu, gunakan kunci keselamatan (child lock).
Letakkan di tempat tinggi atau simpan terus selepas guna.
Anak yang belum stabil sangat berisiko terjatuh ke dalam air.
Walaupun kecil, pendedahan awal boleh bantu mereka lebih berhati-hati.
Gunakan alas anti-slip untuk kurangkan risiko tergelincir.
Akhir sekali, salam takziah buat ibu ini. Kehilangan seorang anak bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus melangkah.
Semoga kisah bayi lemas baldi air ini menjadi peringatan dan panduan buat semua agar kita lebih peka dan sentiasa berjaga-jaga dalam menjaga amanah yang paling berharga.
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung, manakala 17 yang lain terselamat dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Bukit Pasir, Kampung Bukit Pasir, Endau, Mersing, Johor.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah jam 9.19 malam tadi.
Katanya, sebuah jentera ‘Light Fire Rescue Tender’ (LFRT), sebuah jentera pemadam (FRT), sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti Hilux dari BBP Endau dan dibantu BBP Mersing dengan kekuatan 21 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran rumah jenis dua tingkat separuh kekal berkeluasan 80×120 kaki terbakar kira-kira 70 peratus pada bahagian atas rumah berkenaan.
“Mayat mangsa dipercayai Mohammad Faris Sohari, 4, ditemui rentung (di bahagian tangga tingkat bawah) jam 11.07 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Mangsa lain (yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mangsa) berusia antara satu hingga 65 tahun berjaya menyelamatkan diri sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohd Alias lagi siasatan awal pihaknya mendapati mangsa cuba diselamatkan ahli keluarga namun gagal berikutan api marak dengan pantas.
Rumah terbabit dihuni 18 sekeluarga termasuk mangsa yang cucu kepada pemilik rumah, Kahar Adam, 65.
Katanya, 17 lagi mangsa yang berusia setahun hingga 65 tahun terdiri daripada isteri Kahar, anak dan menantu serta cucu kepada pasangan berkenaan.
Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.09 awal pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama hampir 10 jam.
Kanak-kanak perempuan itu tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Petani, Khamis lepas yang hanya disedari bapanya, seorang pemandu lori selepas dia habis bekerja.
Kes seperti itu bukanlah pertama kali terjadi kerana pada Februari lepas, seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Kuantan.
Namun kali ini kejadian serupa berlaku di Thailand. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.
Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada 11 Ogos selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian belakang van di pusat perkembangan kanak-kanak di wilayah Phibun.
Dia dilaporkan terkunci dalam van itu dari jam 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari.
Para doktor memaklumkan usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak lelaki itu gagal selepas hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.
Ibu bapanya membenarkan pihak hospital menghentikan mesin sokongan hayat dan kematian Thanakit disahkan pada jam 5.20 petang.
Susulan itu, polis telah menahan dan akan mendakwa seorang guru dan seorang pemandu van dengan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Seorang pegawai perubatan yang juga penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya tidak lama dahulu.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda, contohnya beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Boleh layari internet dan lihat aplikasi mana yang sesuai dengan anda.
9. Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Reminders>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Impian setiap wanita selepas mendirikan rumah tangga pastinya mahu memiliki zuriat sendiri. Namun, perjalanan untuk bergelar ibu tidak selalunya mudah dan setiap wanita mempunyai kisah serta ujian yang berbeza.