Pelakon Ezzaty Abdullah, isteri kepada Azwan Kombos pernah merana selama 3 minggu menahan sakit Breast Abscess (Nanah payudara). Ezzaty terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Puswari, Kuala Lumpur pada awal Januari tahun ini.
Ketika ditemui di Pelancaran Egg Launch Party di Damasara baru-baru ini, Ezzaty memberitahu bahawa dia sudah tak percaya pada petua-petua yang dikongsi.
Ads
Saya tak percayakan petua lagi sebab hampir 3 minggu saya merana kerana pernah mengamalkan petua dan keadaan makin teruk. Lepas teruk baru saya pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor beritahu saya, kalau pergi ke hospital lebih awal saya tak perlu di operate, tapi bila dah merebak saya terpaksa operate.
Jadi saya dah tak percaya pada petua-petua, dan kalau anak saya sakit pun saya akan dapatkan nasihat doktor jugak. Cukupla saya merana hampir 3 minggu menahan sakit. Saya tak nak amalkan petua kalau HARUM DALIA sakit, kesian dia masih kecil.
Ads
Perkembangan Terbaru Ezzaty
Ads
“Saya akan ke Korea selama 10 hari untuk sesi shooting drama terbaru Oppa I love You. Selama 10 hari juga saya akan tinggalkan Harum Dalia di Malaysia. Azwan yang akan menjaga Harum sebab sebelum ni pun dia dah biasa jaga anak. Sejujurnya saya belum bersedia untuk berpisah jauh selama 10 hari tinggalkan anak, tapi kerana tuntutan kerja saya terpaksa akur,” ujar ibu cantik ini lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun ia membantu pernafasan si kecil dengan membuka rongga pernafasan, ramai ibu bapa yang menolak penggunaan nebulizer. Ini kerana mereka berpendapat ia akan menyebabkan si kecil mendapat asthma atau lelah. Salah tu!
Salah tanggapan yang banyak beredar dalam masyarakat ini diperbetulkan oleh Dr Khairul Faizie. Katanya, ada ibu bapa yang keberatan untuk membenarkan anak mereka diberikan rawatan menggunakan nebulizer kerana tanggapan nebulizer menyebabkan anak lama kelamaan menjadi asthma atau lelah.
Ada parents yang keberatan untuk membenarkan anak mereka di beri rawatan ” nebuliser “, dengan alasan:
‘ TAK MAHU BIASA KAN AMBIL NEBULIZER, NANTI JADI ASTHMA’
Ini ialah salah faham / misconception yang perlu diperbetul kan. Doktor pun bukan suka suka nak bagi rawatan nebuliser kepada anak kecil anda, unless ada keperluan untuk di beri.
NEBULIZER MEMANG SINONIM DENGAN PENYAKIT ASTHMA
Ya, rawatan nebuliser itu memang sinonim dengan penyakit asma. Ianya di beri utk membuka airway (rongga pernafasan) yang menyempit semasa attack asthma berlangsung (Bronchodilation effect).
3 KEADAAN YANG MENYEMPITKAN RONGGA PERNAFASAN ANAK
Namun, bukan hanya asthma sahaja yg ada penyempitan airway ini. Keadaan seperti Bronchitis, atau Bronchiolitis yang biasa di alami kanak kanak, terutama nya usia bawah 5 tahun, pun ada penyempitan airways ini. Maka, untuk membuka saluran pernafasan, kita bagi rawatan nebuliser.
SUKAR MEMBUAT DIAGNOSIS ASTHMA BAGI KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH
Sebenarnya, untuk doktor betul betul membuat diagnosis asthma dalam kanak kanak usia bawah 5 tahun sendiri, adalah sukar.
Ini kerana, pada peringkat usia ini, mereka memang kerap kena simptom2 respiratori yang berulang ulang ( episodic respiratory symptoms) seperti batuk, dan wheezing.
CARA ASTHMA DIDIAGNOSIS
Secara umumnya, doktor perlu melihat kepada banyak faktor untuk mendiagnosis asthma pada kanak-kanak iaitu seperti:
– faktor sejarah keluarga
– sejarah kerap berulang ulang simptom seperti wheezing
– sejarah adanya alahan, termasuk dalam famili
– ujian spesifik seperti Spirometry test ( jika kanak kanak dah mampu buat test itu)
– respon / tindakbalas positif yang konsisten setiap kali diberi rawatan ” bronchiodilator”.
BATUK & NAFAS BERBUNYI TIDAK SEMESTINYA ASTHMA
Kalau anak anda kerap kena batuk2, terutama berserta simptom wheezing, tidak semestinya ia asthma.
Namun, ia boleh jadi simptom asthma in children. Untuk diagnosis yg tepat, kena rujuk doktor pakar kanak kanak anda, dan doktor akan pantau / follow up kes anak.
AMBIL NEBULIZER KERAP BUKAN PENYEBAB KANAK-KANAK ASTHMA!
Mengambil nebuliser kerap pada usia kanak kanak, BUKANLAH penyebab terjadinya penyakit asthma.
Nebuliser hanyalah rawatan. Malahan, mungkin disebabkan adanya childhood asthma itu lah, maka nebuliser itu perlu di berikan. Boleh faham tak?
NEBULIZER BUKAN UNTUK LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT
Dan ada pula jenis parents yang suka sangat nak anak dia diberi nebuliser, walhal tiada keperluan pun, Tiada airways obstruction , tiada wheezing. Just because sebelum ni anak nya pernah di beri nebuliser, maka each time anak batuk, dia nak anak ambil neb.
Ini pun misconception yang perlu di buang ya. Dan nebuliser bukan utk hidung tersumbat, sebab banyak kali saya dapat kes parents mintak anak diberi nebuliser, sebab kesian tengok anak hidung tersumbat selsema.
Doktor akan tentukan sama ada anak perlu atau tidak nebuliser, lepas doktor periksa (termasuk pemeriksaan mendengar paru-paru guna stetoskop).
Anak-anak kita hari ini memang tidak dapat lari daripada dunia digital. Televisyen, telefon pintar, tablet dan komputer seakan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Malah, ada ibu ayah yang memberi ruang untuk anak menonton kartun atau menggunakan aplikasi pembelajaran bagi mengisi masa lapang.
Namun, pendedahan yang terlalu lama sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata si kecil. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi bawah usia 2 tahun tidak dibenarkan langsung terdedah dengan ‘screen time’ kecuali untuk panggilan video singkat bersama keluarga. Manakala kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun pula hanya dibenarkan maksimum satu jam sehari sahaja.
Perkongsian oleh Dr. Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik, menyedarkan ramai ibu ayah tentang bahaya cahaya biru (blue light) yang dipancarkan daripada skrin gajet.
Katanya, kajian mendapati pendedahan lebih satu jam sehari boleh menembusi hingga ke saraf mata dan merosakkan retina. Walaupun kanta mata dan kornea mampu menapis sinaran UV dari matahari, cahaya biru daripada skrin tetap mampu menembusi lebih dalam.
Lebih membimbangkan, pendedahan berpanjangan juga boleh mengganggu kitaran tidur anak. Blue light menghalang penghasilan hormon melatonin yang penting untuk tidur, menyebabkan anak sukar melelapkan mata jika menonton skrin terlalu dekat dengan waktu tidur.
Penggunaan gajet tanpa kawalan boleh menyebabkan:
Penglihatan kabur
Mata kering
Sakit kepala
Rabun jauh di usia muda
Sebab itu, ibu ayah perlu lebih cakna. Jangan biarkan anak menggunakan gajet sesuka hati, sebaliknya kawal dan bimbing mereka dengan cara yang betul.
Selain mengawal screen time, ibu ayah boleh mengajar anak dua senaman mata ringkas ini:
1. Rule 20-20-20 Selepas 20 minit menonton skrin, minta anak mengalihkan pandangan ke objek sejauh 20 kaki (lebih kurang 6 meter) selama 20 saat. Cara ini membantu merehatkan otot mata dan mengurangkan ketegangan.
2. Senaman Fokus Jari (Near & Far Focus) Letakkan ibu jari lebih kurang 20 cm dari mata anak. Minta mereka fokus pada jari itu selama 20 saat, kemudian alihkan pandangan ke objek jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali. Senaman ini menguatkan otot fokus mata dan membantu penglihatan jauh-dekat.
Pastikan pencahayaan bilik mencukupi semasa anak menggunakan skrin.
Elakkan anak menonton skrin 2-3 jam sebelum waktu tidur.
Aktifkan tetapan night mode atau gunakan aplikasi penapis cahaya biru.
Galakkan anak bermain di luar rumah pada waktu siang untuk mendapat cahaya semula jadi yang baik untuk kesihatan mata.
Kesimpulannya, walaupun skrin sukar dielakkan dalam kehidupan hari ini, ibu ayah tetap boleh melindungi mata anak dengan mengawal pendedahan, mendidik mereka amalkan senaman mata dan menyediakan suasana seimbang antara dunia digital dan aktiviti fizikal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!