Cemburu adalah semulajadi. Melihatkan pada perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku. Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibubapa mereka.
Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.
Cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda. Anak anda akan mula menyayangi adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian.
Tetapi sebelum mereka mula untuk menyayangi adik baru mereka, anak-anak ini mungkin akan menunjukkan perangai yang kadangkala memeningkan kepala kita. Yang penting adalah kita perlu bersedia.
Ada ketikanya anak-anak cemburu dengan kehadiran orang baru disebabkan kesilapan ibu bapa dan orang sekelilingnya secara tidak langsung.
Perkongsian dari seorang ibu ini, Insyirah Soleha mengenai anaknya dan kesilapan yang mungkin kita tak perasan hingga membuatkan si abang atau kakak cemburu
Satu hari, anak kedua saya Amri Suhaily meluahkan perasaan.
“Abang Amir semua baik je.. Kalau Abang Ayie semua tak baik.”
Sayu sangat suara dan saya tahu itu luahan yang amat kesedihan. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu.
Ads
“Semua orang cakap Ummi dah ada adik, ummi tak sayang Abang Ayie lagi.”
Dua tiga kali dia mengadu, nak balik kampung duduk dengan ibu ayah saya. Mungkin sudah lama makan hati dengan kata-kata orang yang ummi dah tak sayangkan dia sebab ada baby. Subhanallah. Sedih rasa.
Masa baru bersalin, perasan ada juga yang mengusik “Ummi dah tak sayang Amri, ummi dah ada baby.”
Iya, dia sudah besar. 5 tahun jadi anak bongsu, tiba-tiba ada adik baby. Memang seronok, teruja tapi makan hati dengan usikan orang dewasa yang tak cerdik.
Masa masih dalam pantang, ramai melarang Amri Suhaily pegang baby tapi abangnya Amir Solihin pegang baby, lagi tambah geram.
Banyak sangat pesanan “jangan ya, jangan itu, jangan ini” sampai dia rasa semua pun tak boleh. Sayang juga adik tapi tak tahu macammana nak terjemah, dek sebab orang semua tak bagi dekat dengan adik dia jadi membuak perasaan geram.
Ditutup muka adik dengan kain masa ummi ke dapur sambil dia cakap “haaa adik dah mati, adik dah mati.” Saya yang tak faham apa, tengah makan. Sekali suami maklum baby dah tercungap lemas kena tutup dengan kain.
Setiap kali saya letak baby di bantal, baby akan menangis selop. Angkat, terus diam. Letak lagi, menangis. Awal ingatkan usikan Ummu Sibyan, baca ayat qursi dan beberapa ayat quran.
Pun masih juga menangis bila letak di bantal. Esoknya suami tanya kenapa kepala baby berlekuk, kena ketuk dengan abang ke? Huhu. Tak tahu juga nak kata sebab tak nampak dengan mata.
Ads
Dua hari kemudian kemas katil baby baru nampak ada “sesuatu” yang diletakkan bawah bantal. Patut la baby menangis, sakit kepalanya sampai berlekuk.
Tahu ianya perbuatan Amri Suhaily sebab beberapa hari kemudian dia sorokkan lagi barang bawah bantal baby.
Saya mula sebut baby sayang Abang Amri.
Ummi pun sayang Abang Amri.
Abang Amri boleh pegang baby, tapi kena duduk baik-baik. Pegang elok-elok, tak boleh kuat sangat nanti adik sakit.
Subhanallah, selalu intai bila ditinggalkan mereka berdua, nampak dia cium adik dengan sopan dan baik. Cakap dengan adik “abang sayang adik, abang sayang adik”.
Kalau dia minta suapkan nasi pun, suapkan juga. Sebab emosinya juga perlu “feeding”.
Kawan-kawan ziarah, bawa hadiah untuk baby. Alhamdulillah rezeki. Tapi paling saya terharu, sahabat manis seorang ni bawa hadiah baby dan buah tangan untuk anak-anak juga.
“Untuk Amri ke ni?”
“Ya. Amri kongsi dengan Abang Amir tau!”
Ads
“Okay!”
Itulah tetamu kegemaran. Siap sorok kunci tak bagi balik.
Kadang kita terlupa menjaga emosi dan hati anak-anak. Pengajaran untuk saya, bila ziarah sahabat dapat baby, hadiah baby bukan keutamaan tapi buah tangan pada abang kakak baby.
Bila ziarah kenalan atau saudara dapat anak baru JANGANLAH MENGUSIK ABANG ATAU KAKAK YANG IBUBAPA TAK SAYANG SEBAB ADA BABY.
Mereka akan rasa tak selamat dan gigih nak buat sesuatu pada baby walhal mereka sayang adik baru.
Berikutan video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.
Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.
Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun jangka apabila dimuat naik ke facebook dan instagram nampaknya peminat mula suka dan terhibur dengan keletahnya.
Sikap bapa Anas yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik dari usianya. Walaupun baru dua tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti budak umur 4 atau 5 tahun.
A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on
Menurut bapanya, Firdaus, tiada apa-apa rahsia pun dia mendidik Anas.
“Cuma sejak Anas bayi saya sentiasa bercakap dengannya biarpun dia masih tak faham apa-apa dan hanya beri respon dengan bunyi sahaja.
“Lagi satu yang saya biasa buat dengannya sentiasa luang masa bersama. Apa yang dia tanya saya akan jawab. Tak pun kalau dia tak tanya pun saya yang akan cakap dengannya.
“Dari situ Anas banyak belajar. Kadang-kadang saya juga jadi seperti budak semata-mata nak gembirakan Anas. Mungkin orang tengok macam tak budak-budak tapi cara macam tulah bonding saya dengan Anas,” katanya.
Didik anak faham tentang solat sejak dalam kandungan boleh membantu ibu untuk beribadah dengan tenang. Pada permulaanya mungkin bayi akan merenggek, tapi bila mereka mula membesar, mereka akan faham dan mudah melakukan ibadah.
Masa mengandung anak sulung, selalu ibu angkat ingatkan jaga adab, jaga akhlak, jaga ibadah. Hikmah ibu mengandung hampir tiada darah haid, lebih banyak ruang untuk tadabbur al quran, mampu solat sunat lebih banyak dari kebiasaan.
Antara pesan ibu angkat yang masih saya ingat.
1. Solat awal waktu. Bila nak solat, beritahu pada anak dalam kandungan yang kita mahu solat.
2. Melazimi wuduk. Kalau tidak mampu mandi wajib seawal yang boleh, segerakan ambil wuduk supaya tidak tidur tanpa wuduk.
3. Jangan tidur tanpa pakaian. Syaitan suka. Paling tidak, selimutlah.
Bila sudah habis nifas, solat yang pertama saya laksanakan selepas bersalin, saya letakkan bayi di sisi sejadah. Saya amalkan sampai anak sudah besar.
– Kalau anak tidur, saya letak saja toto nipis atau tilam bayi. Paling tidak kalau dia jaga, nampak saya sedang solat.
-Kadang berjaya, kadang kecundang. Ya, kita berurusan dengan bayi.
Setelah lama tak ada bayi, sekarang mulakan rutin solat bersama bayi semula.
Lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu angkat takbir, bukan angkat berat. Wahai Tuhan kami, Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang beriman dan bertakwa!
Bila Ummi suruh solat Subuh, dan mengadu sejuk. Wahai Tuhan kami Jadikanlah solat sebagai kerehatan buat kami.
Hiba juga hati bila abang yang sulung dah boleh jadi imam untuk ummi dan adik-adik. Kadang kala jadi imam untuk abi juga. Balik sekolah, penuh riang gembira maklumkan.
“Ummi, hari ni Abang Amir jadi imam solat Asar di sekolah.”
Tiba-tiba rasa baru semalam mengilu parut luka torehan pisau semasa pembedahan untuk keluarkan beliau. Allah jualah sebaik-baik Penjaga.
Latih kepimpinan anak-anak lelaki melalui solat dengan memberi kepercayaan pada mereka menjadi imam dalam solat.
Ramai sahabat sedang menanti kelahiran bayi. Semoga rahmat Allah sentiasa kalian peluk erat-erat.
Kandungan pertama mungkin waktu ibadah sangat luas. Bila kandungan semakin banyak, dah ada anak yang perlu perhatian mungkin terasa kurang waktu untuk ibadah. Jangan sedih, ibadah bukan pada banyaknya helaian al quran yang kita baca. Menyantuni anak-anak juga ibadah.
Beruntunglah para ibu yang sentiasa Allah rezekikan ibadah setiap waktu!
Ummu Amir. Sungguh, solat mampu jadi waktu untuk rehat.
Sebaknya bila mendengarnya ucapan dan doa Fouziah Gous untuk anak keduanya Zaheen Yusof! Doa ibu tiada hijab, apatah lagi dilafazkan di tanah suci Mekah.
Video yang dimuat naik di Instagram itu menyaksikan Fouziah dan suaminya, Md Zhafran menyanyikan lagi happy birthday & Allah Selamatkan Kamu untuk Zaheen sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama.
Dia juga turut mendoakan kesejahteraan anaknya agar menjadi anak yang soleh dan diakhirnya menyaksikan tangisan sebak ibu muda ini.
fouziahgous Walaupun aku ini terlalu hina dan tidak layak tetapi Allah tetap memberi nikmat yg terlalu indah dalam hidupku..thank you Allah ?, semoga Allah SWT terus merahmati dan ampunkan segala dosa kami sekeluarga. . Happy birthday anak syurga anak solehku???❤️ #zhafoujr2 #zaheenyusuf#zaheenyusufturns1 #zhafouumrah#mecca
Para follower dan netizen mengakui tanpa sedar mengalirkan air mata menyaksikan video yang menyentuh hati ini. Ada yang turut mendoakan kesejahteraan dan mengaminkan doa Fouziah untuk anak kecilnya itu.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.