Seorang wanita maut manakala suami dan dua anak termasuk seorang bayi cedera setelah kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada Sabtu.

Artikel Menarik: [“Bantuan Hanya Kepada Ibu Bukan Bapa.” Ibu Penerima BKM Bersalin 2023 Terima RM500]

 

Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun itu membawa tiga penumpang iaitu isterinya berumur 29 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dan seorang bayi lelaki berumur lapan bulan ketika kejadian.

Kereta Terbabas Langgar Pokok, Kanak-Kanak 2 Tahun & Bayi 8 Bulan Cedera
Sumber foto: Sinar Harian

Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 2.11 petang.

IKLAN

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.19 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar pokok di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, salah seorang mangsa iaitu wanita berumur 29 tahun maut dalam kejadian.

Artikel Menarik:  [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]

IKLAN

“Pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang maut dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba yang terlibat,” katanya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya.

IKLAN

Sumber: SINAR HARIAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

Kereta Terbabas Langgar Pokok, Kanak-Kanak 2 Tahun & Bayi 8 Bulan Cedera

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI