Selain kenaikan kes Covid-19, kes serangan virus influenza juga dilihat semakin meningkat di negara kita. Sekolah menjadi tempat utama penyebaran pelbagai virus di kalangan anak-anak kita.
Atas dasar itulah, imun anak-anak semakin perlu ditingkatkan untuk menepis semua virus ini. Apa mak ayah nak buat?
Perkongsian dan tip tingkatkan imun dari Dr Mazliana Mazlan ini mak ayah perlu ikuti sebagai pencegahan awal. Usahakan untuk kekal sihat dan cergas.
Influenza. Siapa yang dah pernah kena je tahu betapa perit nak lalui kan, terutama kalau datang sekali dengan sakit sendi satu badan. Sekarang musimnya. Hati-hati ya korang, terutama anak kecil, yang ada asthma, ibu mengandung. Lima saranan untuk anak-anak.
1. Bila anak balik sekolah atau taska, bersihkan diri anak dulu. Mandi dan tukar baju baru.
Sentiasa ajar anak untuk jaga kebersihan diri. Sebelum makan kena basuh tangan. Buat rendaman magnesium setiap petang, atau 3 kali seminggu. Bukan je kuatkan imun anak, tapi juga bantu mudahkan tidur malam anak.
2. Kuatkan imun anak, dengan makanan berkhasiat dan berkualiti. Sup tulang, singgang, bone broth, kerapkan dalam seminggu.
Elakkan dan kurangkan makanan tinggi proses yang boleh tambahkan keradangan dalam tubuh anak. Roti, biskut, susu, makanan favourite anak ni, sebenarnya kurang sesuai ambil tiap hari.
Ambil makanan tambahan yang boleh beri kesan penyembuhan, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, madu, habbatussauda’. 80% imun dari usus anak. Jaga usus, baiki usus, anak akan makin kuat imunnya.
3. Kerapkan bawa anak bermain di tanah, di bawah cahaya matahari. Bermain di luar, bukan je buat hormon happy anak meningkat, tapi imun anak pun makin kuat.
Kurangkan screen. Lebih banyak kesan buruk dari kesan baik untuk kesihatan tubuh, otak dan jiwa anak. Radiasi dan blue light beri kesan pada tubuh, ketagih dan sensori beri kesan pda otak, dan paling penting apa anak tengok dan dengar dari screen, membentuk jiwa dan hati mereka.
4. Bila anak tak sihat, demam, batuk, selsema, elakkan ke sekolah.
Antara simptom influenza; demam, sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, letih, lemah. Bila demam panas dan suhu terlalu tinggi, atau demam berpanjangan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan.
Batuk sampai berlekuk dada dan sesak nafas pun, jangan lengah ke klinik atau hospital. Magnesium mungkin membantu waktu ni, bukan sebagai ubat, tapi untuk bantu penyembuhan dan kurangkan komplikasi.
Baiki usus dan dalaman juga, dengan minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, cari yang berkualiti untuk kesan yang optimum.
5. Bila diuji dengan influenza, doa Allah bantu kita redha dengan ujian yang diberi. Nabi kata, sedekah juga boleh jadi ubat. Banyakkan sedekah, niatkan untuk penyembuhan anak kita.
Sakit dan sihat itu dari Dia, bukan sebab kita jaga makan minum, amalkan gaya hidup sihat ataupun tidak. Tapi usaha jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat, ini adalah dituntut dalam Islam.
Kuatkan imun anak, ini kuncinya. InsyaAllah risiko berjangkit makin kurang, penyembuhan dan kesan sampingan juga cepat beransur reda.
Kita usaha sama-sama ya.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI