Pengarah Hospital Melaka telah diarah melakukan siasatan segera berhubung kenyataan dibuat seorang lelaki dalam media sosial yang mendakwa bahawa anak saudaranya berusia kurang dua bulan mengalami tangan bengkak sehingga bernanah, selepas mendapatkan rawatan demam campak di hospital berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, dakwaan dibuat pemilik akaun Facebook dengan nama Mohamad Izwan itu yang mengatakan insiden berkenaan berpunca daripada kelalaian Hospital Melaka akan disiasat sewajarnya.
Ads
“Saya ada membaca media sosial bahawa Encik Mohamad Izwan akan mendakwa Hospital Melaka. Saya sebagai Exco Kesihatan telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka membuat siasatan tentang perkara ini,”
Ads
Sejak semalam, tular dalam media sosial kisah seorang bayi yang dikatakan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah daripada tangannya yang bengkak.
Ads
Mohamad Izwan mendakwa, anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Melaka kerana demam campak, namun selepas 11 hari menerima rawatan tangannya mengalami bengkak yang disifatkan sebagai kritikal sehingga bernanah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut isteri mengidam, si suami dah mula susah hati. Apa yang selalu suami cakap, janganlah minta yang pelik-pelik dan diluar kemampuan. Sebabnya hormon orang mengandung ni tak boleh nak jangka.
Jika isteri kata nak, tapi tak dapat memang boleh menangis macam sakit-sakit. Bab mengidam ni mungkin orang kata mengada-ngada tetapi sebenarnya ia berlaku tanpa dibuat-buat.
Kadang tu beriya nak makan, bila dapat makan satu mulut je. Selebihnya suami kena habiskan. Itu ok lagi kan, tapi jika teringin nak makan sesuatu, pergi kedai tutup atau dah habis, ada juga yang menangis teresak-esak. Masa ni suami pun jadi serba salah.
Jadi waktu ini, apa salahnya suami cuba tunaikan permintaan isteri kerana isteri nak lalui tempoh 9 bulan sehingga proses kelahiran bukan mudah ye. Masa nilah isteri boleh manja lebih sikit dengan suami.
Nak bau tar atau bau cat
Seperti perkongsian seorang suami ini, dia memberitahu isterinya mengidam nak bau jalan tar yang tengah dalam proses turap ataupun bau cat!
Menerusi perkongsian di Tiktok atas akaun @nazirrkatimon ini, dia berkongsi video mengenai isterinya yang sedang hamil mengidam untuk bau jalan tar. Dalam video tersebut, dia juga bertanya kepada orang ramai apakah lagi gelagat isteri apabila sedang mengandung.
Kebetulan ketika naik kereta, isteri minta nak bau jalan tar yang sedang diturap. Sampai satu lokasi memang ada kawasan jalan yang sedang diturap dan isterinya dapat bau tar tersebut dari dalam kereta.
Paling melucukan, siap buka cermin kereta luas-luas dan menghalakan muka ke luar semata-mata nak bau tar tersebut.
Video yang mendapat tontonan lebih dari 300 ribu dalam masa beberapa jam dimuat naik itu mendapat pelbagai respons dan rata-rata menganggap pengalaman ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Nasib bukan minta yang pelik-pelik, kalau tak pening juga suami nak tunaikan lagi-lagi jika tak dapat. Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman sendiri dengan macam-macam gelagat yang kadang kala bila difikirkan macam tak logik.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak perempuan melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih dalam kejadian di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Februari lalu.
Ketika Kejadian
Puan Zalida Syuhana Ahmad Tamam (Ibu Mangsa) berkata, ketika kejadian, anaknya, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupunya yang lain.
Beliau diberitahu mengenai kejadian itu, kira-kira 8 malam. Katanya, pada hari kejadian, ada ramai anak saudara di rumah kakaknya yang menjual popia basah memandangkan ketika itu cuti sekolah.
Sambal popia yang sedang masak
Ketika kejadian, kakak saya meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu kami.
Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak saya dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.
Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit.
Cuba menanggalkan baju tapi kulitnya melekat
Kakak saya kemudian menjirus air ke bahagian badan anak bongsu saya dan cuba menanggalkan baju yang dipakai Azalea Hani yang melekat pada kulitnya.
Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak saya terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak saya cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.
Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan.
Tahap melecur semakin kritikal
Doktor memaklumkan tahap melecur anak perempuan saya itu semakin kritikal menyebabkan dia dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.
Pada mulanya, Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.
Jalani enam pembedahan membuang kulit mati
Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.
Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000. Disebabkan seluruh tubuh dia melecur jadi tiada kulit yg boleh diambil untuk ditampal dibahagian yg melecur. Doc terpaksa mohon kulit dari penderma.
Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.
Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya,” katanya.
Kos pembedahan yang tinggi
Saya mohon bantuan sebab kos yang tinggi, saya tak mampu nak sediakan. Mana byran yg kecil2 sudah saya jelaskan. saya mohon maaf menyusahkan kalian, hanya allah saje yg dapat membalas jasa kalian. Saya betul2 memerlukan bantuan untuk memyelamatkan si kecil akak tu.
Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Zalida boleh menghulurkan sumbangan di akaun bank Maybank miliknya, 112183138233 (Zalida Syuhana Ahmad Tamam).
Kehilangan anak ujian besar bagi sebuah keluarga. Apatah lagi pemergiaan berlaku secara mengejut. Anak yang disangka sudah keluar dalam kenderaan rupanya terperangkap dalam kereta hingga maut kerana strok haba.
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan menemui ajal selepas tertinggal di dalam sebuah kereta pada 22 Julai lalu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan lebih kurang dua jam oleh datuknya dalam kereta di luar pagar hadapan rumah mereka di Taman Sungai Raya, Jalan Air Hangat, Kuah, Langkawi.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa telah mengikuti datuknya berumur 73 tahun untuk mengambil kakak dan abangnya pulang dari sekolah dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
“Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai telah tertidur.
“Setelah sampai ke rumah, datuknya terus masuk ke dalam rumah dan beranggapan mangsa telah keluar dari kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Zainuddin, lebih kurang dua jam kemudia ibu kanak-kanak berkenaan yang bangun dari tidur menyedari bahawa mangsa tiada bersama dengan kakak serta abangnya di dalam rumah dan terus mencari mangsa.
“Ibu mangsa dan datuknya pergi ke kereta dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di bahagian tempat duduk belakang dan sudah tidak sedarkan diri.
“Ketika kejadian, kesemua tingkap dan pintu kereta bertutup rapat, mangsa yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas seterusnya dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia,” katanya.
Zainuddin berkata, laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa belum diperoleh, namun laporan awal diterima menunjukkan punca kematian berkemungkinan strok haba.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Zainuddin berkata, kes masih dalam siasatan pihak polis dan ibu bapa dinasihatkan lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Jika siasatan dijalankan mendapati wujud kecuaian, tindakan pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga berkenaan akan diambil,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!