Memang betul kalau sesuatu perkara itu dah jadi tabiat, sukar untuk diubah. Pun begitu, ia bukanlah mustahil untuk dibuat. Yang penting perlu ada tekad dan kesungguhan. Salah satu tabiat papa yang selalu menjadi kerisauan keluarga adalah MEROKOK. Pasti mama akan tegur bila nampak papa merokok kan? Teguran itu tanda sayang, maka kalau papa juga ambil berat tentang keluarga ubahlah tabiat itu.
Sebenarnya apabila papa merokok, ia mendatangkan kemudaratan kepada keluarga terutamanya anak-anak. Kasihan anak kerana asap rokok sebenarnya boleh menyebabkan gangguan kepada sistem pernafasan anak. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan masalah lain yang akan mengganggu keharmonian dalam rumah tangga.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Melalui laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/merokok-pasif/, apabila seseorang itu tidak merokok tetapi terhidu atau menyedut asap rokok dipanggil sebagai perokok pasif. Ketika perokok aktif merokok di sesuatu tempat, asap rokok akan berada di udara selama dua jam atau lebih biarpun ia sudah tidak lagi kelihatan!
Keadaan ini biasanya berlaku di rumah atau dalam kereta apabila papa menghisap rokok dan asapnya berlegar-legar di situ. Kemudian, ia dihidu atau disedut pula oleh isteri dan anak-anak. Rokok mengandungi 6000 bahan kimia termasuklah salah satu yang dikenali sebagai carcinogenic yang boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Jadi bayangkan kalau papa merokok, asap rokok itu sebenarnya mendatangkan mudarat kepada isteri dan anak-anak! Selain itu, asap rokok juga mendatangkan kemudaratan lain kepada keluarga seperti;
ISTERI HAMIL
Lebih bahaya lagi jika isteri sedang mengandung kerana ia boleh menyebabkan keguguran atau kes bayi meninggal dunia dalam kandungan. Menyedihkan kerana salah satu komplikasi lain yang mungkin berlaku adalah kecacatan kekal pada anak. Bukan itu sahaja, risiko lain yang boleh terjadi kepada isteri seorang perokok adalah terdedah kepada ancaman serangan kanser. Masalah kesuburan dan putus haid lebih awal juga mungkin berlaku.
ANAK
Untuk anak yang masih kecil, sanggupkah papa melihat mereka mengalami kesukaran bernafas kerana serangan asma? Jika sering terdedah kepada asap rokok, si manja mungkin akan mendapat jangkitan kuman pada paru-paru terutamanya kepada bayi. Anak seorang perokok juga lebih mudah jatuh sakit. Kasihannya! Masalah kesihatan lain yang mungkin dialami oleh anak selain asma adalah serangan batuk yang kerap atau jangkitan pada salur pernafasan dan telinga mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com
HUBUNGAN KELAMIN
Bukan sahaja masalah kesihatan, bahkan tabiat merokok akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri. Merokok menyebabkan seseorang lelaki itu mungkin mengalami masalah kegagalan fungsi alat kelamin. Apabila ini berlaku, pasti ia akan mengganggu keintiman pasangan.
Susahnya Nak Berubah!
Ads
Jangan beri alasan, sebenarnya papa boleh menyelamatkan keluarga. Paling baik adalah papa berhenti merokok. Tetapi kalau papa tak mampu melakukannya secara drastik, berubahlah dengan beberapa cara ini. Untuk membantu papa dan keluarga papa dalam mengurangkan penghisapan asap rokok, papa boleh cuba untuk:
1. Kunyahlah gula-gula getah
Masa paling sesuai untuk mengunyah gula-gula getah adalah pada waktu semasa papa nak merokok. Ketika melakukannya, ia dapat membantu menarik rasa ingin merokok. Jadi setiap kali papa rasa nak cucuh api pada rokok, keluarkanlah gula-gula getah!
Sumber foto: www.shutterstock.com
2. Sibukkan diri dengan aktiviti kegemaran
Biasanya bila papa dah mula buat aktiviti yang digemari, ia dapat membantu untuk mengalihkan perhatian dari keinginan untuk ‘berasap’. Jadi pilihlah aktiviti yang memerlukan fokus dan tumpuan penuh supaya papa tidak akan terasa seperti mahu merokok. Selain itu, melakukan aktiviti dengan keluarga juga sangat membantu!
3. Guna produk alternatif tanpa asap
Ads
Apabila seseorang membakar rokok, ia akan menghasilkan abu, tar dan asap yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Tar yang dimaksudkan bukanlah tar yang menurap jalan raya akan tetapi tar yang terhasil daripada pembakaran.
Malah, asap rokok yang terhasil inilah yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya bukan sahaja kepada perokok aktif, bahkan mereka yang ada di sekelilingnya.
Oleh itu, kebelakangan ini ramai orang dah mula beralih kepada produk tembakau yang dipanaskan atau heated tobacco products (HTPs) yang kurang memudaratkan. Contohnya, IQOS atau lil Solid yang bebas dari asap dan cuma memanaskan tembakau tanpa membakar rokok. Jadi, penghasilan asap rokok dan abu pun tak ada malah tahap dan bilangan bahan kimia yang berbahaya dapat dikurangkan secara ketara.
Baru-baru kami mendapati sudah ramai beralih dari menghisap rokok biasa kepada lil Solid. Mungkin ini adalah satu inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Sehebat mana pun kita menjadi ibu ayah, tetap bergantung kepada Allah untuk menjaga anak-anak sepanjang masa. Sebab itulah, setiap hari perlu titipkan doa sebagai pendinding anak-anak walau di mana mereka berada.
Melalui perkongsian Puan Wan Nur Syakira, ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan semua di dunia dan akhirat.
Ini antara doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan keluarga. Doa ini, saya jadikan ikhtiar dan doa peribadi saya.
Doa ini ada dalam al Mathurat. Sudah pasti, bila saya kongsi mengenai kes berkaitan dengan pornografi dan salah laku seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, ramai ibu ayah bimbang, takut.
Pasti pembaca yang mengikuti akan rasa paranoid dan bimbang mengenangkan anak sendiri. Rasa macam tak nak beranak dah lepas ini. Banyak sangat cabaran.
Mindset saya untuk menenangkan hati saya sebagai ibu, setelah apa yang kita telah usahakan dan didik anak, Berdoalah, Bertawakallah.
Memang jagaan kita tak sempurna. Jagaan siapa paling sempurna ? Allah yang Maha Menjaga. Ya Hafiz.
Siapa boleh jamin keselamatan anak bila kita tiada di sisi?
Siapa boleh jamin anak boleh jaga diri bila kita tiada?
Siapa boleh jamin anak tak lakukan benda pelik bila kita berada jauh dari anak?
Hanya Allahlah, sebaik-baik penjaga. Yang jauh dari kemampuan kita, kita serah dan tawakal. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Begitulah, jadi ibu ayah, memang banyakkan doa. Doa ibu lagilah, kan mustajab.
Guna keistimewaan yang ada.
Saya kongsikan ikhtiar dan amalan Ustazah Asma’ Harun dalam menjaga anak-anak beliau
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni sebelum tidur atau masa lain pun tak apa ;
1️⃣ Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2️⃣ Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
4️⃣Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”.
5️⃣ Amalkan surah al Ghafir, ayat 44.
وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Maksudnya : Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Jangan terlalu bimbang, terlalu rasa tak berdaya. Allah ada bukan? Kunci tenang ketika berusaha, adalah BERDOA SENTIASA .
Kunci tenang selepas usaha, adalah TAWAKAL. Kita yakin Allah ada. Allah berkuasa.
Untuk menjaga anak kita di kala pancaindera kita tak mampu nak melihat anak kita.
Ajarkan doa-doa ini kepada anak juga.
Amalkanlah al Mathurat. Jadi, jangan lupa ketika berusaha melindungi anak dengan ilmu pendidikan seksualiti yang kita bekalkan, berdoalah dan bertawakallah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah mendidik anak kecil, apa lagi untuk sentiasa istiqomah ke jalan Allah diketika usia muda. Namun seorang bapa ini sudah membuktikan jika kita memilih jalan tepat, Allah melorongkan jalan yang terbaik buat kita.
Seorang bapa muda dipuji kerana hampir setiap hari berada di masjid bersama dua anak lelakinya untuk menunaikan solat subuh.
Jika ada diantara anak kita yang masih lena di atas tilam empuk, namun bapa dan dua anak ini memilih untuk ke masjid. Bukan mudah. Satu pujian harus diberikan.
Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, di apit oleh dua anak lelaki kecilnya bersolat suboh di Masjid ni.
Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.
Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.
Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.
Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yg Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.
Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.
Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.
Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.
Kesibukkan suami bekerja kadang-kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak-anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka. Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia.
Namun, mungkin ada yang terlepas pandang betapa pentingnya penglibatan suami/bapa dalam organisasi kekeluargaan. Suami juga perlu memahami ilmu keibubapaan agar rumahtangga harmoni. Tujuh kesan buruk bila suami tak belajar ilmu keibubapaan;
1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga
– Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut
– Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai
– Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan
2. Suami cenderung gunakan kekerasan & tengkingan
– Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya
– Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda ‘instant solution’ pada masalah anak yang suka meragam
– Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!
3. Suami panas baran
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri
– Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling ‘fragile’ dan lemah ketahanan mindanya!
4. Suami terlupa nak jadi Icon
– Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga
– tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya
– Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!
5. Suami lupa jaga bonding dengan anak
– Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
– Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!
6. Suami cenderung salahkan si ibu
– Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi
– Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?
7. Suami terlalu manjakan anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta
– Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan ( rejection control )
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.