Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
1. Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
Ads
2. Limau Nipis Dan Beras
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
3. Baking Soda Dan Cuka
Ads
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Orang tua-tua dulu kata, jaga anak perempuan lebih susah dari menjaga 100 ekor lembu. Cabarannya sangat besar dan tak semudah yang disangka, luah Hafidz Roshdi yang berkongsi pengalamannya bergelar bapa sejak setahun lalu.
“Baru saya tahu macam mana rasanya menjadi seorang bapa dan benarlah kata orang menjaga anak perempuan lebih besar tanggungjawabnya.
Bukan mudah dan kita tak boleh lalai. Lagi-lagi dengan gejala sosial yang berlaku hari ini sangat menakutkan. Banyak juga artikel yang saya baca mengenai perempuan dirogol oleh kawan-kawan sendiri. Ibarat kata orang nak percaya tu agak susah,” katanya semasa sesi penggambaran bersama Majalah Pa&Ma baru-baru ini.
Ditanya mengenai kes pengasuh sekarang ini, Hafidz mengakui walaupun dia dan isteri Nurul Suhada masih muda, bab anak memang nombor satu. Saya jadi fobia nak tinggalkan Humairah di rumah pengasuh.
“Nak kata saya tak percaya orang lain jaga tak juga tapi memandangkan kes pengasuh yang macam-macam sekarang ini kami sangat risau.
“Saya dan isteri ambil keputusan untuk ambil pembantu yang boleh jaga Humairah di rumah sambil dipantau oleh ahli keluarga saya. Jadi rasa tenang sikit nak keluar bekerja,” jelasnya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini genap setahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lama lagi sambutan hari raya akan menjelang. Inilah peluang untuk menautkan kembali ukhuwah yang antara ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Dalam merayakan hari yang istimewa ini dengan ahli keluarga, adab sopan perlu dititikberatkan. Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan. Mungkin ada yang terlepas pandang perkara kecil yang memberikan kesan yang besar kepada tuan rumah. Jangan pula selepas kunjungan itu, tuan rumah akan mengelak daripada menerima kita sebagai tetamu mereka kerana serik.
Raya dah tak lama lagi dah, lagu-lagu raya pun dah berkumandang sana sini, so abam nak kongsikan tips dan adab-adab beraya di rumah orang;
Perkara ni bukan apa, untuk memudahkan tuan rumah…mungkin dia boleh suruh kita pergi rumah lain dulu, sebab rumah dia dah penuh.
Mungkin juga dia boleh prepare apa yang patut bila tahu kita nk datang. Manalah tau, kot-kot ada makanan yang dah habis, dia boleh masak baru, top up baru sebelum kita sampai.
Bukan niat untuk nk tengok dia tukar kereta baru ke, dia tukar perabot baru ke, tahun ni langsir dia design apa & warna apa, apa tema baju raya dia sekeluarga.
Dia tak tukar apa-apa pun tak mengapa, bukan menjadi sesuatu yg wajib bila mana raya je. Kena serba serbi baru. Nope, suami dia bukan anak Sultan Brunei.
Pesan kat anak-anak kita sebelum sampai umah orang tu, minta anak supaya behave, jaga kelakuan, jangan buas, jangan melompat sana sini, jangan conteng sofa orang, jangan celup tangan dalam akuarium orang, jangan masuk ke dapur orang, duduk kat ruang tamu SAHAJA.
Makan apa yang ada, jangan merungut, jangan buat muka kalau tak ada benda yang dia suka makan…warning dia, kalau tak behave, abah cubit atau masuk je dalam kereta, kena denagn mak. Jangan biar anak-anak kita melilau dalam rumah orang, pegang macam-macam atau rosakkan barang kepunyaan orang.
Alasan “Ala, budak-budak, biasa la…” NO NO NO, pasu aku yang anak kau pecahkan tu, aku beli kat Antartika beb…!!!
“Ala, air oren ke? Ada Teh Ais Cincau tak? bleh bancuh Teh Ais Cincau tak?”
“Mee ni campur sayur eh? Beleh tak buat mee yang tak ada sayur sebab I tak makan sayur, jangan lupa letak ayam dan daging…”
Makan dan minumlah apa yang dihidangkan. Kita datang beraya, bukan pergi restoran 5 star. Jangan banyak songeh pulak tuan umah ikut selera kita.
Suarakan keinginan nak guna tandas atau nak bwk pinggan yg dah habis mkn tu untuk dicuci didapur, atau nak tunaikan solat.
Jangan terus redah masuk rumah orang macam tu ja…ada tempat-tempat yang tuan rumah kurang selesa untuk tetamu masuk atau tengok, jadi sila hormati tuan rumah…
Duit raya ni sifatnya sedekah, bukan perkara yang diwajibkan dlm islam, hukumnya juga harus.
Kita dibesarkan dengan budaya bagi duit raya pada hari raya. So kalau ada umh yang tak bagi, JANGAN MINTA…kalau ada umah yang bagi, jangan cakap “ALA, 3 RINGGIT JER”…itu hak tuan rumah untuk bagi, tak ada nilai tetap, semuanya atas kemampuan tuan rumah.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan la duduk lama sangat…tuan rumah memang tak cakap apa, tapi common sense la untuk berpada-pada duduk umah dia
Tuan rumah mungkin nak kena mandi, nak kena masuk dapur mengemas, mgkin nk kena bersihkan rumah sebelum kedatangan tetamu lain.
Maka, perlu ada kesedaran untuk TAHU bila nak balik…mentang-mentang TV tayang cerita best, 3 jam punya cerita Hindustan, 3 jam kita dduk umah dia. Itu umah orang, bukan panggung wayang.
Raya ni, kalu boleh, ko letak la tepi hand phone tu. Simpan dlm beg. Bersembang, meriahkan suasana raya tu.
JANGAN #rayaumahsenah #lamatakjumpa #diabuatmeekuah #sedap #jemputdtg…bukan masanya ko nk ber-FB, ber-Insta bagai, Tweet, berhashtag bagai.
Masa untuk beraya, untuk nak tanya khabar masing-masing…kalau datang untuk main HP, WI-Fi tak perlu datang beraya di rumah. Kita beraya melalui Whatsapp sahaja.
Ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah sebelum balik kerana diorang sudi melayan kita sebagai tetamu mereka…puji makanan yang disediakannya. Bagi tuan rumah gembira dengan kedatangan kita.
Deep pulak tips beraya abam kali ni. Semoga bermanfaat ya, take note point-point penting ni to avoid ko kena kecam atau kena viral lepas balik dari rumah dia.
Ramai suami merasakan apabila berkahwin mereka terpaksa memikul satu tanggungjawab yang dianggap beban. Walhalnya ia adalah satu amanah Allah kepada suami untuk menjaga isteri sebaiknya. Jangan jadikan isteri sebagai bebanan setiap hari, sebaliknya jadikan isteri sebagai peneman dan pembangkit semangat untuk sama-sama menguatkan rumah tangga.
Perkongsian bapa dan suami ini, Firdaus Syakirin sememangnya benar. Hakikatnya isteri bukan bebanan seorang suami. Isteri adalah pelengkap kehidupan.
Jika kita anggap isteri tu bebanan, maka kita akan terbeban…
Sebenarnya isteri bukan bebanan suami, isteri adalah tanggungjawab suami. Bila kita berkahwin, Allah bukan membebankan kita orang lelaki yang jadi suami ni untuk menanggung isteri dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan serta perlindungan.
Allah meletakkan isteri di bawah tanggungjawab seorang suami, Allah amanahkan isteri untuk suami jaga.
Jika kita menganggap isteri itu hak kita dan kita boleh buat apa saja terhadapnya seperti mengabaikan dirinya, tidak bertanggungjawab terhadapnya, melukakan hati dan perasaannya, menganiayai dan memukul dirinya, maka disitu kita silap.
Perbuatan kita terhadap isteri itu boleh menyebabkan kita ke neraka.
Sebab Allah tidak mengamanahkan seorang isteri kepada seorang suami untuk didera, dianiaya, dizalimi dan dideritakan. Itu bukan tujuan sesebuah perkahwinan dibenarkan, sesebuah hubungan dihalalkan dan sesebuah rumahtangga didirikan.
Kena ingat, isteri tu amanah. Bila amanah, maka kita kena jaga dengan baik-baik, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, bagi segala kewajipan yang kita patut bagi kepadanya. Baru amanah itu kita pegang dengan sebaiknya dan baru kita boleh masuk syurga.
Jangan sesekali pernah rasa terbeban dengan adanya isteri. Isteri bukan bebanan dan jika isteri itu satu bebanan, maka hiduplah sendirian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak muntah selepas makan ubat, perlu beri semula atau tunggu dos seterusnya? Ketahui penjelasan doktor, risiko terlebih dos dan cara mengurangkan muntah ketika mengambil ubat.